CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taktik Baharu, Seluduh Dadah Dalam Sejadah Dan Al-Quran

10-3-2021 09:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1446| Komen: 2

Description: Mahu mengelak dikesan polis, satu sindiket dadah antarabangsa mengambil tindakan licik apabila menggunakan peralatan keagamaan termasuk sejadah dan al-Quran untuk menyeludup ketamin secara kurier ke l ...
Mahu mengelak dikesan polis, satu sindiket dadah antarabangsa mengambil tindakan licik apabila menggunakan peralatan keagamaan termasuk sejadah dan al-Quran untuk menyeludup ketamin secara kurier ke luar negara.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, peralatan keagamaan yang digunakan itu mengikut majoriti penganut agama di negara terbabit dan dadah berkenaan dibungkus bersama bagi mengelak ia dikesan.

"Contohnya ketamin yang ingin diseludup ke Indonesia, sindiket itu akan membungkuskannya bersama peralatan sejadah dan al-Quran," katanya ketika ditemui di pejabatnya di Bukit Aman, di sini, semalam.


Foto: PDRM

Menurutnya, taktik sindiket terbabit terbongkar selepas pihak berkuasa Korea Selatan merampas kurier mengandungi ketamin dari Malaysia yang berselindung di sebalik peralatan keagamaan Buddha baru-baru ini sebelum memaklumkannya kepada JSJN Bukit Aman.


Susulan itu, katanya, satu operasi dijalankan polis dan menahan 13 individu termasuk seorang lelaki warga asing selain menyerbu sebuah kondominium di Cheras yang dijadikan makmal mini memproses dadah jenis ketamin pada jam 3 pagi, kelmarin.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 63 kilogram dadah jenis ketamin dianggarkan bernilai lebih RM3 juta.

"Sindiket dadah didalangi warga tempatan itu menjadikan sebuah kondominium di Cheras sebagai makmal mini dadah ketamin yang proses pengedarannya dilakukan secara kurier.

"Maklumat daripada pihak berkuasa Korea Selatan dan risikan dilakukan polis selama dua minggu berjaya menahan semua suspek yang terbabit dalam sindiket pengedaran dadah itu.

"Di Korea Selatan, mereka menggunakan peralatan keagamaan Buddha apabila dadah itu diletakkan di bahagian tepi bagi mengelak disedari pihak berkuasa," katanya sambil memberitahu maklumat lanjut berkaitan kejayaan polis itu akan dimaklumkan pada sidang media, hari ini.

Difahamkan, selain Korea Selatan, sindiket terbabit menyeludup ketamin ke beberapa negara lain termasuk Singapura, Indonesia, Filipina dan New Zealand.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, JSJN Pulau Pinang menahan empat lelaki dalam serbuan di makmal mini dadah di Machang Bubok, Bukit Mertajam dan merampas satu kilogram syabu yang sudah siap diproses pada jam 9 malam, kelmarin.

Menurutnya, selain itu, sejumlah dadah juga disyaki syabu yang belum diproses turut dirampas. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rajamoney 10-3-2021 01:47 PM
penunggang agama
Quote Rainsack 13-3-2021 04:22 AM
Wow!!!!! Sang up!!!!

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.289828 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top