CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tengku Zafrul Saran Institusi Kewangan Lupus Faedah Terakru Sepanjang Moratorium

2-5-2020 10:41 AM| Diterbitkan: hussaini4675| Dilihat: 7921| Komen: 28|Original author: Oleh: Tukang Tulis

Description: Setelah mengambil kira permintaan rakyat, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyarankan agar semua institusi kewangan melupuskan faedah terakru atau keuntungan sepanjang temp ...
Kredit foto: Malay Mail


Setelah mengambil kira permintaan rakyat, Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menyarankan agar semua institusi kewangan melupuskan faedah terakru atau keuntungan sepanjang tempoh enam bulan moratorium pembayaran balik pinjaman.

Beliau menjelaskan bahawa isu tersebut berada di bawah bidang kuasa Bank Negara Malaysia (BNM).

Namun, pada masa sama Kementerian Kewangan telah memulakan langkah proaktif mencari penyelesaian kemelut tersebut melalui perbincangan bersama BNM dan bank-bank.

"Kami di Kementerian Kewangan bersedia untuk bekerjasama dengan BNM dan sektor perbankan bagi memastikan pelaksanaan saranan ini. 

"Kerajaan sentiasa peka kepada cetusan hati nurani rakyat, terutamanya dari golongan B40 dan M40 serta mengambil berat perkara ini.


"Dalam keadaan ekonomi yang serba mencabar disebabkan oleh wabak COVID-19, saya amat berharap pandangan ini dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh BNM dan juga institusi-institusi kewangan dalam negara," katanya melalui kenyataan yang disiarkan dalam Facebook.


Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz. Kredit foto: Facebook

Kekeliruan timbul berhubung moratorium berikutan kenyataan media oleh BNM yang menyatakan bahawa faedah atau keuntungan akan terus terakru atau diambil kira atas pembayaran balik pinjaman yang tertangguh.

Tengku Zafrul menambah, salah satu punca kekeliruan adalah disebabkan oleh pelbagai sumber yang membawa maklumat kurang tepat.

Jelasnya, memang ada bank yang menawarkan moratorium tanpa mengenakan faedah terakru atau faedah dikompaun atas pinjaman.

"Namun, ia tidaklah merangkumi semua produk pinjaman. Setiap bank pula ambil pendekatan tersendiri dalam hal mengenakan faedah sewaktu tempoh moratorium," ujarnya.


Loading FB Post...

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat sahih tentang moratorium boleh merujuk kepada dokumen 'Soalan Lazim (FAQs) Mengenai Pengendalian Moratorium bagi Pinjaman Sewa Beli dan Pembiayaan Islam Berkadar Tetap' yang telah dikemas kini dalam laman sesawang BNM. - CARI
4

Bagus
2

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (8 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Xim 2-5-2020 11:19 AM
Hmmm kecewa....kalau betul2 x leh jujur je la awal2....ni nk bg 6bln bagai.....
Quote Ina8895 2-5-2020 11:42 AM
Menteri Kewangan PN yang berjiwa rakyat. Jauh sangat beza dengan nobita salah titik perpuluhan.
Quote dino 2-5-2020 11:53 AM
Ina8895 replied at 2-5-2020 11:42 AM
Menteri Kewangan PN yang berjiwa rakyat. Jauh sangat beza dengan nobita salah titik perpuluhan.

gabenor bnm still lantikan ph haha
Quote Tinot7 2-5-2020 11:56 AM
Mase awal2 tu kalau gabenor bnm dgn bank tak setuju, ckp je la. Ni nak main cak2 pulak.
Quote caca_eric 2-5-2020 12:00 PM
SARAN? saran je kan..
Bukan ARAH
Quote antoofighter 2-5-2020 12:03 PM
Semoga saranan beliau mendapat perhatian dari BNM dan akan menjadi realiti..harap cam tu laa hendaknya..
Quote sh00 2-5-2020 12:04 PM
dino replied at 2-5-2020 03:53 AM
gabenor bnm still lantikan ph haha

