CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Maut Ayam Sabung 'Makan' Tuan

2-3-2021 08:18 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2406| Komen: 4

Description: Lelaki meninggal dunia gara-gara terkena pisau yang diikat pada kaki ayam jantannya yang digunakan untuk tujuan bersabung.
Lelaki meninggal dunia gara-gara terkena pisau yang diikat pada kaki ayam jantannya yang digunakan untuk tujuan bersabung.

Dalam kejadian di Telangana, selatan India itu, lelaki berkenaan dikatakan cuba menangkap ayam jantannya yang melarikan diri sebelum pisau yang diikat pada bahagian kaki haiwan itu tertusuk di pangkal pahanya.



Gambar hiasan

Lelaki tersebut meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital kerana kehilangan banyak darah dek tusukan pisau sepanjang 7 sentimeter (cm) itu, lapor BBC.

Polis kini memburu 15 individu lain yang dikatakan terlibat dalam pertandingan sabung ayam haram tersebut.

Mereka yang terlibat dalam pertandingan tersebut berdepan dengan tuduhan pembunuhan, pertaruhan haram dan mengadakan sabung ayam, lapor agensi berita AFP.

Pegawai polis, B Jeevan berkata ayam jantan itu akan dibawa ke mahkamah sebagai bukti perbicaraan kelak.



Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote chinta89 2-3-2021 08:52 AM
x pasal2 ayam masuk mahkamah...
Quote mizzmimi 2-3-2021 08:53 AM
Kene major artery ek

Kawan aku citer cikgu dia dulu kena kaca kat peha, bleeding meninggal tak sempat sampai hosp pun.
Quote merrissa 2-3-2021 08:58 AM
kejamnya...sian ayam tu...

padan muka kena diri sendiri
Quote umbut 2-3-2021 09:15 AM
Baru tau kena tusuk kat peha leh bawa maut... bahayanya

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:58 AM GMT+8 , Processed in 0.250973 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top