CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Bimbang Jadi Seperti Hokkaido, Netizen Setuju Dengan Najib

2-5-2020 11:32 AM| Diterbitkan: ctcheery| Dilihat: 7996| Komen: 31|Original author: Oleh: Ct Cheery

Description: Semalam, kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat bermula 4 Mei 2020.

Semalam, kerajaan telah memutuskan untuk membuka semula sektor ekonomi secara berhati-hati dengan menguatkuasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) ketat bermula 4 Mei 2020. 


Hampir semua aktiviti perniagaan dan ekonomi dibenar beroperasi tertakluk kepada SOP pihak berkuasa dan perlu mengamalkan penjarakan sosial.


Tindakan kerajaan yang disifatkan agak terburu-buru membimbangkan pemimpin terdahulu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (DSN) melalui penulisannya di Facebook. 



Loading FB Post...


"Hari ini (semalam), negara kita merekodkan 69 kes Covid-19 baru, di mana 12 adalah kes import manakala hanya 39 pesakit sembuh.


"Ini bermakna, 57 adalah jangkitan dalam negara akibat penularan yang masih merebak dalam masyarakat tempatan," ulasnya.


Menurut DSN, merujuk kepada angka yang meningkat sejak beberapa hari lalu, apa keperluan untuk beri kelonggaran begitu besar secara serentak bermula Isnin walaupun fasa ke-4 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini hanya akan berakhir pada 12 Mei ini? 


DSN berpendapat, sekiranya kelonggaran ini dibuat sekaligus, ia akan memberi risiko kepada khidmat kesihatan dan petugas kesihatan. Adakah mereka bersedia jika berlaku kluster baharu secara mendadak dan jumlah yang ramai?


"Slow and steady. Sektor demi sektor. Secara beransur-ansur. Tak Perlu gelojoh sangat.


"Jangan sekaligus. Nanti susah nak kawal," tulisnya.


Rata-rata netizen memberikan komen potitif dan bersetuju dengan pendapat yang diutarakan bekas pemimpin tersebut. Netizen turut menyuarakan kebimbangan dengan langkah kerajaan yang difikirkan agak drastik. 


Mereka memberikan contoh Hokkaido yang kini diisytiharkan darurat Kecemasan selepas kes positif COVID-19 meningkat dalam tempoh seminggu selepas menamatkan perintah berkurung.



Foto: Facebook Najib Razak

"Jangan longgarkan lagi, nanti meningkat semula.  Macam sia-sia ja 3 fasa PKP ni, kenapa tak tunggu sekurangnya 12 Mei ni. Hokkaido dah 'lockdown' balik.


"Betul dan terbaik! Mintak PM pertimbangkan kelulusan yang dibuat. Kalau terjadi sesuatu, PKP yang sudah buat dekat 2 bulan tu buang masa saja. Semua kena start balik, kesian kepada 'frontliners'.


"Setuju Dato Seri, tak ada makna PKP jika semua nak diberi kelonggaran. Sepatutnya biar berperingkat, untuk membuatkan rakyat tidak panik," luah netizen di ruang komen.


Terdahulu, Hokkaido iaitu pulau di utara Jepun telah dilanda gelombang kedua COVID-19. Sebanyak 135 jangkitan COVID-19 dalam tempoh seminggu dilaporkan selepas menamatkan perintah berkurung 19 Mac lalu apabila kes jangkitan berkurung kepada satu angka.


Pengerusi Pertubuhan Perubatan Hokkaido, Dr Kiyoshi Nagase berkata, beliau menyesal menamatkan perintah berkurung terlalu awal di wilayah dengan 5.3 juta penduduk itu.


"Ini bermakna, kita mungkin perlu menunggu hingga tahun depan bagi memastikan keadaan benar-benar selamat dan kita boleh menamatkan perintah berkurung tanpa risau," katanya, dipetik Astro Gempak. 


Hokkaido melaporkan 38 kes baharu COVID-19 kelmarin, menjadikan jumlah keseluruhan 688 jangkitan selain seorang maut, dan jumlah keseluruhan yang maut adalah 27 orang. - CARI

