CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Apa Yang Anda Tahu Tentang Teori Big Bang? Ini 5 Salah Faham Paling Popular

8-10-2020 02:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 3611| Komen: 9

Description: Sepintas lalu tentang teori Big Bang yang menjadi kajian saintis Barat tentang asal usul kejadian alam semesta.


Sepintas lalu tentang teori Big Bang yang menjadi kajian saintis Barat tentang asal usul kejadian alam semesta. Ia satu model kosmologi yang menerangkan tentang bagaimana alam semesta (universe) terjadi. Menurut teori ini alam semesta dahulunya adalah dalam keadaan yang sangat panas dan tumpat. Akibat daripada ketumpatan dan kepanasan yang sangat tinggi, berlakunya cosmic explotion iaitu satu letupan besar yang terkenal dengan namanya sekarang iaitu Big Bang.. tapi bukan kumpulan KPop tu ya.

Kejadian ini dianggarkan berlaku sekitar 13.75 billion tahun dahulu. Ia bermula dengan satu ledakan dan alam semesta mula berkembang sehingga menjadi cakerawala yang wujud sekarang ini. Pendek kata seluruh astronomi menerima teori ini kerana dilihat memberikan penerangan yang paling tepat dan lengkap berkaitan kejadian alam semesta.

Namun adakah benar Big Bang adalah satu letupan besar yang sangat dasyat? Ramai yang salah faham dan tak kurang juga yang menafikan teori ini. Oleh itu, jom kita baca berkenaan salah faham umum mengenai teori Big Bang yang dipetik dari ajar.com.my.


5. Big Bang ialah satu letupan yang menghasilkan alam semesta

Inilah salah faham yang paling utama berkenaan teori Letupan Besar. Apabila kita dengar perkataan “Letupan” Besar atau Big “Bang”, kita akan terbayang keadaan alam semesta ini pada mulanya meletup dengan besar sehingga membentuk alam semesta kita hari ini. Kita juga terbayang letupan besar ini mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Namun pada hakikatnya, letupan besar ini sangat berlainan daripada tanggapan umum. Pada kelahiran alam semesta, keseluruhan alam semesta ini termasuklah bintang, galaksi, dan juga ruang-masa berasal dari satu titik yang dikenali sebagai ‘kesinggularan’ (singularity). Titik ini kemudian mengembang kepada alam semesta yang kita lihat pada hari ini. Pengembangan inilah yang dikenali sebagai “Big Bang”.


4. Big Bang mengeluarkan bunyi yang sangat kuat

Letupan yang kita faham seperti letupan mercun dan bom akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Jadi, apabila permulaan alam semesta dikatakan sebagai letupan besar, maka kita anggap bahawa ia mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Namun pada hakikatnya, letupan besar atau lebih tepat lagi pengembangan awal alam semesta ini, langsung tidak mengeluarkan bunyi. Penjelasan ini mudah sahaja untuk difahami. Oleh sebab letupan besar ini sebenarnya ialah pengembangan, maka tidak ada yang ‘meletup’ untuk menghasilkan bunyi.



3. Big Bang berlaku di satu kawasan khusus
Apabila kita fikirkan tentang letupan mercun, mercun tersebut meletup ke persekitaran. Asal-usul letupan itu adalah daripada mercun tersebut. Jadi, menjadi kebiasaan jika kita bertanya ‘di manakah berlakunya letupan besar?’. Adakah wujud satu titik khusus di angkasa yang merupakan titik asal-usul letupan besar atau alam semesta?. Jawapannya tidak. Letupan besar ini adalah pengembangan keseluruhan alam semesta. Pada asalnya, kesemua alam semesta ini adalah satu dan kemudian terpisah kepada semua yang kita lihat hari ini. Ruang dan masa itu sendiri adalah satu sebelum ia mengembang. Antara persoalan seterusnya yang akan ditanya ialah ‘jika alam semesta itu mengembang, ia mengembang kepada apa?’ dan ‘apakah ‘disebalik’ alam semesta ini?’. Persoalan ini mungkin akan dikongsi dalam artikel akan datang, InsyaAllah.



