View: 1479|Reply: 15
|
Malaysia Dapat Tambahan 10,000 Kuota Haji
[Copy link]
|
|
RIYADH: Kerajaan Arab Saudi bersetuju memberikan tambahan 10,000 kuota rasmi haji untuk jemaah Malaysia.
Berita baik itu disampaikan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selepas perjumpaan beliau bersama Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Salman di Istana Yamamah, di sini.
Foto: Awani
“Kita sudah dapat keputusan baik persetujuan.
"Apabila keadaan (COVID-19) pulih sepenuhnya, kuota haji ditambah 10,000 daripada jumlah sedia ada,” katanya pada sidang media selepas menghadap Putera Mahkota.
Ketika ini, kuota rasmi haji bagi jemaah Malaysia adalah 31,600.
Jumlah tersebut meningkat berbanding kuota 30,200 jemaah pada tahun sebelumnya.
Berdasarkan ketetapan yang dibuat oleh Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kuota jemaah haji bagi sesebuah negara adalah 0.1 peratus daripada jumlah penduduknya.
“Putera Mahkota juga memaklumkan kota Mekah dan Madinah masih dalam proses pembesaran dan ini boleh menambah jumlah haji dan umrah.
“Saya dimaklumkan Malaysia akan diberi perhatian utama dalam pertambahan jumlah jemaah,” katanya.
Pertemuan 90 minit di antara Perdana Menteri dan Putera Mohammed yang juga Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Arab Saudi turut disertai Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Ia merupakan kemuncak lawatan rasmi empat hari Muhyiddin ke Arab Saudi dan berlangsung mengikut prosedur operasi standard kesihatan dan keselamatan yang amat ketat.
Pada pertemuan itu, kedua-dua negara turut menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) inisiatif Perkhidmatan Jalan Makkah.
Inisiatif tersebut akan memudahkan proses prapelepasan jemaah Haji dan Umrah Malaysia, seperti urusan penerbangan, semakan visa dan pasport, prosedur kastam dan urusan logistik lain.
MOU ditandatangani Hishammuddin bagi pihak Malaysia dan rakan sejawatannya Putera Faisal Farhan Al-Saud.
Ia disaksikan oleh Muhyiddin dan Putera Mohammed. -CARI
Sumber: Awani |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
[youtube]NC8hDc_Uk0U[/youtube]
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Mudah2an kita semua dpt jemputan menjd tetamu Allah kelak. Aamiin Allahumma Aamiin |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by adm7 at 10-3-2021 10:52 AM
Alhamdulillah. Itu penting jaga hubungan diplomatik dengan negara lain. Jangan ikut perangai machai yg kata boleh tolak undangan. Ingat undangan pemimpin tertinggi negara luar ni macam undangan kenduri jiran sebelah diorg agaknya. takat sembang kosong takda faedah.
Terima kasih muhyiddin dan semua yang terlibat. Tapi aku tetap tolak parti bersatu. Sorry. Pengkhianat dan yang bersekongkol dengan pengkhianat/tak setia(parti gerakan) memang tak boleh percaya. Tak mustahil akan berpaling tadah nanti
PRU wajib tolak parti DAP,PAN,PKR,Bersatu, Gerakan |
|
|
|
|
|
|
|
Sape pun pm...., padehal, kuota tambahan tetap bagi jugak.
Jgn meroyan ye..., I bukan sokom sesiapa utk pm. Bkn ada apa untung pun .. . |
|
|
|
|
|
|
|
Apakah penambahan kuota haji dlm muzim pandemik ini boleh dianggap signifikan. Zahirnya ia memang berita yg menggalakkan ttpi realitinya harus banyak hal patut difikirkan juge. Esp bagi golongan 60thn ke atas, perlu ambilkira kesesuaian kesihatan. Kelancaran beribadah juge tak akan serancak spt sebelum pandemik, tak semeriah rasa penuh teruja nak beribadah. Terbatas.
Bila AS menambah kuota kpd M'sia, kena ingat kuota negara2 Islam tentu juga dizinkan. Suasana kerumunan pasti tak dpt dielakkan dan virus corona lebih galak berlegar2 di sekitar keadaan. Di situlah ummah akan lebih terdedah kpd jangkitan. Bijaklah ummah mengambil keputusan dlm suasana yg tak aman jalan.
|
|
|
|
|
|
|
|
Setiap kali ada lawatan ke AS mesti ada berita naik kuota haji.. |
|
|
|
|
|
|
|
nolya replied at 10-3-2021 01:13 PM
Apakah penambahan kuota haji dlm muzim pandemik ini boleh dianggap signifikan. Zahirnya ia meman ...
Baca penuh tak artikel tu?ke main hembus je asal reply? Kan dalam artikel tulis selepas keadaan pulih sepenuhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Kuota tambahan diberi kpd negara yg baik dgn Pak Saud. Dari zaman BN gomen lagi Malaysia dah dapat 10k tambahan kuota.
Zaman PH je kuota tu ditarik balik sebab Abe Mat lebih berbaik dgn Ayatollah. |
|
|
|
|
|
|
|
Meols tetap tak nak mengundi next PRU
Ini semua rasuah |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak caye abahcow dapat tambahan kuota haji sebab raja saudick ni sokong perikatan nasional. boleh?
|
|
|
|
|
|
|
|
Scheherazade replied at 10-3-2021 10:39 AM
Alhamdulillah. Mudah2an kita semua dpt jemputan menjd tetamu Allah kelak. Aamiin Allahumma Aamiin
Aaminnnn... aku pun nak buat rayuan nnt, ikut giliran asal lagi 30 tahun lebihhh |
|
|
|
|
|
|
|
tak ade le bermaksud nak menghembus sebab tadi ade juge terdengar berita tv mengatakan bahawa tambahan kuota trs tak diluluskan sederap, mungkin sebahagian2. Cuma dlm keghairahan rakyat M'sia yg dah lama tertunggu2 peluang pegi hj haruslah mengamil langkah berwaspada menyahut seruan haji. Tu je.
|
|
|
|
|
|
|
|
klu ikut giliran buku tabung haji ak, ak dh umur 108 tahun nnti baru ak dpt g. baru daftar |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah. Doakan aku dpt jd tetamu Allah |
|
|
|
|
|
|
| |
|