CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Filem & Drama Lihat artikel

Penonton Emosi- Penangan Drama Rahimah Tanpa Rahim

1-3-2021 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10420| Komen: 91

Description: Sejak minggu lalu, garis masa Facebook serta beberapa platform media sosial mula bertebaran dengan luahan rasa penuh emosi yang bercampur baur dalam kalangan peminat dan pengikut setia drama tempatan.
Sejak minggu lalu, garis masa Facebook serta beberapa platform media sosial mula bertebaran dengan luahan rasa penuh emosi yang bercampur baur dalam kalangan peminat dan pengikut setia drama tempatan.


Ini semua berlaku gara-gara drama bersiri Rahimah Tanpa Rahim yang mencetuskan pelbagai kontroversi, persoalan, bahkan kekacauan emosi buat penonton.

Ada yang marah, ada yang geram, ada yang tak faham, semuanya diluahkan mereka mengenai drama arahan Eoon Shuhaini itu.

Membariskan barisan pelakon hebat seperti Puteri Aishah, Azlee Khairi, Ezzaty Abdullah, Hafidz Roshdi dan Mustaqim Bahadon, drama Rahimah Tanpa Rahim mengisahkan mengenai Rahimah lakonan Puteri Aishah, yang diuji dengan penyakit sindrom Mayer Rokitansky Kuster Hauser (MRKH).


Foto: IG


Tidak hanya itu, Rahimah juga diuji dengan layanan dingin ibu tirinya, serta kemudian diduga dengan rumah tangga bersama suami, Jauhar.

Antara pelakon yang sudi berkongsi pendapat mengenai drama yang masih ditayangkan ini ialah pelakon, Zila Bakarin.

Menurut pelakon yang popular dengan karakter antagonis itu, ada jalan cerita yang boleh diperbaiki.

"Saya tak terlalu mengikuti drama ini, tapi ada juga saya berkesempatan menonton dan ia benar-benar membuatkan saya beremosi. Dalam satu babak yang saya tonton, ia umpama menunjukkan kelemahan seorang suami.

"Kalau tanya pendapat saya, babak yang saya sempat tonton itu ialah ketika suami Rahimah membawa pulang anak angkat. Kemudian, anaknya terbangun pada waktu malam dan Rahimah menguruskan anaknya.

"Sementara itu, suaminya berpindah dan tidur di bilik lain. Dari situ, dah nampak kelemahan seorang suami," katanya.

Ujarnya, banyak perkara yang menimbulkan persoalan dalam drama ini.

"Saya tak faham, apa yang cuba dipaparkan dalam drama ini? Mungkin ia akan lebih menarik kalau menceritakan mengenai perjalanan hidup wanita yang lahir tanpa rahim itu.

"Pada masa sama, tonjolkan juga kekuatan sang suami sebab itu juga boleh mengukuhkan lagi jalan cerita drama ini," katanya.

Katanya lagi, dia sebagai pelakon juga kadangkala terpaksa mempersoalkan skrip dan jalan cerita sesuatu naskah sekiranya ia menimbulkan persoalan.

"Saya pun kadang-kadang persoalkan kenapa karya itu begitu dan begini. Tapi, sebab tuntutan kerja, saya lakukan juga.

"Dalam perspektif lain, mungkin pengarah dan penulis skrip ada hala tuju mereka sendiri untuk menyedapkan jalan cerita. Apa pun, bila menjadi bualan, ia memberi manfaat kepada drama itu sendiri," katanya.

Sebelum ini, drama ini mencipta kontroversi apabila judulnya menjadi bahan jenaka kerana dianggap sebagai sesuatu yang mencuit hati. Namun, selepas pengarahnya memberi penjelasan, semuanya mula terungkai.

Namun, selepas beberapa episod, ramai yang membangkitkan semula mengenai jalan cerita yang seperti menampakkan 'kurang bijak' pada karakter Rahimah itu.

