CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ini Kisah Disebalik Nama Tanjung Rambutan

2-10-2020 02:27 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7573| Komen: 25

Description: Bila sebut je hospital untuk pesakit mental hanya dua tempat je yang popular di Malaysia dan mungkin kita selalu dengar iaitu Hospital Permai, Tampoi (dalam cerita animasi Keluang Man) dan Hospital Ba ...


Bila sebut je hospital untuk pesakit mental hanya dua tempat je yang popular di Malaysia dan mungkin kita selalu dengar iaitu Hospital Permai, Tampoi (dalam cerita animasi Keluang Man) dan Hospital Bahagia Ulu Kinta, Tanjung Rambutan. 
Walaupun nama hospital tersebut adalah Hospital Bahagia, namun Tanjung Rambutan sering dijadikan bahan jenaka yang dikaitkan dengan tempat untuk pesakit mental sedangkan banyak tempat dan kisah menarik disebalik pekan kecil yang terletak di daerah Kinta, Perak ini.

Pernahkah anda tertanya-tanya tentang bagaimana dan dari mana datangnya nama Tanjung Rambutan? Artikel kali ini, kita akan cuba merungkaikan serba sedikit berdasarkan maklumat penceritaan lisan turun temurun.

Terdapat dua versi penceritaan tentang sejarah asal Tanjung Rambutan di negeri Perak. Ada yang menyatakan bahawa Tanjung Rambutan mula wujud dalam sekitar tahun 1800.

Dipercayai bahawa kawasan perumahan taman Ulu Kinta Raya yang ada sekarang di Tanjung Rambutan adalah merupakan kawasan penempatan awal yang dibuka oleh mereka yang berhijrah dari Sumatera dari keturunan Rawa.


Ada versi penceritaan lain pula menceritakan tentang sekumpulan keturunan dari Mandailing yang datang dari Sumatera dan membuka kawasan penempatan di Hulu Sungai Kinta.

Berbalik kepada penceritaan tentang bagaimana nama Tanjung Rambutan diberi. Kisahnya terdapat satu tanjung yang ada di Sungai Kinta dan terdapat sebatang pokok rambutan yang sebesar pemeluk orang dewasa di tanjung itu.

Oleh yang demikian, kawasan tersebut diberi nama sebagai Tanjung Rambutan. Difahamkan bahawa lokasi asal pokok rambutan itu dahulu terletak berhampiran dengan Stesyen Keretapi Tanjung Rambutan.


Sewaktu negeri Perak berada dibawah pentadbiran penjajahan British, Tanjung Rambutan mula berkembang pesat. Dalam tahun 1911, sebuah hospital sakit jiwa telah dibina berhampiran landasan keretapi.

Sekadar maklumat tambahan, nama asal kepada hospital sakit jiwa yang begitu sinonim dengan Tanjung Rambutan ini adalah Federal Lunatic Asylum dan Dr. W.F. Samuel telah dilantik menjadi Penguasa Perubatan yang pertama.

Jadi begitulah serba sedikit tentang sejarah Tanjung Rambutan untuk pengetahuan semua. - CARI


Sumber - orangperak.com



1

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 2-10-2020 02:31 AM
Ooo baru tahuuu..thanks info
Quote drkbaan 2-10-2020 02:32 AM
Gitu kisahnya
Quote imransulaiman 2-10-2020 02:40 AM
Edited by imransulaiman at 2-10-2020 02:41 AM

Kalau nun di Sabah, ada Hospital Bukit Padang...
Quote Meemaw 2-10-2020 07:41 AM
Terima kasih atas info nya! Terbaik!
Quote bukanomi 2-10-2020 08:03 AM
Mmg asal2  hospital mental ye...bkn mula2 buka as general hospital ke camne.

Tapi I suka suasana pekan tanjung rambutan ni...tenang je. Sbb tu seswai utk hospital mental kot
Quote yuki812 2-10-2020 08:07 AM
Aku selalu ingat orang dok cakap hospital tanjung rambutan tu sekadar cakap2..ala2 kisah masyarakat..kisah dongeng..mcm tak wujud pun tempat tanjung rambutan tu. Rupanya mmg ada lah tempat Tanjung Rambutan ni ye...

