CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Didakwa Curang, Suami Tetak Isteri Hamil Sampai Mati

10-3-2021 09:02 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1332| Komen: 0

Description: Tawau: Angkara cemburu, seorang lelaki tergamak menetak leher isterinya yang sedang hamil sehingga mati dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, dekat sini, kelmarin.
Tawau: Angkara cemburu, seorang lelaki tergamak menetak leher isterinya yang sedang hamil sehingga mati dalam kejadian di sebuah ladang kelapa sawit, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa dikenali sebagai Norhasnah Sahanin, 20-an, ditemukan meninggal dunia di ruang tamu rumah kongsi tidak bernombor dekat Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50 Jalan Tawau-Semporna.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, pihak polis yang menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7.06 malam bergegas ke lokasi kejadian sebelum gerakan memburu suspek dilancarkan.

Katanya, siasatan awal mendapati suspek yang juga warga asing berusia 22 tahun dan bekerja sebagai buruh ladang di situ melarikan diri selepas kejadian itu.


Gambar Hiasan


"Suspek berjaya ditahan selepas bersembunyi di kawasan ladang kelapa sawit iaitu kira-kira tujuh kilometer dari lokasi kejadian pada 12.05 tengah malam.

"Turut dirampas sebilah parang panjang berukuran 68 sentimeter bersama sarung parang warna biru dan sehelai seluar panjang," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut Peter berkata, hasil siasatan awal mendapati motif kejadian berpunca daripada suspek yang mengetahui tentang hubungan sulit isterinya.

Katanya, mangsa bagaimanapun enggan menceritakan hubungan sulit itu kepada suspek menyebabkannya berang.

Tambahnya, pemeriksaan awal mangsa mendapati satu kesan tetakan di bahagian belakang leher disyaki menggunakan senjata tajam selain si mati juga dipercayai sedang mengandung.

"Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari untuk siasatan kanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.140452 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top