Di Wikipedia, ruangan sinopsis drama itu juga mencuri perhatian apabila ada individu tidak dikenali menyunting semula ayat terakhir dan menghentam jalan cerita drama itu. -CARI

Sumbr: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 1-3-2021 04:21 PM
'Citer kul 7'......
Quote akuHavocczz 1-3-2021 04:28 PM
at first ingat cerita ni lain dari yang lain. kononnya nak buat awareness pasal wanita tanpa rahim. rupanya sama je sesampah macam drama pukul 7 yang lain.
Quote applecomel 1-3-2021 04:30 PM
Tak sabar tunggu cerita ni abes...padahal x tgk pun hahA
Quote CikNano 1-3-2021 04:33 PM
Awareness pasal wanita tanpa rahim dah bagus tp sygnya mesej tak sampai. Terlalu menumpukan kisah cinta,benci dan benda tak sepatutnya. Patutnya fokus pd awareness tersebut
Quote krieysa 1-3-2021 04:34 PM
Aku pun x tengok drama ni ...tapi tertunggu2 bila nak habis sebab menyampah tengok clip2 asyik duk lalu lalang kt Instagram ...takleh tengok muka kayu heroin.  Facial expression Sama je setiap masa.tapi apsal ek kalau dlm drama muka dia kusam je
Quote fahima80 1-3-2021 04:41 PM
Iols mula2 dulu tengok drama ni sebab nak menyelami hidup wanita tanpa rahim. Sudahnya ke laut dalam pulak jalan ceritanya. Langsung iols tak tengok dah.
Quote Tudungpink 1-3-2021 06:31 PM
Cerita ni lembap...
Kupas la btoi2 pasal perempuan tanpa rahim.. Ni kelaut peginyer.. Rahimah tu kemain lembapnyer...
Quote firasAli 1-3-2021 06:40 PM
Heroin berlakon mcm tahik

Nak emosi apanya
Quote adila39 1-3-2021 08:17 PM
tadi tertengok... ada ke pompuan macam ni punya lembab{:shy{:yameteh apabendala drama melayu ni..
Quote nazzse 1-3-2021 08:32 PM
Akhirnya habis jgk drama ni.. Lega aku dah tak rengsa bila pukul 7
Quote slyfynx 1-3-2021 08:37 PM
Cite melayu.
Cliche
Quote dedek12 1-3-2021 08:42 PM
Dah habis ke? Citer ni slow amatt {:nose
Quote umbut 1-3-2021 08:42 PM
Dah habis ke.. nasib x tengok
Quote Tinot7 1-3-2021 09:07 PM
Apakah nilai seorang wanita hanya pada rahimnya?
Quote somaki 1-3-2021 09:10 PM
akuHavocczz replied at 1-3-2021 04:28 PM
at first ingat cerita ni lain dari yang lain. kononnya nak buat awareness pasal wanita tanpa rahim.  ...

Ye betul. Mula2 best masa ada bapak rahimah yg pedo tu. Dengan budak biol dua ketul tu. Menjadi belakon. Pastu makin lama makin bosan. Ceritanya idòkler fokus mana pun tanpa rahim tu. Lebih fokus pada rahimah yang bendul kayu tu
Quote rajamoney 1-3-2021 09:16 PM
best citer ni

mula2 je tak best

tp dah tengah2 mmg bnyk isu2 sosial yg dibincangkn

tkkn nk bincangkn isu graviti dan evolusi lak kn?
Quote rajamoney 1-3-2021 09:18 PM
somaki replied at 1-3-2021 09:10 PM
Ye betul. Mula2 best masa ada bapak rahimah yg pedo tu. Dengan budak biol dua ketul tu. Menjadi be ...

pedo mendenye kalau minah tu da betetek da pandai benafsu ngn jantan
btw isu pedo ke yg boleh tarik korang tngk drama?

jijiknya pemikiran korang
Quote rajamoney 1-3-2021 09:18 PM
Tinot7 replied at 1-3-2021 09:07 PM
Apakah nilai seorang wanita hanya pada rahimnya?

rahim yg takde

ovari ada
Quote rajamoney 1-3-2021 09:19 PM
adila39 replied at 1-3-2021 08:17 PM
tadi tertengok... ada ke pompuan macam ni punya lembab{:shy{:yameteh apabendala drama melayu ni..

kalau tk lembab takde la masuk forum masuk tv mengadu mnjadi mangsa penipuan lelaki

ko ni pun dila

nama je da naik jd mod

tkkn tu pun aku nk kena terangkn

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.067552 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top