CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lalok Ganja Sampai Potong Anu Sendiri

2-3-2021 09:15 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1886| Komen: 2

Description: Akibat terlampau khayal selepas menghisap ganja, seorang lelaki di Mainz, Jerman bertindak memotong alat kelaminnya.
Akibat terlampau khayal selepas menghisap ganja, seorang lelaki di Mainz, Jerman bertindak memotong alat kelaminnya.


Gambar hiasan


Susulan kejadian, lelaki itu terpaksa menghubungi perkhidmatan kecemasan untuk mendapatkan bantuan. Pihak polis dan perubatan kemudian bergegas ke rumah lelaki berusia 47 tahun untuk tindakan lanjut.

Dia menerima rawatan kecemasan di lokasi kejadian sebelum dikejarkan ke hospital dan terpaksa menjalani pembedahan, lapor portal The Sun.

Ketika pemeriksaan lanjut di apartmen mangsa, polis menemui alat kelamin lelaki itu yang sudah terpotong. Selain itu, polis turut menemui sejumlah dadah dipercayai ganja yang dihisap lelaki terbabit.

Dalam pada itu, jurucakap polis Mainz mengesahkan kepada media tempatan bahawa lelaki itu menggunakan pisau lipat untuk memotong alat kelaminnya.

"Keadaan itu berlaku ketika lelaki berkenaan khayal di bawah pengaruh ganja.


"Bagaimanapun, dia dipercayai menghubungi perkhidmatan kecemasan, selepas kejadian," katanya.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut berhubung keadaan terkini lelaki terbabit. Selain itu, tidak diketahui sama doktor berjaya menyambung semula alat kelamin lelaki terbabit atau sebaliknya.


Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote user.name 2-3-2021 12:28 PM
reti pulak ko tepon polis kecemasan tengah2 lalok tu?
Quote rajamoney 2-3-2021 12:33 PM
teringat dess

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:05 AM GMT+8 , Processed in 0.048904 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top