CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Mitos Jin Di Gua Hira' Akhirnya Terjawab

4-10-2020 09:55 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 9008| Komen: 18|Original author: Oleh: natrahn

Description: Sekitar tahun 90-an dahulu, pernah tular mengenai gambar seekor jin bertenggek di salah sebuah gua kononnya diambil di Gua Hira, tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama daripada Allah.


Sekitar tahun 90-an dahulu, pernah tular mengenai gambar seekor jin bertenggek di salah sebuah gua kononnya diambil di Gua Hira, tempat di mana Nabi Muhammad SAW menerima wahyu pertama daripada Allah.


Kredit foto: Google

Khabarnya, gambar itu telah dikeluarkan sendiri oleh pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE). Menurut pihak berkuasa UAE, seorang lelaki telah pergi ke gua tersebut walaupun telah diberi amaran. Malang menimpa apabila salah seorang kawan lelaki itu hilang dan kemudian dijumpai mati.

Penemuan satu gambar yang terdapat di kamera si mati adalah gambar seekor jin yang bertenggek di dinding gua. Pelbagai spekulasi timbul berikutan gambar jin itu. 


Namun, sejauh mana kebenaran dari cerita ini? Adakah benar jin tersebut telah mengambil nyawa kawannya atau ada cerita disebaliknya?  

Rupa-rupanya, 'jin' di Gua Hira' ini sebenarnya adalah salah satu patung goblin yang terletak di Cheddar Showcaves & Gorge, United Kingdom. Ia dibina dengan tujuan untuk menarik lebih ramai pengunjung ke sana sejak mula membukanya pada tahun 1991.  


Kredit foto: The National -  Ali Muret Guven dengan patung Goblin

Misteri ini dibongkarkan Majalah British, ForteanTimes pada tahun 1995 dan juga wartawan Turki, Ali Muret Guven pada tahun 2009 yang pernah menerbitkan risalah mengenai hal ini. Apa yang mereka temui adalah sebuah patung goblin bersama-sama dengan patung Lord of the Rings yang dicipta oleh Rowland Pavey.  

Pekerja di Cheddar Showcaves & Gorge juga turut menafikan bahawa tujuan patung goblin diletakkan disitu bukanlah untuk menakut-nakutkan pengunjung, apa lagi memburukkan negara arab. 

Tidak terhenti disitu, ada pula cubaan menularkan gambar jin ini dengan mengguna teknik photoshop.


Kredit foto: Google

Akhirnya, terjawablah kisah misteri jin di Gua Hira' yang pernah tular dulu. Manusia ni agaknya sukakan misteri. Bila tidak menemuinya, mereka menciptanya. - CARI
3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_premierleag 4-10-2020 10:28 AM
ummah ereb mmg kuat berangan dan suka menjadikan sesuatu keadaan itu utk org lain takut dgn Islam
padahal kokesen muslim dan bangsa muslim di negara lain yg lain rileks2 aman2 je
Quote dua_chzy 4-10-2020 11:10 AM
Dah lama kot mitos ni busted.
Quote djzara81 4-10-2020 12:05 PM
Yes. Aku bdk sekolah rendah time gambar tu viral. Betapa innocentnya aku time tu percaya bulat2. {:run
Quote sarah82 4-10-2020 12:28 PM
Mcm ayat dari the patriot saja
Quote missyL 4-10-2020 01:34 PM
Ni gmbo sllu masok mastika ni lol
Quote Skydiva 4-10-2020 04:18 PM
Haha..x ingt bile news ni kuar tp time kecik2 dulu takut btol tgk newspaper yg ade gmbr ni. Rasenye cam front page jugak kot news ni.
Quote Artemesiaa 4-10-2020 04:26 PM
Sebab tu jangan mudah terpedaya dengan berita2 macam tu kalau tak tahu kesahihannya
Quote gigahertz 4-10-2020 05:26 PM
Skydiva: Haha..x ingt bile news ni kuar tp time kecik2 dulu takut btol tgk newspaper yg ade gmbr ni. Rasenye cam front page jugak kot news ni.

Dulu keluar news sahaja terus percaya. Zaman sekarang kalau video semburit pun ntah ya atau tidak.
Quote MsPercy 4-10-2020 09:55 PM
First time aku nengok jin hijau itew
Quote sharlenetexas 4-10-2020 10:06 PM
Macam mak kau hijau.
Quote mrs_adr 5-10-2020 09:44 AM
djzara81 replied at 4-10-2020 12:05 PM
Yes. Aku bdk sekolah rendah time gambar tu viral. Betapa innocentnya aku time tu percaya bulat2. {:r ...

sama weh... zaman xda smart phone.... apa2 sikit kawan print n potostat... aduhhhh
Quote syakuntala 5-10-2020 09:51 AM
teringat kwn mirc guna gmbr tu , nick satencries
Quote miss_wawa 5-10-2020 10:09 AM
dulu siap cikgu frame kan kalau xsilap. nk bg budak2 takut. zaman 90an.
Quote husna_amal 5-10-2020 10:20 AM
Penipuan ni dah berkurun dah terbongkar.
Quote kucingitam 5-10-2020 01:46 PM
hot news suatu ketika dulu
Quote MissVixen 5-10-2020 02:52 PM
Macam cerita mastika
Quote biozipstar 5-10-2020 03:22 PM
xde pulak gambao yg katanya jin ngelak kena baling jamrah tu? yg itu pun busted juge ke...
Quote buapakperut 6-10-2020 08:35 AM
iols penah nampak citer ni dulu,tenngok je pun. tau jin tuu nampak plastik. macam astroboy punye

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:34 AM GMT+8 , Processed in 0.052741 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top