CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Orang Politik Tak Boleh Lurus, Nanti Kena Pelangkung" - Saifuddin

10-8-2020 01:32 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2728| Komen: 7

Description: “Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat."
“Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat."


Kredit foto: IG Saifuddin

Menteri Komunikasi dan Multimedia Saifuddin Abdullah memohon maaf kepada pengguna media sosial berhubung dakwaannya mengenai isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).

“Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam),” katanya dipetik dari Bernama.

Katanya, perkara itu sudah dibincangkan dan kabinet memutuskan bahawa orang ramai bebas menggunakan YouTube, Tik Tok untuk memuat naik kandungan tanpa dikenakan sebarang tindakan.


Menurut laporan, beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, di Iskandar Puteri, Johor, semalam. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.am.PH 9-8-2020 07:17 PM
Anywho, he and Hisshamuddin earned my respect for owning and acknowledge their mistake
Quote sharlenetexas 9-8-2020 07:34 PM
Bekas menteri ph ada minta maaf?
Quote I.am.PH 9-8-2020 09:00 PM
Saifuddin mohon maaf isu lesen Finas
| | 9 Ogos 2020



ISKANDAR PUTERI - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah menzahirkan permohonan maaf kepada pengguna media sosial atas kesilapan kenyataannya berhubung isu lesen Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), baru-baru ini.

“Sebagai menteri, saya kena minta maaf kerana ketika menjawab soalan itu di Dewan Rakyat pada 23 Julai, saya jawab lurus sangat.

“Rupanya orang politik tidak boleh lurus, bila lurus kena pelangkung (hentam),” katanya.

Beliau berkata, selepas 20 jam menjawab soalan itu, beliau telah bincang perkara itu di Kabinet dan Kabinet putuskan bahawa orang ramai bebas menggunakan YouTube, Tik Tok untuk memuat naik kandungan.

“Jangan risau, tidak akan dikenakan apa-apa tindakan. Kebebasan itu dijamin sepenuhnya,” katanya.

Saifuddin membuat permohonan maaf itu ketika berucap merasmikan Bengkel Kemahiran YouTube dan Komuniti Sinema 2020 Zon Selatan di Iskandar Malaysia Studios, di sini hari ini.

Kejujuran beliau itu disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh oleh lebih 200 hadirin pada majlis berkenaan termasuk YouTuber atau penggiat YouTube popular Mat Dan dan Tuah Adzmi.

Kedua-dua mereka antara selebriti YouTube yang diundang sebagai panel dalam program itu yang bermula hari ini hingga esok.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu bertujuan mendedahkan bakat muda dengan ilmu media baharu khususnya YouTube dalam menjana pendapatan.

Pada 23 Julai lalu, Saifuddin menjadi topik hangat warganet apabila dilaporkan berkata penerbit filem termasuk media baharu seperti YouTube diwajibkan memohon Lesen Pengeluaran Filem dan Surat Perakuan Penggambaran (SPP), bagi penerbitan filem di platform media sosial atau saluran tradisi.

Kenyataan beliau itu mengundang kritikan pelbagai pihak khususnya generasi muda yang merupakan pengguna majoriti media sosial. - Bernama

Quote dodolpandai 9-8-2020 09:05 PM
perasuah lim guan eng bila nak minta maaf?

10 pessen?

Puan Betty?

Quote Decaffeinated 9-8-2020 09:05 PM
“Apparently, politicians cannot be straight, when one is straight, he gets hammered,” he said.


Kalau Jemin semburit yang cakap ni lagi sesuai kot...

Quote Maideen. 9-8-2020 09:16 PM
Apa punya mintak maaf. Dia kata dia cakap bahawa" di Malaysia nak upload video ke youtube kalu kena apply lesen" sebab dia lurus (dan bukan sebab dia bodoh?

Serupe jer dengan Menteri Kesihatan. Bila kantoi bodoh jer, konar....

Din Pagoh bukan main lagi baca doa kesa kemari tapi menteri dia dah jadi penipu macam lobai PAS! Hahahaha

Wallahualam.
Quote husna_amal 10-8-2020 03:55 PM
Isu lesen yang tak pernah wujud ni tak perlu diperbesarkan2 sangat.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 08:39 AM GMT+8 , Processed in 0.044287 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top