CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Kelakar, Jangan Mempersendakan Orang Yang Dah Bertaubat " - Aaron Aziz

10-8-2020 10:40 AM| Diterbitkan: rikuren| Dilihat: 10428| Komen: 38|Original author: Oleh: rikuren

Description: Datuk Aaron Aziz, 44, menerusi Instagramnya membuat teguran kepada orang ramai selepas melihat pelbagai hantaran di laman Facebook yang melemparkan kata-kata negatif terhadap seorang selebriti yang be ...


Datuk Aaron Aziz, 44, menerusi Instagramnya membuat teguran kepada orang ramai selepas melihat pelbagai hantaran di laman Facebook yang melemparkan kata-kata negatif terhadap seorang selebriti yang berdepan proses mahkamah.

Ternyata beliau kecewa dengan sikap orang ramai yang sering menyebarkan aib seseorang di laman sosial dan turut meminta orang ramai agar tidak mempersendakan masa silam seseorang.  



"Saya nak nasihat sikit, saya nampak di Facebook banyak orang kongsi tentang hukuman seorang artis yang masuk mahkamah dan mungkin akan dijatuhkan hukuman pada September ini. Semua orang ketawakan. Kalau benda tu dalam Facebook, biarkan saja. Kalau orang lain dapat tahu, biar mereka tahu sendiri. 

"Jangan nak mempersendakan orang yang dah bertaubat, yang dah kena hukuman dunia. Ia tak kelakar. Semua orang buat salah, itu saja saya nak cakap," ujarnya yang dipetik dari laporan mStar.

Teguran tanpa merujuk secara khusus kepada mana-mana individu itu dipercayai berkaitan kepada proses mahkamah yang dilalui penyanyi dan pelakon kontroversi, Aliff Aziz yang mengaku bersalah atas dua tuduhan iaitu mencuri dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam. Satu lagi pertuduhan diambil dalam pertimbangan.

Begitulah, apabila ada berita sensasi ia menjadi perhatian umum dan ruangan komen di media sosial menjadi medan untuk menghina, mengutuk dan mengaibkan.

Adalah lebih baik kita memberi pandangan atau nasihat secara penuh berhikmah kerana layanan dan kata-kata baik juga mampu melembutkan hati yang keras atau menyedarkan seseorang yang sudah melakukan kesilapan. - CARI
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 10-8-2020 10:45 AM
Ohhh adik alip aziz
Quote BicaraHatiku 10-8-2020 10:54 AM
perangai artis buat org menyampeh... pinjam kata2 Tok Ri jap "aku yang designer pon tengok menyampah, inikan marhaen di luar sanaaa"....
Quote anaktoyol 10-8-2020 10:58 AM
yg kena alip aziz... yg backing aron aziz...
Quote Boomibulat 10-8-2020 11:01 AM
anaktoyol replied at 10-8-2020 10:58 AM
yg kena alip aziz... yg backing aron aziz...

Sama2 Sinapore musti la bekap
Quote bottombikini 10-8-2020 11:09 AM
soalnya..bertaubat kah?
Quote Orix 10-8-2020 11:11 AM
sama2 leluhur singapooo khuenst harus lah membekap
Quote Kurex 10-8-2020 11:18 AM
Bila nak jadi model spenda lagi?
Quote T541 10-8-2020 11:20 AM
Alip aziz boleh diterima lagi ke
Quote cikpisang 10-8-2020 11:22 AM
Dia backup rakan senegara. Obviously
Quote umbut 10-8-2020 11:27 AM
Mestilah abg aron sentap... zaman muda2 dulu gangster spore..
Quote MadameOnion 10-8-2020 11:35 AM
bertaubatlah sgt..aaon ajis ni elok diterima masyarakat malaysia sekarang ni...kang ditapak kakikan baru ada akai..baiklah diam
Quote prettyuglybabe 10-8-2020 11:41 AM
cingapore mesti la bekap cingapore..
Quote sukacactus 10-8-2020 11:48 AM
Org kampung... patut la membela sgt!
Quote dodolpandai 10-8-2020 11:52 AM
org mcm nabil tu taubat 10 kali pun aku anggap kelakar

Quote kikuri 10-8-2020 11:55 AM
buat perangai... tobat... buat perangai... tobat... gitu gitulah pusing sampai abang jamil mampuh...
Quote RatuDunia94 10-8-2020 12:37 PM
Heols dh gemuk yer skrg.. tgok heols berlakon drama Jalan Sesat Ke Syurga.. ya ampun x jaga body ke?? Jauh beza dgn rupa 10 tahun lepas. Dh mcm abang2 bawak lori berhenti rehat kat R&R Seremban..
Quote kookie92 10-8-2020 12:38 PM
RatuDunia94 replied at 10-8-2020 04:37 AM
Heols dh gemuk yer skrg.. tgok heols berlakon drama Jalan Sesat Ke Syurga.. ya ampun x jaga body ke? ...

best ke citer tu
Quote RatuDunia94 10-8-2020 01:06 PM
kookie92 replied at 10-8-2020 12:38 PM
best ke citer tu

Mula2 mcm best.. tp lama2 mcm merapu lak..
Quote bakingsoda 10-8-2020 02:06 PM
status pak harun kat malaysia ape eh? penduduk tetap ke

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:56 AM GMT+8 , Processed in 0.212862 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top