CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pfizer Mungkin Kurang Berkesan Pada Individu Obes, Kena Tambah Dos

2-3-2021 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 4630| Komen: 26

Description: Para penyelidik mendakwa vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 berkemungkinan tidak memberi kesan kepada individu mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.
Para penyelidik mendakwa vaksin Pfizer-BioNTech Covid-19 berkemungkinan tidak memberi kesan kepada individu mengalami berat badan berlebihan atau obesiti.

Menerusi laporan Mirror.co.uk, saintis di Itali memaklumkan hasil penyelidikan mereka menunjukkan individu obes yang memiliki Indeks Jisim Badan (BMI) melebihi 30 ke atas memerlukan kuantiti dos vaksin tambahan.



Kredit foto: Time Magazine

Mereka juga mendakwa, sekiranya petugas perubatan mengalami obesiti yang juga penerima vaksin, antibodi yang terhasil setelah suntikan buat kali dua hanya menghasilkan separuh berbanding mereka yang sihat tubuh badan untuk membantu melawan virus Covid-19.

Walaupun terlalu awal untuk mengetahui keberkesanan vaksin, namun ia menunjukkan bahawa orang obesiti memerlukan dos tambahan untuk memastikan mereka terlindung daripada Covid-19.

Penyelidik mengatakan perkara itu berlaku kerana obesiti lebih terdedah untuk risiko penyakit diabetes dan tekanan darah tinggi malahan lemak berlebihan menyebabkan perubahan metabolisme sekali gus menyukarkan badan melawan jangkitan.


Sementara itu, laporan The Guardian memberitahu, di Rom, seramai 248 petugas kesihatan telah menerima suntikan dos vaksin Pfizer kali kedua di Istituti Fisioterapici Ospitalieri.

Tujuh hari setelah menerima dos kedua, 99.5 peratus daripada mereka mengalami tindak balas antibodi, dan tindak balas ini lebih besar pada BMI normal berbeza tindak balas yang tidak jelas diperoleh daripada mereka memiliki berat badan berlebihan.

Aldo Venuti dari Istituti Fisioterapici Ospitalieri berkata, oleh kerana obesiti adalah berisiko dijangkiti Covid-19 dan mencatatkan rekod kematian tertinggi, kerajaan perlu merancang program lebih efisien untuk menangani masalah ini.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 2-3-2021 12:13 PM
Iols speku yg kat mesia ni, sapa yg obes, sumer dah kena rejek ineligible utk beksin pfizer
Quote noor2 2-3-2021 12:14 PM
Kurus2 kanla badan tu.....
Quote Punat_button 2-3-2021 12:16 PM
Covid pun kena kerja keras nak tembus lemak si gemuk ni...

lojik lah dose kena double triple...

Quote CiliPadiSedap 2-3-2021 12:26 PM
Punat_button replied at 2-3-2021 12:16 PM
Covid pun kena kerja keras nak tembus lemak si gemuk ni...

lojik lah dose kena double triple... ; ...

fariska punya lemak pun boleh tahan tepu juga kalau tengok profile picture bibik indon yang caras suami orang jusa C. rasanya dia kena cucuk vaksin guna jarum pam tayar lori



Quote Supersirap 2-3-2021 12:39 PM
Ikut berat badan lah, kalau dah badannya memang besar, perlulah dos yang besar
Quote BicaraHatiku 2-3-2021 12:42 PM
Punat_button replied at 2-3-2021 12:16 PM
Covid pun kena kerja keras nak tembus lemak si gemuk ni...

lojik lah dose kena double triple... ; ...

Ye sis...vaksin ni oil-based bukan acid. Oil based serap lambat sikit.
Quote salmon-suki 2-3-2021 01:09 PM
Hmmm...dah start bg alasan vaksin tak berkesan kt obese people..japgi,alasan ape lg?ai bru jah saiko kan diri utk beranikn diri terima vaksin walaupun tak yakin dgn effectiveness vaksin..ni dah bg alasan mcm ni..haihhhhhh~
Quote CiliPadiSedap 2-3-2021 02:29 PM
Habislah makin ramai gemukkan diri untuk elak vaksin
Quote AbukRokok 2-3-2021 03:41 PM
laaa yg obes ke?
mana yang untuk isap rokok?

