CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Kerjaya Nyanyian Dah Mati, Sheeda Dangdut Kini Jual Kuih

10-3-2021 09:14 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6620| Komen: 29

Description: Tiada tawaran menyanyi, Sheeda okay dengan menjual makanan Kuala Lumpur: Walaupun menganggap kerjaya nyanyiannya 'mati' sejak setahun ini akibat penularan Covid-19, penyanyi dangdut Sheeda, 5 ...
Walaupun menganggap kerjaya nyanyiannya 'mati' sejak setahun ini akibat penularan Covid-19, penyanyi dangdut Sheeda, 57, mengakui Allah SWT menggantikannya dengan rezeki lain.


Sheeda berkata, walaupun tawaran persembahan tidak diterima sejak tahun lalu apabila semuanya dibatalkan, dia bersyukur mampu bertahan meneruskan kehidupan dengan berniaga makanan daripada tempahan pelanggan.



"Alhamdulillah, sepanjang setahun bertahan melalui pengalaman Covid-19 ini, saya masih tidak putus rezeki. Walaupun tawaran persembahan tiada, Allah gantikan dengan cabang rezeki lain.

"Kunci pada rezeki ini adalah doa dan yakin dengan ujian Allah serta perancangan terbaik-Nya. Apatah lagi, saya sebagai ibu tunggal yang ada dua anak masih belajar di universiti dan seorang lagi di tingkatan satu.

"Saya reda dengan apa yang berlaku sekarang kerana sudah ditakdirkan pandemik ini melanda dan banyak pengajaran yang baik buat saya, terutama dari segi memperbaiki amal ibadat untuk bekalan di akhirat nanti," katanya kepada Harian Metro.


Foto: IG

Ditanya mengenai wang tabungan, Sheeda berkata, itu tidak dinafikan mestilah ada, tapi jumlahnya tidaklah begitu banyak.

Bagaimanapun, berkat doa meminta bantuan daripada Allah, cabang rezeki lain diberikan-Nya.



"Dalam hidup ini, saya letakkan dalam diri jangan merungut tapi terus berusaha. Ditambah, saya juga terbiasa mengamalkan hidup bersederhana yang mana ada rezeki untuk makan hari-hari, sudah cukup.

"Malah, selama ini pun saya tak tunjuk pada orang saat senang, apa lagi di waktu susah. Jadi, apa yang buat saya tenang lagi sebenarnya rezeki masa yang Allah beri untuk diluangkan bersama anak-anak dan keluarga termasuk mempertingkatkan amalan diri.

"Saya pun usia dah makin meningkat dan boleh dikata di tahap 'emas', jadi kesempatan yang ada ini adalah peluang buat saya memperbaiki kekurangan diri ke arah lebih baik selagi diberikan masa," katanya.

Menurut Sheeda, sejak tahun lalu hingga kini dia meneruskan kelangsungan hidup secara menerima tempahan makanan daripada pelanggan.

Katanya, apa saja makanan yang pelanggan minta dimasakkan, dia terima kerana ia adalah rezeki.



"Saya ada masak nasi minyak Sheeda, kambing perap, mi goreng, bihun goreng, kuih-muih dan apa sajalah yang ditempah. Saya biasanya akan terima dan tak berkira soal harga, ikut bajet pelanggan termasuk buat ulasan produk di media sosial," katanya.

Menurut Sheeda yang pernah popular dengan lagu Angkat Kaki, dalam meneruskan hidup kita perlu rajin mencari rezeki dan tidak bergantung harap untuk menunggu bantuan disediakan kerajaan saja kerana mungkin ada orang yang lebih susah daripada kita.

Pada awal Mac tahun lalu, Sheeda mendedahkan dia sudah bercerai dengan bekas suami, Sukri Hashim, 40, selepas 12 tahun hidup bersama dan memiliki seorang anak lelaki, Muhammad Aiman, 13.