Tak tukar lagi eh.
Quote sh00 2-5-2020 12:06 PM
Rasanya dah byk kerajaan mendengar permintaan rakyat. So Menteri Kewangan pun dah suggest kpd BNM tunggu je lah BNM nak ckp apa. Ujung2 BNM pun dgr kata bank2 jugak sbb yg memberi pinjaman adalah bank2.
Hopefully BNM dan bank2 seantero mendengar saranan Menteri.
Quote tagas 2-5-2020 12:28 PM
talak untong maaa bank bisnes ini maciamm

olang olang kilija bank pun tak lapat bonus byk la ni maciam


Quote Innrukia 2-5-2020 12:31 PM
okay la tu. Rakyat nk apa lagi?
Quote singletXL 2-5-2020 12:34 PM
BNM bukan kerajaan yang punya
Quote prettyuglybabe 2-5-2020 12:45 PM
tetiba nak jadi hero
Quote RatuDunia94 2-5-2020 12:45 PM
Innrukia replied at 2-5-2020 12:31 PM
okay la tu. Rakyat nk apa lagi?


Rakyat nk hutang2 tu dihapuskan..








Quote Innrukia 2-5-2020 12:48 PM
RatuDunia94 replied at 2-5-2020 12:45 PM
Rakyat nk hutang2 tu dihapuskan terus..

betul la tu, moga tercapai la hasrat depa.
Quote kakuzu 2-5-2020 03:08 PM
aiks.. menteri kewangan yg report terus ke perdana menteri
takkan stakat bagi saranan je?
menteri kewangan boleh terus bagi arahan kut.. dan bnm dan bank2 kena ikut
Quote ResellerMaxis 2-5-2020 03:09 PM
[twitter]https://twitter.com/ZabriMokhtar/status/1256480404325888004?s=20[/twitter]
Quote ResellerMaxis 2-5-2020 03:11 PM
kakuzu replied at 2-5-2020 03:08 PM
aiks.. menteri kewangan yg report terus ke perdana menteri
takkan stakat bagi saranan je?
menteri  ...

sama jer cap ayam macam bos dia. boleh jer usul kat parlimen n jadikan undang-undang. tapi sebab takut nak bersidang. setakat ucapan khas di tv sahaja lah.
xleh buang pekerja. orang buat juga.
xleh potong gaji pekerja. orang potong gak. siap company kroni mereka mcm jakel pun bukan setakat potong. xbayar langsung gaji pekerja.

[twitter]https://twitter.com/ZabriMokhtar/status/1256480404325888004?s=20[/twitter]
Quote sam1528 2-5-2020 03:45 PM
ResellerMaxis replied at 2-5-2020 03:11 PM
sama jer cap ayam macam bos dia. boleh jer usul kat parlimen n jadikan undang-undang. tapi sebab t ...

Isu sekarang Menteri Kewangan & PM bos atau Bank Negara bos?

Arah kan aje BNM , macam takut aje main saran saran

Ni nak lepaskan diri aje

Boleh klaim - woooooiiiit .... aku dah saran tau , bank tak mau dengar ... nak kata apa

Sebenarnya depa dah silap. Kononnya nak ambil hati rakyat dgn janji manis & gula2

Kononnya moratorium 6 bulan dgn zero compounded & accrued interest

Sekarang dah masuk fasa realiti

Kira macam ni lah , bank terpaksa bayar interest kat duit simpanan kita

Mana nak cekau duit kalo tak mintak interest kat pinjaman

Kalo bank kata zero interest atau kena bayar fee kat simpanan kita ... bising satu Malaysia

Ni tak masuk lagi Non Performing Loans yg akan bertimbun timbun

Jangan sampai bank lingkup cukuplah
Quote Ina8895 2-5-2020 04:33 PM
tagas: talak untong maaa bank bisnes ini maciammolang olang kilija bank pun tak lapat bonus byk la ni maciam


Sama2 la rasa susah pulak

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:45 AM GMT+8 , Processed in 0.126133 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top