Quote Orkuitor 2-3-2021 03:49 PM
Tapi seekor penjilat amerika yahudi tetap nak promote pfizer sangat la, mcm dia dapat commission...mmg ciri2 cybertrooper taiwan
Quote lipans 2-3-2021 03:53 PM
dah la statistically malaysia ramai yg obese.
Quote Dwdrum 2-3-2021 04:16 PM
Orkuitor replied at 1-3-2021 11:49 PM
Tapi seekor penjilat amerika yahudi tetap nak promote pfizer sangat la, mcm dia dapat commission...m ...

Nampak sangat pencacai china buta kayu... Claimed seorang yang practical... Sebab bayar murah level pencacai low class...
Enjoy!
[youtube]JXVnFQVAAk4[/youtube]
Quote Orkuitor 2-3-2021 04:33 PM
Pencacai amerika yahudi dah triggered, bangkit dr kubur
Quote airfilterkotor 2-3-2021 05:07 PM
lipans replied at 2-3-2021 03:53 PM
dah la statistically malaysia ramai yg obese.

Aku tambah lagi, dalam negara negara Asia Tenggara.
Dalam negeri, WP Putrajaya champiang meninggalkan jauh negeri negeri lain.
Quote rookiecake 2-3-2021 10:32 PM
Orkuitor replied at 2-3-2021 03:49 PM
Tapi seekor penjilat amerika yahudi tetap nak promote pfizer sangat la, mcm dia dapat commission...m ...

Cakap biarlah bertapis, jangan jatuhkan maruah diri sendiri lebih-lebih lagi kalau ilmu kau dalam infectious diseases is close to zero.

Berkaitan dengan artikle dan study di Italy... rajin2 lah membaca dan bertanya kepada pakar scientists infectious diseases. Please don’t cherry pick.

This is based on a pre print that was just published (NOT peer reviewed) on the Italian healthcare workers. They measured their antibody concentrations one week after their second dose and they found out about a two-fold lower level of antibodies in people with obesity compared to people without obesity. 3 important points to note

1. This is a very early, very small study. Who knows if it will eventually be confirmed.

2. Even if it’s confirmed, it’s hard to know the clinical impact of having half the number of antibodies. It could be that even if you cut your antibodies in half, you still have plenty enough to be protected from getting a bad case of Covid-19 (or any case of Covid).

3. We do know that having obesity is correlated with more severe covid outcomes, and so getting a covid vaccine is still absolutely a good idea. Don’t be dissuaded by these types of headlines, it’s still going to be a big help.





Quote rookiecake 2-3-2021 10:34 PM
salmon-suki replied at 2-3-2021 01:09 PM
Hmmm...dah start bg alasan vaksin tak berkesan kt obese people..japgi,alasan ape lg?ai bru jah saiko ...

Itu hanya headlines. Valid concern but dig deeper into the study that’s being done.
Quote Orkuitor 2-3-2021 10:38 PM
rookiecake replied at 2-3-2021 10:32 PM
Cakap biarlah bertapis, jangan jatuhkan maruah diri sendiri lebih-lebih lagi kalau ilmu kau dalam  ...

Hahaha, seekor lagi penjilat amerika yahudi dah muncul
Quote rookiecake 2-3-2021 10:41 PM
Edited by rookiecake at 2-3-2021 10:48 PM
Orkuitor replied at 2-3-2021 10:38 PM
Hahaha, seekor lagi penjilat amerika yahudi dah muncul


Semua Muslim doktor2 di seluruh dunia pun penjilat Amerika Yahudi jugak? Tak masuk akal langsung.

Btw, you replied faster than it takes to read what I’ve typed. Nampak sah, reading is not your forte. Terserlah kedaifan kau dan berapa cetek ilmu kau. Amat memalukan.
Quote kakikuDibibirmu 2-3-2021 10:43 PM
mari bersenam





Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:51 AM GMT+8 , Processed in 0.056351 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top