CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Sakit Tiga Sekawan, Pernah Terfikir Tak Kenapa Batuk, Demam & Selesema Datang Sekali?

7-10-2020 01:07 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 4090| Komen: 15

Description: Pasti ramai yang pernah mengalami keadaan di mana anda sakit – demam, batuk dan selesema pasti akan datang bersama. Apakah punca batuk, selesema dan demam berlaku sekali gus?


Pasti ramai yang pernah mengalami keadaan di mana anda sakit – demam, batuk dan selesema pasti akan datang bersama. Apakah punca batuk, selesema dan demam berlaku sekali gus?

Artikel ini akan menjawab persoalan anda dari sudut saintifik.

Mengapa kita demam?



Demam ialah kenaikan suhu badan sementara, sering disebabkan oleh penyakit. Mengalami demam adalah tanda bahawa terdapat sesuatu yang tidak biasa berlaku dalam badan anda.

Ia berlaku apabila hipotalamus dalam otak anda, yang bertanggungjawab untuk mengawal suhu badan anda, mengubah titik set suhu badan normal lebih tinggi.

Bagi orang dewasa, ketidakselesaan sering dirasakan ketika demam, tetapi biasanya tidak menjadi kebimbangan kecuali jika suhu badan mencapai 39.4 C.

Sebaliknya untuk bayi dan kanak-kanak, suhu yang meningkat walaupun sedikit mungkin menunjukkan jangkitan yang serius.

Punca demam yang sering berlaku

Kenaikan suhu badan atau demam boleh disebabkan oleh beberapa punca termasuklah:

Kadangkala, punca demam tidak dapat dikenal pasti. Jika anda mengalami demam melebihi 3 minggu tanpa mengetahui punca walaupun selepas penilaian yang mendalam, diagnosisnya dikenali sebagai fever of unknown origin (PUO).

Pentingkah batuk untuk tubuh kita?


Batuk merupakan salah satu daripada refleks pelindung untuk mencegah aspirasi bahan asing ke dalam paru-paru.

Punca batuk yang paling biasa selalunya disebabkan oleh jangkitan saluran pernafasan bahagian atas (URTI).

Walaupun terdapat sebilangan besar gejala jangkitan URTI yang boleh diselesaikan dalam masa 2 minggu, batuk boleh berlanjutan lebih daripada tempoh tersebut.

Mengapa selesema berlaku ketika demam?

Apabila virus yang menyebabkan selesema masuk ke dalam badan anda, tubuh akan menghasilkan sejenis bahan kimia yang bergelar histamin.

Histamin bertindak sebagai pelindung badan semasa keradangan, tetapi mengakibatkan lebih banyak pengeluaran lendir dari hidung anda.

Walaupun bunyinya menjijikkan, namun ia bermanfaat kerana:

  1. Lendir yang terhasil boleh membantu menangkap perengsa luaran atau kuman yang boleh masuk ke dalam badan anda dan membuatkan anda lebih sakit.
  2. Pengumpulan mukus bertindak sebagai lapisan perlindungan tambahan untuk tisu hidung anda. Ini boleh membantu untuk mencegah kuman memasuki badan melalui rongga hidung, sinus atau saluran darah.
  3. Lendir yang keluar daripada hidung anda juga membawa kuman dan perengsa lain ke luar badan anda. Ia boleh mengurangkan keradangan disebabkan oleh kedua-dua perkara ini.

Punca batuk, selesema dan demam datang tiga serangkai

Semasa mengalami jangkitan kuman, badan akan adaptasi dengan keadaan di mana terdapat ancaman luar kepada tubuh anda.

Salah satu adaptasi yang dilakukan adalah menaikkan suhu badan. Kenaikan suhu ini membantu badan untuk melawan jangkitan kuman yang berada di dalam badan kita.

Oleh sebab itulah kita akan berasa seakan-akan demam semasa terdapat jangkitan kuman.

Selesema berlaku kerana badan kita mahu mengeluarkan kuman daripada tubuh kita. Salah satu caranya ialah seperti yang diterangkan di atas, di mana lendiran hingus akan membawa kuman keluar daripada badan.

