View: 5482|Reply: 42
|
[Tempatan]
Sepasang suami isteri ditahan, rentas negeri tanpa surat, maki pula polis
[Copy link]
|
|
Edited by EJALTI at 17-3-2021 02:55 AM
Rentas negeri tanpa surat, maki pula polis
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... rat-maki-pula-polis
Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 10:23 AM
Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
GAMBAR hiasan
Kulim: Sepasang suami isteri ditahan kerana merentas negeri tanpa surat kebenaran selain menghalang tugas penjawat awam ketika melalui sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Junjong di sini, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim berkata, dalam kejadian 10.45 pagi itu, anggotanya menahan Honda Jazz dinaiki pasangan suami isteri berusia 37 dan 40 tahun bersama seorang kanak-kanak lelaki.
Beliau berkata, pasangan dari arah Pulau Pinang itu memberi alasan mereka mempunyai urusan pertukaran sekolah anak ke Kedah namun gagal menunjukkan surat kebenaran rentas negeri atau dokumen berkaitan pertukaran persekolahan.
"Anggota polis bertugas cuba menjelaskan secara berhemah kepada pasangan berkenaan bahawa sebarang pergerakan keluar negeri tidak dapat dilakukan sekiranya tiada surat kebenaran.
"Ketika anggota polis meminta kad pengenalan lelaki berkenaan untuk pemeriksaan rutin, pasangan suami isteri itu bertindak keluar kereta dan memaki hamun anggota terbabit," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azhar berkata, berikutan itu pasangan terbabit ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, lelaki itu ditahan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan).
"Manakala isterinya ditahan mengikut Peraturan 4 Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.2) 2021," katanya.
|
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Xdak penyakit cri penyakit...lol |
|
|
|
|
|
|
|
ini msti penebar roti canai ni
|
|
|
|
|
|
|
|
kira polis ada budi bicara lah lagi, takde terus saman, udah ko pergi maki pulak polis tu mendapatlah
|
|
|
|
|
|
|
|
pulau ppl |
|
|
|
|
|
|
|
Sekali baca ayat nampak macam "sepasang suami istei tanpa seurat" ..... |
|
|
|
|
|
|
|
Cuba kalau pasangan ni mak bapak artis atau instapemes |
|
|
|
|
|
|
|
Kan dah kena denga polis, benda boleh bincang apa |
|
|
|
|
|
|
|
jenis ni elok kena 10k terus, no appeal |
|
|
|
|
|
|
|
Kawan adik Buritan juga ke ni? |
|
|
|
|
|
|
|
yg ni la patut kne 10k tu...xde surat kebenaran pastu nk bising2 pulak |
|
|
|
|
|
|
|
nak tukar sekolah anak, mesti ada surat berkaitan
mana boleh ko main redah je macam abah ko yg jaga sjr tu |
|
|
|
|
|
|
|
Sokong sgt2 kannn..mmg sesuai sgt kasi RM10000 surat saman
|
|
|
|
|
|
|
|
Kan tak pasal2 benda jadi makin kusut......... |
|
|
|
|
|
|
|
yg vvip. vip dan sewaktu dengannya tu camana? |
|
|
|
|
|
|
|
Selama ni kereta jenis lain tak penah sebut pon. Bila pakai honda ja kena mention |
|
|
|
|
|
|
|
rajamoney replied at 17-3-2021 11:15 AM
ini msti penebar roti canai ni
dia pakai honda jazz lah..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|