2. Big Bang hanyalah sebuah teori tanpa pembuktian
Ini satu lagi salah tanggap yang popular terutamanya dalam kalangan mereka yang langsung tidak pernah mengkaji sedikitpun berkaitan teori ini. Teori letupan besar ini bukanlah satu teori atas kertas sahaja dan ia bukan juga teori konspirasi tertentu. Sebelum tahun 1920-an, ahli astronomi menyangka bahawa alam semesta ini sebenarnya adalah statik dan tidak bergerak. Malah mereka juga menyangka alam semesta ini tidak mempunyai umur (umurnya infiniti). Inilah pegangan ahli-ahli astronomi, fizik dan lain-lain pakar dalam bidang ini termasuklah Albert Einstein. Namun pada tahun 1920-an, ahli astronomi Edwin Hubble mendapati bahawa alam semesta ini berkembang dan bukan statik. Kemudian pada era 1950-an, teori letupan besar dikukuhkan lagi dengan penemuan isyarat gelombang mikro dari langit yang dikenali sebagai Sinar Latar Belakang Gelombang Mikro Kosmik (Cosmic Microwave Background Radiation). Selepas teleskop-teleskop dihantar ke angkasa untuk mencerap, banyak lagi penemuan baharu yang menyokong teori letupan besar ini.


1. Big Bang menerangkan sepenuhnya asal-usul alam semesta
Asal-usul alam semesta boleh diterangkan oleh teori letupan besar merupakan salah tanggap yang paling ‘akademik’ kerana mereka yang pernah mengkaji bidang ini pun terperangkap dengan salah tanggap ini. Teori letupan besar ini menyatakan bahawa alam semesta ini asalnya ialah satu, dan termampat kesemuanya dalam titik kesinggularan, kemudian ia mengembang kepada keadaan hari ini. Teori ini tidak menerangkan ‘apa yang mencetuskan titik kesinggularan ini mengembang’ atau ‘dari mana munculnya titik kesinggularan yang mengandungi keseluruhan alam semesta ini’ atau ‘apa yang wujud sebelum letupan besar’.

Kesimpulan
Teori letupan besar ini kerapkali kita dengar dalam program-program sains, dan kadang-kala kita juga mungkin pernah bertanyakan soalan ini. Bagi yang muslim, kita percaya bahawa semua makhluk ini ada awalnya. Jadi, teori Big Bang ini adalah salah satu bukti bahawa alam semesta ini juga ada awalnya. Yang tiada awal dan tiada akhir, hanyalah Allah SWT, yang menciptakan segala-galanya.


Selain itu, teori dan penemuan saintifik juga secara tak langsung telah membuktikan kebenaran apa yang telah diberitahu didalam Al- Quran. - CARI



Sumber : ajar.com.my

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 8-10-2020 03:10 PM
Bila sebut pasal big bang pasti akan menyentuh part black hole sama
Quote kurga 8-10-2020 03:24 PM
aduhh...tergelak aku tengok gambar tu..bukan yg ini.. band big bang..hahahha
Quote husna_amal 8-10-2020 04:18 PM
Menarik baca artikel ni
Quote Perawankota 8-10-2020 04:26 PM
Antara artikel yg aku suka baca.. Pasni cerita pasal Black Hole pulak plss
Quote Nnasda53 8-10-2020 04:52 PM
Menarik juga menambah ilmu pengetahuan.

walaupun pada awalnya ingat k pop big bang
Quote salmon-suki 8-10-2020 08:41 PM
Sheldon,amy,leonard,penny{:smile
Quote kertasputih 9-10-2020 12:28 PM
alQuran dah sebut pasal the big bang, 1,400 tahun yang lalu!



Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya


Surah al-anbiya ayat 30

Quote Knowlee 9-10-2020 08:25 PM
salmon-suki: Sheldon,amy,leonard,penny{:smile


Baru nak jawab benda yg sama {:smile
Quote batu kikir 12-10-2020 09:49 AM
kertasputih replied at 9-10-2020 12:28 PM
alQuran dah sebut pasal the big bang, 1,400 tahun yang lalu!

SubhanaAllah.

Allahuakbar. Allahuakbar. Allahuakbar.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.054002 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top