CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Macau Scam: 31 Polis Bersekongkol Dengan Addy Kanna Bakal Dibuang Kerja

1-3-2021 02:37 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6541| Komen: 50

Description: Semua 31 pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti terlibat dalam sindiket penipuan Macau Scam dan perjudian dalam talian membabitkan Addy Kanna bakal berdepan hukuman berat termasuk dibuang kerja.
Semua 31 pegawai dan anggota polis yang dikenal pasti terlibat dalam sindiket penipuan Macau Scam dan perjudian dalam talian membabitkan Addy Kanna bakal berdepan hukuman berat termasuk dibuang kerja.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) telah melengkapkan kertas siasatan kes itu dan dirujuk kepada Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) yang dipengerusikan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin.

Menurutnya, di bawah bidang kuasa SPP, kesemua anggota yang terlibat itu boleh dikenakan tindakan tegas seperti ditamatkan perkhidmatan atau diturunkan pangkat.

Abdul Hamid Bador, Foto: Kosmo
"Kesalahan itu dianggap sesuatu yang amat serius atas kepentingan orang ramai. Bukan calang-calang saya sebagai Ketua Polis Negara untuk mengambil tindakan.


"Jadi saya membawanya ke peringkat atasan supaya ia dapat diadili sebaiknya dan seadil-adilnya.

"Apabila perkara ini diangkat ke atas kemungkinan hukuman dikenakan kepada mereka adalah buang kerja, turun pangkat atau lain-lain termasuk potongan gaji, tetapi dua hukuman yang utama pastinya dibuang kerja atau diturunkan pangkat...itu kuasa yang ada pada SPP," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Penutup Kursus Asas Konstabel Orang Asli Siri 1 2020 di lapang sasar utama Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta di sini pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Datuk Ramli Din; Timbalan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (Pasukan Gerakan Am) Bukit Aman, Datuk Kasuahdi Ali dan Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Malaysia, Profesor Dr Juli Edo.

Pada Disember tahun lalu, media melaporkan seramai 29 pegawai dan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan berpangkat deputi komisioner disiasat bagi kes penipuan Macau Scam dan judi dalam talian membabitkan Addy Kanna.

Semua individu itu disiasat secara menyeluruh terutama berhubung pemilikan nilai aset luar biasa berbanding jawatan dan gaji.

Siasatan itu turut melibatkan seorang pegawai berpangkat inspektor yang dipercayai memiliki wang simpanan berjumlah RM1 juta. -CARI

Sumber:Kosmo
2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 1-3-2021 02:39 PM
Xyah turun pangkat,terus buang jah..baidewei,geng2 polis je ke y ditangkap?geng2 dlm bank y duk jual details kt scammer tak nak siasat ke?
Quote lasagnaklcc 1-3-2021 02:43 PM
Yg DCP tuh dah keje berpuluh thn sia2 je kalau kena buang kerja. Silap2 pencen pon tak merasa.
Quote kitty_lynne 1-3-2021 02:44 PM
Alhamdulillah klu betul kena tindakan dibuang keje...
Quote sharlenetexas 1-3-2021 02:47 PM
Lompat pagar tak?
Quote sharlenetexas 1-3-2021 02:47 PM
lasagnaklcc replied at 1-3-2021 02:43 PM
Yg DCP tuh dah keje berpuluh thn sia2 je kalau kena buang kerja. Silap2 pencen pon tak merasa.

Pencen singgit ayam singgit.

Quote chenta_dewi 1-3-2021 02:58 PM
salmon-suki replied at 1-3-2021 02:39 PM
Xyah turun pangkat,terus buang jah..baidewei,geng2 polis je ke y ditangkap?geng2 dlm bank y duk jual ...

Bank bukan keje gomen.
Quote Diamje 1-3-2021 02:59 PM
Mmm..susah nk percaya...
Quote Skuau 1-3-2021 03:06 PM
tgk2kan jugak pusat urut@pelacuran dan kedai game judi tu.....kot2 ada gak yg bersekongkol....
Quote pilot 1-3-2021 03:09 PM
tolong la wahai kpn, tolong terus buang mereka yang bersekongkol ni...saya tamau polis macam wayang tamil....pakai uniform polis tapi makan gaji dgn orang jahat..
Quote laksmanabentan 1-3-2021 03:18 PM
Ady Kana tu kat mana skrg?
dalam lokap atau kat luar tu??
Quote batusembilan 1-3-2021 03:18 PM
so betul la scammer2 tu ada dari kalangan polis betul jgk kan?
Quote notM 1-3-2021 03:26 PM
Hujung2 kena turun pangkat je.
Quote otai_g 1-3-2021 03:31 PM
Takat buang apa pengajarannya? Ntah2 dia pun mmg da x nak keje polis. Dakwa kat mahkamah la br btl.
Quote jalfa 1-3-2021 03:58 PM
Buang je ke..x kena dakwa sekali..harta x kena sita?..hamboi senangya..
Quote Manjahati 1-3-2021 04:02 PM
Buang je pengkhianat tu terus...bukan setakat turun pangkat n tukar department atau tukar negeri n daerah...nnti kemana mana bawa perangai x elok tu ada je ikut kemana mna...x payah susah2 nk kasi pencen seringgit ke lima posen...nyah jer terus dari jd penjawat awam
Quote kon2 1-3-2021 04:12 PM
Patut buang keje je xyah nk memikir lama2 sgt...mmg xguna betul polis ni. harapakan pagar tp pagar makan pagi
Quote mdhelmi 1-3-2021 04:25 PM
mereka akan dibuang kerja
habis nanti anak bini nak makan apa
kalau macam tu kita akan pertimbangkan
Quote Belibis 1-3-2021 05:09 PM
Bukan ke hari tu kata semua clean? Takde kes penggubahan wang haram.
Quote bungarose 1-3-2021 05:17 PM
Selayaknyer
Pekerja tak der integriti  merosakkan negara

Lihat semua komen(50)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:07 AM GMT+8 , Processed in 0.050938 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top