Sheeda dan Sukri yang juga seorang guru berkahwin pada 2007. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 9-3-2021 09:53 PM
Dah xde gambar lain ke metro ni nak letak
Quote piao 9-3-2021 10:35 PM
September14 replied at 9-3-2021 09:53 PM
Dah xde gambar lain ke metro ni nak letak

ada.... je
Quote jerukkedondong 9-3-2021 10:42 PM
Uish..gambar atas tu...asal mata dia camtu ..cerai jgk dgn cikgu tu ye...
Ingat lagi masa gv...bangga dia bgtau suami dia muda..
Quote Lengkong 9-3-2021 11:01 PM
Semoga sheeda sentiasa sihat untuk bekerja dan murah rezeki.
Quote sayawifenikmie 9-3-2021 11:22 PM

.... kesiannn ... dah usia macam ni cerai berai ... susah ..... simpatyi saya utk syeeda ... tapi dia ada anak yg cantik tu ... misti boleh bantu sedikit sebanyak ...
Quote flyzpiz 9-3-2021 11:24 PM
Teriba teringat nyanyian beliau time GV mendendangkan lagu hantu atu buaya nana sheme
Quote teen_angelJB 10-3-2021 05:36 AM
Perlu ke posing tgn di dada tu..
Scaryyyyyy
Quote mijot 10-3-2021 06:44 AM
retis jual apa, ada jer yg akan beli sbb follower ramai...
kesian kt rakyat marhaien, kena gigih sikit promot...
Quote Nenasketum 10-3-2021 06:52 AM
Macam coincidence pulak laki bercerai taim dia tak dapat job. Tetiba teringat kat dangdut pub yang penuh dengan taxi drivers
Quote Boomibulat 10-3-2021 08:14 AM
Mana anak dia yg nama Bienda tu..?
Quote mieymiey 10-3-2021 08:22 AM
Nak harapkan undangan nyanyian sampai bila?
Quote addamnor 10-3-2021 08:25 AM
Boomibulat replied at 10-3-2021 08:14 AM
Mana anak dia yg nama Bienda tu..?

Bienda sudah ada kehidupan dia sendiri dek.. lagipun nek syida angkat kaki masuk berita bukan sbb tiada pendapatan, beliau cerita though covid hits vey hard on her singing career, she is surviving with different income
Quote piao 10-3-2021 11:27 AM
siapa lagi ya yg sebaya dia ni....nk tw ada jual apa pulak
Quote piao 10-3-2021 11:29 AM
Boomibulat replied at 10-3-2021 08:14 AM
Mana anak dia yg nama Bienda tu..?

ada je... masih tersesat dlm youtube

masih penantian...


[youtube]KEdX-rAIp4M[/youtube]
Quote rukia2 10-3-2021 11:41 AM
flyzpiz replied at 9-3-2021 11:24 PM
Teriba teringat nyanyian beliau time GV mendendangkan lagu hantu atu buaya nana sheme

haha..samalah kita
Quote Kebabomb 10-3-2021 12:16 PM
Siapa jurusolek Mak cik ni? Kenapa dihantukan muka tu...
Quote laksmanabentan 10-3-2021 12:50 PM
Kebabomb replied at 10-3-2021 12:16 PM
Siapa jurusolek Mak cik ni? Kenapa dihantukan muka tu...

tak baik tau hina pekerjaan MUA...
MUA akan selalu menampilkan yg terbaik sesuai dengan request...
muka tema photoshoot tu ala2 hantu gitu kot...
Quote dudaberhias 10-3-2021 12:55 PM
Scarynya mekap makcik sheeda macamtu...
Dia ni cepat betul muka tua? Orang kelantan kan, mesti kuat kerja ni tak sempat nak pergi klinik atau takde duit nak treatment kulit bagi muda mudi
Quote dudaberhias 10-3-2021 12:57 PM
laksmanabentan replied at 10-3-2021 12:50 PM
tak baik tau hina pekerjaan MUA...
MUA akan selalu menampilkan yg terbaik sesuai dengan request.. ...

Jahat betul mulut2 forummer dalam ni, moga anda semua di azab...

Mungkin gambar shoot ni masa halloween.. MUA tu di tugaskan untuk mekap cik sheeda persis tim burton punya karakter...

Jangan la salahkan acik sheeda dan MUA. Deorang hanya mengikut tema Job dan arahan...

Lihat semua komen(29)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.057170 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top