CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Haji

10-3-2021 09:29 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2043| Komen: 15

Description: RIYADH: Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia.
RIYADH: Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia.

Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini.



Foto: Awani

“Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan.

"Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada sidang media selepas menghadap Putera Mahkota.

Ketika ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600.

Jumlah tersebut meningkat berbanding kuota 30,200 jemaah pada tahun sebelumnya.


Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya.

“Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah.

“Saya dimaklumkan Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah,” katanya.

Pertemuan 90 minit di antara Perdana Menteri dan Putera Mohammed yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Ia merupakan kemuncak lawatan rasmi empat hari Muhyiddin ke Arab Saudi dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan yang amat ketat.

Pada pertemuan itu, kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah.

Inisiatif tersebut akan memudahkan proses prapelepasan jemaah Haji dan Umrah Malaysia, seperti urusan penerbangan, semakan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik lain.

MOU ditandatangani Hishammuddin bagi pihak Malaysia dan rakan sejawatannya Putera Faisal Farhan Al-Saud.

Ia disaksikan oleh Muhyiddin dan Putera Mohammed. -CARI

Sumber: Awani

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sharlenetexas 10-3-2021 09:54 AM
Jadi 41,600 oranglah ni?

Quote rajamoney 10-3-2021 10:22 AM
[youtube]NC8hDc_Uk0U[/youtube]
Quote Scheherazade 10-3-2021 10:39 AM
Alhamdulillah. Mudah2an kita semua dpt jemputan menjd tetamu Allah kelak. Aamiin Allahumma Aamiin
Quote adm7 10-3-2021 10:50 AM
Edited by adm7 at 10-3-2021 10:52 AM

Alhamdulillah. Itu penting jaga hubungan diplomatik dengan negara lain. Jangan ikut perangai machai yg kata boleh tolak undangan. Ingat undangan pemimpin tertinggi negara luar ni macam undangan kenduri jiran sebelah diorg agaknya. takat sembang kosong takda faedah.

Terima kasih muhyiddin dan semua yang terlibat. Tapi aku tetap tolak parti bersatu. Sorry. Pengkhianat dan yang bersekongkol dengan pengkhianat/tak setia(parti gerakan) memang tak boleh percaya. Tak mustahil akan berpaling tadah nanti

PRU wajib tolak parti DAP,PAN,PKR,Bersatu, Gerakan
Quote ladyxez 10-3-2021 10:56 AM
Sape pun pm...., padehal, kuota tambahan tetap bagi jugak.
Jgn meroyan ye..., I bukan sokom sesiapa utk pm.   Bkn ada apa untung pun .. .
Quote nolya 10-3-2021 01:13 PM
Apakah penambahan kuota haji dlm  muzim pandemik  ini boleh dianggap signifikan.  Zahirnya  ia memang berita yg  menggalakkan ttpi realitinya  harus  banyak hal  patut  difikirkan  juge.  Esp bagi golongan  60thn ke atas,  perlu  ambilkira  kesesuaian kesihatan.  Kelancaran beribadah juge  tak  akan serancak  spt sebelum pandemik,  tak semeriah rasa penuh teruja nak beribadah.  Terbatas.

Bila AS menambah kuota kpd M'sia, kena ingat  kuota negara2 Islam  tentu juga  dizinkan.  Suasana  kerumunan  pasti  tak dpt dielakkan  dan virus  corona  lebih galak berlegar2  di sekitar  keadaan.  Di situlah ummah akan lebih terdedah  kpd jangkitan.  Bijaklah  ummah mengambil keputusan  dlm suasana yg tak aman jalan.
Quote Boomibulat 10-3-2021 01:26 PM
Setiap kali ada lawatan ke AS mesti ada berita naik kuota haji..
Quote adm7 10-3-2021 03:14 PM
nolya replied at 10-3-2021 01:13 PM
Apakah penambahan kuota haji dlm  muzim pandemik  ini boleh dianggap signifikan.  Zahirnya  ia meman ...


Baca penuh tak artikel tu?ke main hembus je asal reply? Kan dalam artikel tulis selepas keadaan pulih sepenuhnya.
Quote lipans 10-3-2021 03:32 PM
Kuota tambahan diberi kpd negara yg baik dgn Pak Saud. Dari zaman BN gomen lagi Malaysia dah dapat 10k tambahan kuota.

Zaman PH je kuota tu ditarik balik sebab Abe Mat lebih berbaik dgn Ayatollah.
Quote notM 10-3-2021 03:35 PM
Meols tetap tak nak mengundi next PRU

Ini semua rasuah
Quote Punat_button 10-3-2021 03:36 PM
aku tak caye abahcow dapat tambahan kuota haji sebab raja saudick ni sokong perikatan nasional. boleh?

Quote pokokbunga 10-3-2021 03:36 PM
Scheherazade replied at 10-3-2021 10:39 AM
Alhamdulillah. Mudah2an kita semua dpt jemputan menjd tetamu Allah kelak. Aamiin Allahumma Aamiin

Aaminnnn... aku pun nak buat rayuan nnt, ikut giliran asal lagi 30 tahun lebihhh
Quote nolya 10-3-2021 06:13 PM
adm7 replied at 10-3-2021 03:14 PM
Baca penuh tak artikel tu?ke main hembus je asal reply? Kan dalam artikel tulis selepas keadaa ...



tak ade le bermaksud nak menghembus sebab tadi ade juge terdengar berita tv mengatakan bahawa tambahan kuota trs tak diluluskan sederap, mungkin sebahagian2.  Cuma dlm keghairahan rakyat M'sia yg dah lama tertunggu2 peluang pegi hj haruslah mengamil langkah berwaspada menyahut seruan haji. Tu je.
Quote sambaldurian 10-3-2021 06:42 PM
klu ikut giliran buku tabung haji ak, ak dh umur 108 tahun nnti  baru ak dpt g. baru daftar
Quote budakLuiTimur 19-3-2021 01:26 AM
alhamdulillah. Doakan aku dpt jd tetamu Allah

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:00 AM GMT+8 , Processed in 0.060077 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top