CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ibu Hamil Selalu Ada Masalah Sakit Punggung? Jom Cuba 11 Cara Ini Untuk Atasinya

5-10-2020 01:46 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 2883| Komen: 4

Description: Adakah normal jika wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.


Adakah normal jika wanita mengandung mengalami masalah sakit punggung ketika hamil? Ikuti penjelasannya dalam perkongsian artikel ini.

Normal ke sakit punggung ketika hamil?

Ramai wanita mengalami masalah sakit pinggul semasa mengandung. Kesakitan biasanya akan mula berlaku pada trimester kedua dan ketiga. Pun begitu, ia juga boleh bermula seawal trimester pertama.

Sememangnya, apabila seorang wanita itu mengandung, ia akan diiringi dengan pelbagai kesakitan. Sakit punggung ketika hamil adalah salah satu daripadanya. 

Berdasarkan hasil kajian pada tahun 2018 menunjukkan bahawa lebih kurang 32% wanita mengandung melaporkan sakit pinggul pada satu tempoh kehamilan.

Menurut American College of Obstetricians and Gynecologist (ACOG), hormon yang dihasilkan badan semasa kehamilan akan melonggarkan sendi.

Keadaan tersebut sekali gus menjadikannya lebih mudah teralih dan terdedah kepada kecederaan. Bahagian pinggul cenderung mengalami kesakitan kerana peranannya dalam menyokong badan dan pergerakan. 


Memahami punca kesakitan yang dialami wanita mengandung

Terdapat beberapa sebab mengapa anda mungkin mengalami sakit pada bahagian pinggul semasa mengandung, antaranya: 

  1. Relaksin

Umumnya, hormon relaksin akan meningkat semasa kehamilan

Seperti namanya, ia akan mengendurkan tisu yang menghubungkan tulang anda ke seluruh badan menyebabkan ketidakselesaan pelvis, terutamanya sakit belakang atau sakit pinggul. 



  1. Pertambahan berat badan

Apabila bayi dan ibu semakin bertambah berat badan, ia akan memberikan tekanan pada tulang dan sendi anda.

Peningkatan berat badan berlebihan pula boleh menyebabkan berlakunya sakit punggung ketika hamil serta ketidakselesaan lain. 

  1. Postur badan yang lemah

Postur badan boleh berubah seiring dengan kenaikan berat badan, di mana pengagihan berat lebih difokuskan pada bahagian perut. 

Selain itu, sekiranya bayi dalam kandungan cenderung berada pada satu posisi lebih banyak berbanding lain, ia juga boleh menjadi punca rasa sakit.

  1. Transient osteoporosis

Sesetengah masalah sakit pinggul mungkin disebabkan oleh demineralisasi tulang pinggul anda atau lebih dikenali sebagai osteoporosis sementara. 

Keadaan ini biasanya bermula pada trimester kedua atau ketiga. Ia mungkin berkaitan dengan tahap kalsium dan kalium. 

Osteoporosis pinggul sementara adalah keadaan jarang berlaku yang menyebabkan kehilangan tulang sementara pada bahagian atas tulang paha (femur). 

  1. Kedudukan tidur

Posisi tidur sebelah (mengiring) boleh menyumbang kepada punca sakit punggung ketika hamil kerana ia memberi tekanan pada sendi anda.

Pun begitu, disebabkan menjadi 1 masalah biasa untuk wanita mengandung tidak cukup tidur, maka tidur mengiring merupakan pilihan posisi tidur paling menyelesakan. 


11 cara atasi sakit punggung ketika hamil

Berikut cara yang boleh dicuba untuk atasi rasa sakit yang dialami, seperti: 

  1. Menggunakan bantal

Anda boleh mencuba meletakkan bantal pada bahagian bawah perut dan antara kedua-dua lutut. 

Selepas seminggu, rasa sakit pada pinggul akan mulai berkurangan apabila tulang belakang pulih daripada penjajaran lemah (poor alignment).


  1. Kekal aktif sepanjang tempoh kehamilan

Siapa kata wanita mengandung tidak boleh bersenam?

Pada dasarnya, aktiviti fizikal seperti berjalan kaki, berbasikal dan berenang mungkin pilihan terbaik untuk mengelakkan daripada mengalami sakit pinggul. 

