CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Ya Belum, Tapi Bukan Saya Tak Bayar Langsung" - Ogy Tak Cukup Duit Setel Hutang?

1-5-2020 12:05 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 67755| Komen: 515|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Dalam hal ini, saya mengaku masih belum menjelaskan bayaran semua orang kerana diuji dengan beberapa perkara kebelakangan ini termasuk wabak Covid-19 yang melanda negara kita."
"Dalam hal ini, saya mengaku masih belum menjelaskan bayaran semua orang kerana diuji dengan beberapa perkara kebelakangan ini termasuk wabak Covid-19 yang melanda negara kita."


Penerbit, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy membuat pengakuan itu susulan dakwaan dibuat Aloy Paradoks di Facebooknya.

Dakwa penulis skrip teater komedi Korupsi Dewan Semandung itu, sehingga kini dia masih belum menerima baki tunggakan daripada Ogy walaupun pementasan teater itu selesai Mac lalu.


Kredit foto: IG

Enggan isu ini menjadi polemik dalam kalangan netizen dan penggiat seni, Ogy kemudian tampil mengakui perkara itu dan membuat penjelasan kepada mStar Online.

"Selaku penerbit, saya sedang berusaha untuk selesaikan semua bayaran baki tertunggak. Cuma, sekarang usaha itu masih belum menyebelahi saya," katanya.

Ogy juga menegaskan bahawa dia bukannya tidak bayar langsung, sebaliknya 30 peratus bayaran sudah dibuat kepada Aloy dan Rayza Mukmin, penulis skrip teater itu.


Kredit foto: IG

"Ini saya kena beritahu, bukan saya tak bayar langsung ya! Saya dah beri 30 peratus dan baki masih belum dilunaskan lagi kerana beberapa masalah yang tak dapat dielakkan.

"Saya tak pernah anggap mereka macam peminta sedekah kerana apabila sebut hutang semestinya wajib dibayar! Saya sedar mengenai hal itu," tegasnya yang masih belum putus asa mencari sumber kewangan untuk melunaskan hutang.

Masih belum bertemu dengan Aloy untuk membincangkan isu itu, Ogy sudah menjangka dan tidak menghalang mana-mana pihak meluahkannya di media sosial.

"Tiada sebarang perjumpaan lagi, tapi kami semua ada berhubung dalam group Whatsapp. Saya pun dah boleh agak jika mereka akan menggunakan media sosial bagi meluahkan mengenai perkara ini," katanya.


Kredit foto: FB

Terdahulu, Aloy menerusi Facebooknya meluahkan rasa kecewa terhadap sebuah produksi kerana belum menerima bayaran yang disertakan sekali dengan tangkap layar perbualan menerusi aplikasi WhatsApp.





Kredit foto: FB

Walaupun tidak menyebut kepada siapa mesej itu ditujukan, ramai dapat meneka individu dimaksudkan ialah Ogy.

Semoga urusan Kak Ogy membuat baki bayaran dipermudahkan dan pihak Aloy faham dengan situasi dihadapi Kak Ogy. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (4 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 1-5-2020 12:18 PM
ni yg celakakan netizen ari tu...
Quote kiah_mai_pulak 1-5-2020 12:21 PM
tercidukkkkk.  mintak lah tolong seniman tu especially jedjedi n geng2 telegram tu.  hehhhhh
Quote dubuk 1-5-2020 12:22 PM
la.. kata kayangan mesti fulus lancar
Quote MsKathryn 1-5-2020 12:32 PM
Bosan.. .
Quote belilies 1-5-2020 12:36 PM
Padan muka. Mulut setan sangat khuen. Dapat balasan.
Quote Tinot7 1-5-2020 12:51 PM
Camna nak harapkan org ramai bantu skang?
Quote Melur1 1-5-2020 12:56 PM
no. saved as Asmidar. namakan diri sendiri Asmidar ke?
Quote Lailerthee 1-5-2020 12:58 PM
I rasa kalau dia reply dan bincang dr awal Aloy tu boleh je paham kot. Tpi sebab diam tu yg menyirap kawan tu huhu
Quote LadyCarefree 1-5-2020 01:04 PM
Kenapa dh buat teater tp duit xde. Xlaku ke? Xpandai betul financial planning. Dh habis teater baru nk buat loan? Cari funding?
Quote daisywillberry 1-5-2020 01:04 PM
Aaa sudahhh
Quote otai_g 1-5-2020 01:09 PM
kafarah mulut jahat. Ha ini lah dia.
Quote naina 1-5-2020 01:11 PM
ooh patutla beriya benar berbunyi kt.group telegram haritu pasal bantuan khusus
Quote NonaNaga 1-5-2020 01:13 PM
teater dia x dpt sambutan kot susah nak balii modal
Quote inspektoremos21 1-5-2020 01:18 PM
seniwati primadona ogy ni guna nama asmidar ke kat whatsapp? masih fefeeling zaman ali setan lagi ke
Quote bungarose 1-5-2020 01:19 PM
Ni geng retis makan daging kan.........bukan macam netizen makan ikan kering
Quote AbukRokok 1-5-2020 01:28 PM
LadyCarefree replied at 1-5-2020 01:04 PM
Kenapa dh buat teater tp duit xde. Xlaku ke? Xpandai betul financial planning. Dh habis teater baru  ...

teater ni satu bisness yg boleh sustain ke? mcm tgk wayang ?

Quote nefnefnef 1-5-2020 01:30 PM
Punya panjang Aloy message, dapat reply 1 liner. Hmmph! {:hero
Quote meow_tompok 1-5-2020 01:37 PM
apakan daya kesabaran si aloy pun ada tahapnya jugak, sungguh bersopan dan educate si aloy tu mintak hutang ..."saya bukan mintak difahami, saya mintak bayaran" he he he he



Quote CiliPadiSedap 1-5-2020 01:58 PM
Uish dulu bukan main kutuk netizen.

Lihat semua komen(515)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:05 PM GMT+8 , Processed in 0.088595 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top