Mmg fail teruk geografi ni...
Quote johan-adx 2-10-2020 08:18 AM
dlu kecik2 klu sakat kwn2 pegi msk tanjung rambutan takpun tampoi...2 je tu
Quote umbut 2-10-2020 09:30 AM
yuki812 replied at 2-10-2020 08:07 AM
Aku selalu ingat orang dok cakap hospital tanjung rambutan tu sekadar cakap2..ala2 kisah masyarakat. ...

Dlm citer p ramlee pun ada scene hantar tanjung rambutan.... dah lama wujud hosp mental ni
Quote Nnasda53 2-10-2020 09:37 AM
terima kasih infonya.

memang dalam kawasan hospital tg rambutan ni tenang je..dekat dengan landasan keretapi..
Rasa terhibur kalau lalu dalam kawasan tu sebab ramai melambai2 tatatatata..rasa mcm retis2 je.
Quote husna_amal 2-10-2020 09:53 AM
Macam mana lah perasaan orang sana bila nama tempat mereka dipersendekan.
Quote imanamsyar 2-10-2020 11:43 AM
pernah dengar satu versi yang kata tanjung rambutan mental health ni asalnya ditubuhkan berdasarkan "banishment act 1959"..

diwujudkan oleh pihak british mengurung para pejuang kemerdekaan dan mengasingkannya terus dari masyarakat setempat sebab dibimbangi pengaruh individu tersebut akan menimbulkan penentangan terhadap british.

individu tersebut akan diisytiharkan lenyap dari komuniti  disebabkan sekatan yg pihak british buat.. maksudnya klau individu yg berpotensi memberontak tetiba hilang, situ la duduknya.. lagi satu, kalau individu tu dapat dikesan, pihak british menyakinkan masyarakat bahawa individu tersebut ada masalah mental. ini adalah untuk menyatakan semua perkara yang disebutkan individu tersebut adalah tidak berasas dan palsu..

itu cerita yang didengar secara langsung dari pegawai yg diakui kredibilitinya.. kesahihannya? wallahualam...
Quote Belibis 2-10-2020 02:02 PM
Sensitif betul nama kampung ni.Kalau masa sekolah,mungkin ada yang malu nak kabo asal Tg Rambutan.
Quote puanbintang 2-10-2020 04:25 PM
gitu  kisahnya..dulu kekecik asal kena marah sebab naughty selalu dengar opah/ tok sebut anta ke tg rambutan taulah...
Quote BeskotCekelat 2-10-2020 04:55 PM
imanamsyar replied at 2-10-2020 11:43 AM
pernah dengar satu versi yang kata tanjung rambutan mental health ni asalnya ditubuhkan berdasarkan  ...

Banishment act 1959? Bukan dah merdeka ke time tu?


Ke ada akta lain yang lebih kurang akta ni masa zaman Penjajah British dulu.
Quote Scheherazade 2-10-2020 09:15 PM
Mmg dua nama hospital ni sinonim dgn pesakit gila. Klu org ckp ditahan di Tjg Rambutan @ Tampoi, otomatik fikir org gila la tu sbb org dulu2 salu sebut camtu
Quote RatuDunia94 2-10-2020 09:29 PM
Even banyak drama n filem mention nama Tanjung Rambutan @ Tampoi utk refer org gila.
Quote pokaibanktokyo 4-10-2020 12:15 PM
Yeaaa. Tempat yang amat sesuai untuk minda rosak macam mahathir
Quote fynad 5-10-2020 07:38 AM
oooo thank you for info..baru tau
Quote pokaibanktokyo 5-10-2020 01:18 PM
Lagi sekor sewel sakit otak yang perlu dihantar ke Tg Rambutan ialah anwar ibrahim

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:41 PM GMT+8 , Processed in 0.056726 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top