CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Rentas Negeri Tanpa Surat Kebenaran, Polis Pun Dimakinya

17-3-2021 03:06 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6374| Komen: 42

Description: Kulim: Sepasang suami isteri ditahan kerana merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang tugas penjawat awam ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Junjong di sini, kelmarin.
Kulim: Sepasang suami isteri ditahan kerana merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang tugas penjawat awam ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Junjong di sini, kelmarin.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian 10.45 pagi itu, anggotanya menahan Honda Jazz dinaiki pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki.

Beliau berkata, pasangan dari arah Pulau Pinang itu memberi alasan mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anak ke Kedah namun gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri atau dokumen berkaitan pertukaran persekolahan.

"Anggota polis bertugas cuba menjelaskan secara berhemah kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan keluar negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.


"Ketika anggota polis meminta kad pengenalan lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin, pasangan suami isteri itu bertindak keluar kereta dan memaki hamun anggota terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azhar berkata, berikutan itu pasangan terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.

Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).

"Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Atiesha 17-3-2021 10:47 AM
Xdak penyakit cri penyakit...lol
Quote Ain_h 17-3-2021 11:10 AM
Bahaya rasuah ni
Quote rajamoney 17-3-2021 11:15 AM
ini msti penebar roti canai ni

Quote prettyuglybabe 17-3-2021 11:25 AM
padan muka je la..
Quote hotmak 17-3-2021 11:27 AM
kira polis ada budi bicara lah lagi, takde terus saman, udah ko pergi maki pulak polis tu mendapatlah
Quote kasibiman 17-3-2021 11:39 AM
pulau ppl
Quote pyropura 17-3-2021 11:41 AM
Sekali baca ayat nampak macam "sepasang suami istei tanpa seurat" .....
Quote mrsbale 17-3-2021 11:41 AM
Cuba kalau pasangan ni mak bapak artis atau instapemes
Quote Supersirap 17-3-2021 01:29 PM
Kan dah kena denga polis, benda boleh bincang apa
Quote tikusmontok 17-3-2021 01:35 PM
jenis ni elok kena 10k terus, no appeal
Quote white_musk 17-3-2021 01:37 PM
Kawan adik Buritan juga ke ni?
Quote qicki 17-3-2021 01:46 PM
yg ni la patut kne 10k tu...xde surat kebenaran pastu nk bising2 pulak
Quote saviour_09 17-3-2021 02:24 PM
nak tukar sekolah anak, mesti ada surat berkaitan

mana boleh ko main redah je macam abah ko yg jaga sjr tu
Quote rayray28 17-3-2021 02:35 PM
buat malu je ke anak tu
Quote Manjahati 17-3-2021 02:46 PM
qicki replied at 17-3-2021 01:46 PM
yg ni la patut kne 10k tu...xde surat kebenaran pastu nk bising2 pulak

Sokong sgt2  kannn..mmg sesuai sgt kasi RM10000 surat saman
Quote highcastle 17-3-2021 02:49 PM
Kan tak pasal2 benda jadi makin kusut.........
Quote bulalof 17-3-2021 03:01 PM
yg vvip. vip dan sewaktu dengannya tu camana?
Quote lasagnaklcc 17-3-2021 03:05 PM
Selama ni kereta jenis lain tak penah sebut pon. Bila pakai honda ja kena mention
Quote jazaa100 17-3-2021 03:07 PM
rajamoney replied at 17-3-2021 11:15 AM
ini msti penebar roti canai ni

dia pakai honda jazz lah.....

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057175 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top