CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dapat Gambar Pisau, Didi Astillah Dimaki 'Perangai Dajal'

2-3-2021 08:05 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 5074| Komen: 13

Description: Pelakon dan penyanyi Didi Astillah mendedahkan menerima mesej berbaur ugutan yang dikirimkan seorang individu tidak dikenali di Instagram.
Pelakon dan penyanyi Didi Astillah mendedahkan menerima mesej berbaur ugutan yang dikirimkan seorang individu tidak dikenali di Instagram. 



Didi atau nama sebenar, Dayang Nazilah Awang Astillah turut terkejut apabila terbaca teks yang dihantar dengan menggunakan kata-kata kesat.

Lebih mengejutkan, individu berkenaan turut mengirimkan foto sebilah pisau sambil memarahinya tanpa sebab.

Didi ada memuat naik tangkap layar teks yang diterimanya di Instagram, pada Isnin.



Wanita berkenaan meminta penjelasan Didi mengenai hubungannya dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aiman Aziz.

Menerusi pautan yang dimuat naik itu, Didi yang tidak membalas mesej berkenaan seolah-olah membuatkan pengirim berkenaan terus menghantar teks sehingga mula mengeluarkan kata-kata kesat.

“Macam yang korang nampak di Instagram, tentang saya menerima satu DM daripada seorang perempuan yang marah-marah, maki, bagi kata kesat, dia ugut, dia hantar gambar pisau.

“Jadi pada yang tanya… sejujurnya saya tak kenal dan tak tahu apa motif dia. Tak tahu kenapa dia marah sangat,” kata adik kepada Bella Astillah ini menerusi video di Insta Story.

Dia pada masa sama turut mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas mesej yang diterima.



Kredit foto: IG Didi

“Atas apa yang dia buat saya akan ambil tindakan cuma sekarang masih di set, tak habis shoot lagi. InsyaAllah lepas ni akan buat laporan, saya sendiri ada gambar muka dia daripada sosial media,” katanya lagi.

Meninjau ke ruangan komen pada posting tersebut, rakan artis dan peminat turut sama memberikan reaksi terhadap apa yang dikongsi bintang berusia 25 tahun itu.


Sumber: Media Hiburan

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kiah_mai_pulak 2-3-2021 08:07 AM
ketahian apa kah innehhhh????
Quote whadda 2-3-2021 08:12 AM
lahh ngan si aiman ni ke.. cari le orang kaya deknon
Quote makneng 2-3-2021 08:58 AM
Pening lah baca dm tu.. Mental la sender tu.. Kosser sgt.
Quote AshkieLa 2-3-2021 09:24 AM
kakak n adik sama sama tibaiunta...
Quote Zaien 2-3-2021 05:40 PM
fanatik sgtt ke dek.. smpai dm cmtu hahahahaa
Quote ujio 2-3-2021 07:13 PM
sekali baca tak faham..
nnt la baca balik..ke sampah..? hahahaha
Quote Aneem 2-3-2021 07:42 PM
Edited by Aneem at 2-3-2021 07:44 PM

Aku malas nk komen sbb betina ni bukan function sgt pun
Tp takleh blah la tgk org pegang pisau tu
Pegang pisau gitu dh kenapa
Iklan pisau ke hanat
Ntah2 betina ni yg create story, nk panaskan nama yg sendu
Quote LadyCarefree 2-3-2021 07:54 PM
Aneem:    Edited by Aneem at 2-3-2021 07:44 PM  Aku malas nk komen sbb betina ni bukan function sgt punTp takleh blah la tgk org pegang pisau tuPegang pisau g ...


Ex bf dah kahwin. Hehe
Quote buapakperut 2-3-2021 09:47 PM
haha saiko naw, sendu2 pun dpt pisau yach
Quote Fafaaisa 2-3-2021 10:12 PM
Astillah sisters ni penyanyi ke pelakon ke apa...
Tak berkenan la dgn pakaian si didi ni..tak lama lg adik dia lg sorg tu pulak kot jd retis segera
Quote beatgirlX 2-3-2021 11:11 PM
Sapa adik Didie Astillah?
Bella Astillah ke?
ke so Aiman tu adiknya?
Aiman Ni sapa pulak?
Quote rosehoney79 11-3-2021 09:11 PM
beatgirlX replied at 2-3-2021 11:11 PM
Sapa adik Didie Astillah?
Bella Astillah ke?
ke so Aiman tu adiknya?

Didi astilah dgn Aiman Aziz ni peserta Kamilah Bintang tahun 2010 dulu...masa tu Wanie Karie yang jadi juara
Quote rosehoney79 11-3-2021 09:23 PM
Kalaulah dikumpul balik peserta Kamilah Bintang ni & buat show kat astro pun bagus jugak....dulu Pak Nil jadi salah sorang juri tu...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.109400 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top