CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yonnyboii Rasa Macam Mimpi Dapat Berduet Dengan Raisa

10-3-2021 09:49 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3380| Komen: 16

Description: “Rasa macam mimpi jadi kenyataan.”
“Rasa macam mimpi jadi kenyataan.”

Itu kata penyanyi muda berbakat besar Malaysia, Yonnyboii yang diberi peluang berkolaborasi dengan tiga bintang handalan Asia Tenggara termasuk penyanyi tersohor Indonesia, Raisa dalam lagu Trust Again untuk filem Disney berjudul Raya and the Last Dragon.


Selain Raisa, lagu tersebut turut menampilkan dua penyanyi popular Filipina dan Thailand iaitu Matthaios & SPRITE.

Foto: VIA kOSMO

Kata Yonnyboii atau nama lengkapnya, Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin, dia tidak menyangka, dalam ramai penyanyi di Malaysia, dia terpilih untuk mewakili negara ini menyanyikan lagu tersebut.

“Dapat berkolaborasi dengan Raisa, macam tidak percaya. Saya tahu dia antara bintang paling hebat di Indonesia sekarang.


“Mewakili Malaysia, saya bertanggungjawab untuk menekankan budaya negara yang saya cintai iaitu Malaysia dalam bait-bait lirik lagu Trust Again. Saya ada sebut nasi lemak dan sate,” kata Yonnyboii, 23, ketika dihubungi Kosmo! Online.

Trek dwibahasa yang berkisar pada tema fokus kepercayaan dan persahabatan itu mendapat inspirasi dari negeri fantasi Kumandra dan pengembaraan Raya, puteri pendekar pertama Disney, yang mempersonifikasikan semangat pelbagai negara Asia Tenggara.

Kerjasama muzik gabungan beberapa negara ini adalah yang pertama seumpamanya di rantau ini dan memegang tunggak penting dalam komitmen Disney untuk bekerjasama dengan bakat tempatan dalam membawa kandungan hiburan yang berkualiti kepada penonton di Asia Tenggara.

Trust Again pada dasarnya, meraikan berbilang budaya yang membentuk rantau Asia Tenggara.

Lebih menarik lagi, lagu tersebut juga mengandungi alat muzik etnik Asia Tenggara seperti Seruling, Perkusi Etnik, Bungkau atau Hap Rahang, Angklung, alat muzik tradisional dari Thailand, Gamelan dan Suling Sunda.

Mastering untuk lagu ini dibuat oleh Jurutera Mastering, Chris Athens yang pernah memenangi Anugerah Grammy, dan pastinya merupakan satu formula untuk pemerkasaan yang ampuh, selain berkisar pada tema kepercayaan yang universal.

Trust Again akan dilancarkan bersama-sama dengan video lirik pada 12 Mac 2021 diikuti dengan muzik video yang menampilkan keempat-empat artis pada akhir bulan Mac 2021. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Redmyvi 10-3-2021 10:40 AM
semoga boleh pergi jauh.. suara mmg unik.. hope jaga attitude jaa
Quote bulalof 10-3-2021 10:44 AM
all the best boi.
Quote makneng 10-3-2021 12:55 PM
Fuhhh Raisa tu... Mak suka most of her songs
Quote minah_selekeh 10-3-2021 03:23 PM
Rooting for Yonnyboii to go international!
Quote annadonna 10-3-2021 03:25 PM
I hope yonniboy kekal mcm ni. Keluar cerita aje pasal kerja/lagu baru/kolaborasi. Jangan pasal burung burung berterbangan atau cinta sampah.
Quote Hoola 10-3-2021 05:13 PM
kelas ko nak!makcik sebg peminat hiphop khususnya amat berbangga dgnmu.berita2 kebngaan negara mcm ni la yg kita nak.barulah ada kelas industri seni negara! all the best! teruskan bakatmu, dan hiasi peribadi.go go go nak yonny!
Quote Aikiko 10-3-2021 07:40 PM
I luv Raisa

Nape eh sheols cam xnak kembangkan karier di Msia ni?
Quote farhani87 10-3-2021 11:21 PM
Ohh ni ke yonnyboi. Baru knl.
Quote jackreacher 11-3-2021 01:29 AM
Aikiko replied at 10-3-2021 07:40 PM
I luv Raisa

Nape eh sheols cam xnak kembangkan karier di Msia ni?

Retis top indo 'kembangkan' career kat malaysia? Betul ke ayat tu? Kihkih
Quote LadyCarefree 11-3-2021 01:40 AM
Harap masuk gua cepat
Quote Aikiko 11-3-2021 02:08 AM
jackreacher replied at 11-3-2021 01:29 AM
Retis top indo 'kembangkan' career kat malaysia? Betul ke ayat tu? Kihkih

Bukan....maksud iols cam sheols nie xdtang sini sangat untuk promo wat konsert ke, cam senior dia rossa or kd
Quote jackreacher 11-3-2021 02:11 AM
Aikiko replied at 11-3-2021 02:08 AM
Bukan....maksud iols cam sheols nie xdtang sini sangat untuk promo wat konsert ke, cam senior dia  ...

Senang cite dia tak hadap la dgn malaysia dan fans kat malaysia ni. Truth hurts sis. Bertabahla.
Quote theotherfriend 11-3-2021 02:04 PM
Macik peminat awak Yonni. All the best
Quote kualibesi 11-3-2021 02:38 PM
elok la, fan yindon lg besar.. tgk msg2 artis yindon, follower bermillion, msia nie, plg rmi pun 8mil jeeeeeee
Quote SisLena 11-3-2021 04:03 PM
Lebarkan sayap mu yonny. Teruskan Berkarya. Go beyond msia. Juri kat msia ni bkn nk appreciate pn bakat2 macam kamu
Quote kdamat 15-3-2021 10:50 AM
All the best, yonniboy

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 0.081744 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top