2

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepiITUindah 2-5-2020 11:38 AM
hang duit berkepuk
Quote Tinot7 2-5-2020 11:54 AM
Yg dlm komuniti tu depa kesan dr mana tak?
Quote antoofighter 2-5-2020 12:10 PM
Ada betulnya jugak ko cakap tu bossku...
Quote shernazz 2-5-2020 12:24 PM
Iols.is sangsi nanti mcmana la agaknya..
Harap nya bila pkp dh berakhir..tesco aeon big dan seangkatannya makin kurang orang.lah s3bab semua bz nak raya
Hahahahaa....
Yang penting jangan bawa budak budak keluar...huhu...
Quote RatuDunia94 2-5-2020 12:43 PM
Company iols dh start operasi dr last week masa dpt surat dr MITI..
Quote Kurex 2-5-2020 02:02 PM
Iols tawakal dan ghedho..
Ghedho itu pasghah, pasghah itu menyeghah
Quote spy_caridotdot 2-5-2020 02:04 PM
Pada aku lah, beri kelonggaran pada peniaga2 kecil tapi masih lagi perketatkan ketua rumah sahaja yang boleh keluar. Untuk peniaga2 kecil, makcik kiah-makcik kiah, masih kena follow SOP lah.. suruh pembeli jaga penjarakan sosial dan sebagainya. Tapi ye la kan.. cakap memang mudah kata orang!
Quote misuke 2-5-2020 02:55 PM
aku sian kt frontliner ja.. baru nk rasa lega skit kot...
Quote misuke 2-5-2020 02:55 PM
aku sian kt frontliner ja.. baru nk rasa lega skit kot...
Quote pu3_rania 2-5-2020 03:15 PM
spy_caridotdot replied at 2-5-2020 02:04 PM
Pada aku lah, beri kelonggaran pada peniaga2 kecil tapi masih lagi perketatkan ketua rumah sahaja ya ...

Ya aki setuju tang ni
Antara yg terkesan teruk ialah penjaja & peniaga kecil2an so boleh lah di berikan kelonggaran dgn syarat patuhi SOP
Bagi company2 yg mana staff sebelum ni boleh WFH yg mana company masih boleh survive so tak perlu lah nak membirah nak mulakan operasi seperti biasa
Quote pu3_rania 2-5-2020 03:16 PM
misuke replied at 2-5-2020 02:55 PM
aku sian kt frontliner ja.. baru nk rasa lega skit kot...

Ya setuju sgt
Depa baru aje nak tarik nafas lega
Quote takayama 2-5-2020 03:43 PM
pu3_rania replied at 2-5-2020 03:15 PM
Ya aki setuju tang ni
Antara yg terkesan teruk ialah penjaja & peniaga kecil2an so boleh lah di b ...

mcm adik kaka lah patut dia msh blh wfh walaupun company dia under essential services sbb dia bkn jaga tol sebaliknya kena jaga iso company aje tp dr CEO smp bos dia semua nk start msk office, bengkek aje dia
cam firm kaka plk, Monday ni br nak meeting nk atur strategy samada semua kena dtg office atau alternate aje
Quote bakingsoda 2-5-2020 04:32 PM
keluar berdua beli barang dgn dine in 4 orang tu penting sangat tau takkk. cth kalau laki jah keluar, barang yg dlm list aje la dia beli. kalau angkut bini, boleh bini tu sambil lalu kat rak2 sambil impulse purchase, haa dah naik sales pasaraya tu. kalau sorang je dtg restoren utk takeaway, dia beli ape yg diorder dari family kat rumah je la. kalau dtg makan kat kedai semaksimum yg dibenarkan, sambil menikmati makanan boleh tenung menu tu rasa2 tak kenyang nak order lagi atau tapau sambung makan kat rumah. kan bertambah pendapatan restoren tuuuu. bijak khuennnn gomen kita
Quote Kurex 2-5-2020 06:28 PM
takayama replied at 2-5-2020 03:43 PM
mcm adik kaka lah patut dia msh blh wfh walaupun company dia under essential services sbb dia bkn  ...

Macam opismates aku la... Beria dorang nak masuk kerja balik padahal company tak terjejas, sebelum ni pun boss sendiri kata takkan terjejas.. dah la area rumah aku redzone covid19, company aku pun area redzone covid19.. aku harap isnin ni meeting biar kerja dari pagi sampai tengahari je sepanjang covid19 ni
Quote CurangLagi 2-5-2020 07:58 PM
desakan kuat maybe dr peniaga2.. bnyk hotel tutup.. hotel2 besar buang pkerja.. rmi hilang pendapatan.. "((
Quote bungarose 2-5-2020 08:01 PM
Kena lift mco soft landing
Kerajaan cepat ambil tindakan sebelum rakyat merayau2
Quote 234126 2-5-2020 08:56 PM
kwn-kwn iol dah sibuk menayang baju raya. ada perasaan lagi nak raya. Tu mesti jenis yang keluar beraya senyap-senyap menziarah jiran tetangga tu. Abis bila nak matinya sebaran virus ni.
Quote ctcheery 2-5-2020 09:30 PM
Dengar2 Menteri Pertahanan xsetuju dengan kelonggaran nih tapi no choice sebab kerajaan fikir sektor ekonomi. So kemungkinan PKP akan dilanjutkan lagi. Fasa 5 coming soon
Quote timah03 2-5-2020 09:50 PM
ctcheery replied at 2-5-2020 09:30 PM
Dengar2 Menteri Pertahanan xsetuju dengan kelonggaran nih tapi no choice sebab kerajaan fikir sektor ...

Amin...... Kalau pkp bersyarat pun, biar lah lepas Raya....
Kalau sekarang, memang ada yang terlepas la tu pergi beraya nanti....

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:32 PM GMT+8 , Processed in 0.241982 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top