CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dihumban Keluarga Tunang Sebab Tak Turut Senarai Barangan

2-3-2021 08:23 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2914| Komen: 8

Description: Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas dihumban dari tingkat dua sebuah bangunan oleh keluarga tunangnya di Giza, Mesir.
Seorang lelaki berdepan detik cemas selepas dihumban dari tingkat dua sebuah bangunan oleh keluarga tunangnya di Giza, Mesir.

Tindakan mengejutkan itu dilakukan selepas lelaki terbabit enggan bersetuju dengan permintaan melampau keluarga wanita terbabit.



Gambar hiasan

Pasangan berkenaan dilaporkan akan berkahwin tidak lama lagi.

Agensi keselamatan di Giza berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki yang ditemui dengan kesan kecederaan jatuh dari tingkat dua.

Ketika ditemui, mangsa mengalami patah beberapa tulang.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dikatakan bertengkar dengan tunang dan ahli keluarga tunangnya itu. Namun, sesuatu berlaku yang menyebabkan ahli keluarga wanita itu bertindak mencampak lelaki terbabit dari tingkap.

Dalam pada itu, siasatan polis mendedahkan motif kejadian disebabkan keengganan mangsa menuruti senarai barangan yang diminta bakal isterinya.


Keadaan itu menyebabkan keluarga wanita terbabit marah dan mengambil tindakan drastik berkenaan.

Polis yang menerima maklumat berkenaan kemudian berjaya memberkas suspek yang terbabit. Mereka kini ditahan sementara waktu sehingga pihak berkuasa selesai melakukan siasatan kes itu.



Sumber: Harian Metro
1

Bagus
2

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • dua_chzy

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-3-2021 08:50 AM
dah kenapa terhegeh gak nk kawin ngn pmpuan tuh, blah je la cari lain ni x psl jatuh maruah ko kena lempar sampai patah pinggang
Quote mizzmimi 2-3-2021 08:58 AM
Blah je lah dek kalau tak mampu.. Kan dah kene humban patah tulang tak pasal2. Yang family pompuan pon melampau. Kalo kuajaq loqlaq sangat mamat tu, halau je le. Kalo kene dakwa kang fadan mooka laa
Quote epuepy 2-3-2021 02:39 PM
Erk.. Belum kawin dh kena humban. Dh kawin ko x ikut apa diorg nak, mau kena kerat.

Run bro.. Run.
Quote rajamoney 2-3-2021 03:05 PM
sbb tu korang tk penah dngar org melayu kawin ngn org mesir
Quote CiliPadiSedap 3-3-2021 12:52 AM
Memang betul firaun tu keturunan mesir perangai lahabau betul mcm friska
Quote nowhite 3-3-2021 01:09 AM
Mak aiii..ada lagi ka yang berani nak kawen dengan anak dara family ni lepas ni
Quote kabukiman 3-3-2021 07:20 AM
Tgk tajuk bebenang ingatkan uttar Pradesh Dan seangkatannya... Sekali.. ketuanan erebbb
Quote darkness 3-3-2021 08:09 AM
Edited by darkness at 3-3-2021 08:18 AM
CiliPadiSedap replied at 3-3-2021 12:52 AM
Memang betul firaun tu keturunan mesir perangai lahabau betul mcm friska

Hahaha belum move on ye pasal laki jusa tu
Life really unfair kan...dah sakit tua apa semua pastu nak diceraikan pula...mungkinn kita yg skg ni pun takut2 jg jadi gitu..alahai..ntahla apa dosa hurmmm

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:40 AM GMT+8 , Processed in 0.048559 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top