CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Gagal Didik Dia Jadi Isteri Mithali"-Opie Zami Bercerai

10-8-2020 02:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 29344| Komen: 101

Description: Opie Zami, 46, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed, 43 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.47 pagi Isnin.
Opie Zami, 46, sah bercerai talak satu dengan isterinya, Zamzarina Mohamed, 43 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, jam 10.47 pagi Isnin. 

Selepas 17 tahun berkahwin Opie reda dan memenuhi permintaan Zamzarina untuk bercerai.

Opie melafazkan penceraian di depan Hakim Syarie Ahmad Mahir Zanial.

Foto: Harian Metro
"Saya hormat dengan permintaan isteri dan reda terhadap ketentuan ini. Isteri saya tak salah, saya yang gagal membentuknya menjadi isteri mithali.

"Isteri saya bagus dan seorang ibu yang baik. Bagaimanapun, punca perceraian terlalu peribadi untuk saya kongsikan," katanya kepada Harian Metro.

Sementara itu Zamzarina mendedahkan dia sudah memfailkan cerai terhadap Opie selaku defendan pada 16 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Foto: Astro Gempak
"Kemelut rumah tangga kami sebenarnya sudah bermasalah sejak 10 tahun yang lalu. Ini bukan pertama kali saya pergi ke mahkamah. 

"Sebenarnya sudah tiga kali saya turun naik mahkamah. Selepas ini, saya akan uruskan hak penjagaan anak-anak dan tuntutan nafkah."

Opie dan Zamzarina berkahwin pada 5 Disember 2003 dan dikurniakan tiga anak iaitu Ammar Shah Saidi, 15; Aliff Shah Syedi, 13; dan Arrif Shah Saidi, 8. -CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut
4

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 10-8-2020 12:42 PM
So bini xlarat bela biawak ke camne..
Quote nura19 10-8-2020 12:45 PM
Takziah..tarikh permohonan dekat2 pkp aritu
Quote Kurex 10-8-2020 12:48 PM
Tak pernah aku tgk filem dia ni
Quote Lailerthee 10-8-2020 12:51 PM
Salam takziah
Quote dodolpandai 10-8-2020 01:05 PM
tetap minat dengan pak uda

Quote ad_hoc79 10-8-2020 01:18 PM
penceraian jalan terbaik..masing2 umur pun dah 40-an
Quote Boomibulat 10-8-2020 01:22 PM
Takziah Mat Rock..
Quote rrgal 10-8-2020 01:41 PM
Takziah moga tabah
Quote duri_durians 10-8-2020 01:47 PM
bagusnya opie ni menjawab kat media.
semoga berterusan la jawapan mcm tu off the record.

good luck kpd dua2 pihak. ingat 3 anak teruna tu masih tetap perlukan perhatian.
Quote cik_ingeniare 10-8-2020 01:48 PM
Salam takziah..
Quote supernaturalee 10-8-2020 02:07 PM
abg die mengarah drama layan lh jgk
kdg kt ending kredit tulis m. hitler zami

last year 2 filem arahan mat rock ni keluar ye
ade tersenarai top 10 filem plg flop last year
thread kt bodgos ni lh


Quote supernaturalee 10-8-2020 02:08 PM
double posting


Quote elzy 10-8-2020 02:14 PM
Semoga ada kehidupan lebih baik selepas ini..
Quote Noraniza_Iblis 10-8-2020 02:20 PM
sebelum die berlakon balik aman2 je..
bile dh start blakon..
mula la start ade mslh..
Quote beni_nikaido 10-8-2020 02:25 PM
takziah Mat Rock...
Quote Qatrunnadaain 10-8-2020 02:33 PM
Zamzarina ni ada buka gerai makanan sedap malam tu kan
Quote lasagna 10-8-2020 02:35 PM
aku rsa dia pun redha jer tu, sbb tak ada wakil peguam.. xpe lah mat rock, dah itu jln yg terbaik.
mat rock pun tak memburukkan isteri, dia puji lg ada lah. dia ckp dia yg tak sempurna kann ok laa dia mengaku.
Quote nazzse 10-8-2020 02:37 PM
10 tahun masalah ni baru boleh cerai?

Lama makan hati
Quote lasagna 10-8-2020 02:38 PM
supernaturalee replied at 10-8-2020 02:07 PM
abg die mengarah drama layan lh jgk
kdg kt ending kredit tulis m. hitler zami

haah so far abg mat rock mengarah ok jer, layan gak hitler zami tu.
iols paling layan skali cite Dunia Baru The Movie, kat cinema punya lah lawak giler masa tu.

Lihat semua komen(101)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.052425 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top