Apabila tubuh kita mula menghasilkan lendiran yang banyak, kita akan berasa seperti terdapat sesuatu yang berkumpul di tekak kita.

Kadangkala, anda juga mungkin merasakannya menitis daripada hidung ke tekak anda.

Oleh sebab batuk merupakan refleks pelindung badan kita, kita akan kerap batuk semasa selesema untuk mengeluarkan lendiran daripada badan.

Keadaan ini digelar sebagai titisan postnasal. Gejala biasa dari titisan postnasal termasuklah:

Bilakah anda perlu berjumpa dengan doktor?

Demam, batuk dan selesema memang menjengkelkan dan membuat anda berasa tidak selesa, tetapi biasanya akan sembuh sendiri.

Kadang-kadang, ia boleh menjadi tanda masalah yang lebih serius. Hubungi doktor anda sekiranya:

  • Batuk, demam dan selesema berlanjutan lebih daripada 10 hari
  • Anda menghidap demam bersuhu tinggi
  • Hingus berwarna hijau atau kuning dan disertai dengan sakit sinus atau demam. Ini mungkin merupakan tanda jangkitan bakteria
  • Anda mempunyai darah di lendiran yang berterusan setelah kecederaan kepala

Batuk, selesema dan demam normal sebenarnya



Badan kita mempunyai sistem pelindungan yang tersendiri untuk mengelakkan jangkitan kuman menjadi lebih serius. Pastikan anda mengamalkan etika batuk dan bersin yang betul ketika sakit.

Berundinglah dengan doktor anda jika simptom semakin teruk untuk mengetahui punca batuk, demam dan selesema yang berterusan.




Sumber : Hellodoktor.com

5

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Skydiva

  • Lawak

    Anonymity

  • zarulnazmi

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakyungpilah85 7-10-2020 05:42 AM
Ngam... Memang tengah demam laa ni
Quote irlene_hana 7-10-2020 06:28 AM
Bagus info br tau
Quote nazzse 7-10-2020 08:18 AM
Demam ok lagi, jangan selesema sudah
Merana hidup
Quote Kurex 7-10-2020 08:20 AM
Sekali dtg dgn batuk terkencing
Quote johan-adx 7-10-2020 08:22 AM
jrg demam..tp skali demam..tak bangun 2,3 hari
Quote tipah89 7-10-2020 09:05 AM
wah best info nih. baru tahuu.
Quote TomyamPuteh 7-10-2020 09:47 AM
Klau selsema kuat, lps baik msti sakit satu badan
Quote husna_amal 7-10-2020 10:37 AM
Baru lepas sembuh sakit tiga sekawan ni.
Quote meisapoya 8-10-2020 12:57 AM
Yup, paling takut bila start perubahan musim mcm bulan 2 & 9. I kalau kena, sakit tekak, pastu ok. Pastu datang selsema, pastu batuk, then demam. Demam tu sekejap je. & kalau i, batuk tu lagi seksa dari selsema.. kalau x de tandas terdekat, nak meludah kat mana?? I x suka meludah merata sebab geli yucks.
Quote Fur 8-10-2020 09:25 AM
Kurex replied at 7-10-2020 08:20 AM
Sekali dtg dgn batuk terkencing

pelvik rendah tu kurex. kena pegi berurut.
Quote ipes2 8-10-2020 03:34 PM
the symptoms itu berangkai2
Quote seribulan 8-10-2020 03:37 PM
Edited by seribulan at 8-10-2020 02:58 PM
ipes2 replied at 8-10-2020 02:34 PM
the symptoms itu berangkai2

Meaning? All in 1

.
Quote intanazlynna 9-10-2020 10:49 AM
i dah lama tak demam & selsema, rasa macam something wrong pulak..
ke normal kalau kira tak demam & selsema?

huhu
Quote RoseMerahJambu 14-10-2020 07:13 AM
pasni memang standby vit c je sebab mesti selsema dalam tempoh 3 ke 4 bulan. nasib jarang demam
Quote Scheherazade 6-11-2020 01:45 PM
Aku kalau kena batuk ni lmbt sikit nk baik. Biasa kena flu dulu, pastu start batuk.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058424 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top