  1. Teknik regangan

Teknik regangan asas boleh membantu mengembalikan keseimbangan dan menguatkan otot-otot yang teralih atau lemah semasa tempoh kehamilan. Cubalah!

  1. Bantuan kiropraktik

Bagi sesetengah wanita, masalah sakit punggung ketika hamil boleh diatasi dengan bantuan kiropraktik – akan membantu memastikan semua ligamen berada pada penjajaran yang betul.

  1. Rendaman air panas atau pad pemanasan

Kesakitan saraf sciatic biasanya akan menyebabkan seseorang individu mengalami rasa sakit pada bahagian sebelah kiri mereka. 

Untuk meredakan kesakitan yang dialami, berendam dalam mandian air panas atau menggunakan pad pemanasan dipercayai dapat membantu. 

Terdapat juga wanita mengandung yang mengatakan penggunaan pek ais juga boleh mengurangkan rasa sakit pada bahagian pinggul tersebut.

  1. Mengawal kenaikan berat badan

Ya, setiap wanita yang sedang mengandung pastinya akan mengalami pertambahan berat badan. Pun begitu, ia haruslah terkawal.

Ini kerana berat badan yang bertambah secara berlebihan, akan cenderung menyebabkan anda mengalami sakit punggung ketika hamil.

Anda disarankan untuk mengambil sekitar 300 kalori tambahan setiap hari untuk menyokong kehamilan yang sihat. 

  1. Baring di tilam udara

Mungkin kedengaran seperti tidak logik. Namun, tidak salah untuk mencuba. Tambahan pula ia dikatakan dapat membantu mengurangkan sakit pinggul dan pelvis yang terjadi semasa hamil.

  1. Kasut yang sesuai

Sebaiknya, pakailah kasut yang bertapak rata

Untuk bersenam pula, pilihlah kasut sukan yang dapat memberikan sokongan lengkungan yang baik semasa melakukan aktiviti fizikal harian.

  1. Menjaga postur badan

Cuba untuk amalkan postur badan yang baik semasa duduk, berdiri atau ketika mengangkat mahupun membawa barang yang berat.

  1. Hindari aktiviti tertentu

Elakkan daripada melakukan aktiviti tertentu yang boleh memburukkan lagi masalah sakit punggung ketika hamil.

Antara aktiviti yang perlu dihindari adalah seperti menyilang kaki, berdiri untuk tempoh masa yang lama, memvakum rumah atau mengangkat benda berat. 

  1. Tali pinggang kehamilan

Jika perlu, dapatkan tali pinggang kehamilan untuk memberikan sokongan pada sendi pinggul anda sepanjang hari.

Namun, anda terlebih dahulu disarankan untuk mendapatkan nasihat daripada doktor bagi mengetahui kesesuaian pemakaian tali pinggang ini dengan keadaan kehamilan anda. 

Kesimpulannya…

Masalah sakit punggung ketika hamil adalah normal untuk berlaku pada wanita mengandung dalam tempoh kehamilan.

Jika cara di atas tidak berkesan untuk meredakan kesakitan, berundinglah dengan pakar untuk mendapatkan penyelesaian terbaik bagi membantu merawat kesakitan anda.


Sumber : hellodoktor.com 


2

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote seribulan 5-10-2020 08:05 AM
11 cara atasi sakit punggung

Good info




Quote husna_amal 5-10-2020 10:42 AM
Semoga info2 ni dapat bagi manfaat buat ibu2 yang mengandung.
Quote Buritan 5-10-2020 11:35 AM
seribulan replied at 5-10-2020 08:05 AM
Good info

Emm ni salah satu faktor aku malas nak ngandung.. penat.. nak panjat tangga.. angkut buku lg.. emm satu lg buruk
Quote vee_zara 5-10-2020 02:39 PM
Buritan: Emm ni salah satu faktor aku malas nak ngandung.. penat.. nak panjat tangga.. angkut buku lg.. emm satu lg buruk

Kalau body mmg kurus dah sebelum mngandung, comel je tapi kalau badan dah gemok, mgandung lak tu mmg la burok {:cryrun

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.058839 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top