CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

11 Termasuk Pelajar Tahfiz Ditahan Tarawih Di Surau

1-5-2020 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3738| Komen: 18

Description: Polis menahan 11 lelaki kerana berkumpul untuk solat tarawih di sebuah surau di Beaufort, baru-baru ini.
Polis menahan 11 lelaki kerana berkumpul untuk solat tarawih di sebuah surau di Beaufort, baru-baru ini.

Harian Metro melaporkan, kumpulan individu berusia antara 15 hingga 41 tahun yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) itu ditahan selepas perbuatan mereka di sebuah surau di Kampung Binsulok, Membakut, tular di aplikasi WhatsApp.



Gambar hiasan
Kredit foto: Carian Google

Kesemua suspek termasuk seorang pelajar tahfiz ditahan sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, ketika melaksanakan pemantauan PKP Op Covid-19, sekitar jam 3 petang.

"Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis menuju ke lokasi kejadian dan mencari semula semua individu yang terbabit seperti dalam gambar yang tular itu.

"Hasilnya menahan 11 individu daripada 14 orang jemaah yang solat Isyak dan Tarawih di surau berkenaan," kata Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak menerusi kenyataan media, hari ini.


Tambahnya, semua suspek berdegil pergi solat berjemaah di surau dengan alasan kampung mereka masih zon hijau dan tidak ada yang positif Covid-19.

Kes disiasat mengikut Peraturan 6(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasab Jangkitan Tempatan) (No.4) 2020. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote domestobot 1-5-2020 11:26 AM
so yang ni guna imam import mana lak, imam Sulu ke imam tahfiz? tak pun imam Palestin.
Quote Peterpan17 1-5-2020 11:26 AM
Degil betul orang orang ni. Esok datang balik covid 19 baru padan muka korang
Quote Tinot7 1-5-2020 11:48 AM
Tak boleh bersabar ke? Kat umah takleh solat berjemaah ke?
Kalau ada kes positif, kome nak kata apa pasni?
Quote AbukRokok 1-5-2020 12:01 PM
kluster tarawih
Quote VuJiE 1-5-2020 12:02 PM
yg 11 ni kalau solat kat rumah x sah ke solatnye?
Quote munchkin 1-5-2020 12:02 PM
Degil nak mampos
Quote Kurex 1-5-2020 12:40 PM
Hanat               
Quote LadyCarefree 1-5-2020 01:06 PM
Sejenis kalau guna alasan ugama semuanya boleh. Blocking jalan waktu jumaat pon ok je walau menyusahkan ramai orang lain
Quote nenekglamer 1-5-2020 01:08 PM
Tinot7 replied at 1-5-2020 11:48 AM
Tak boleh bersabar ke? Kat umah takleh solat berjemaah ke?
Kalau ada kes positif, kome nak kata apa ...

Ujian Allah keatas hambanya... A...gitu la...
Quote Ah_Kwan 1-5-2020 01:25 PM
keh keh keh

ok lu orang dah tangkap...
then berapa ramai dah yang kena covid dalam itu kampung sekarang?
please reveal

keh keh keh
Quote nor_aini.s 1-5-2020 03:17 PM
Ni pendapat aku, kalau kata tmpt tu green zone, tiada kes, setakat 11 org shj apa salahnya solat disurau, apa beza dgn bukak company, g supermarket ramai2, aku xtau la org lain. At least adalah kerahmatan disitu..
Quote Tinot7 1-5-2020 03:54 PM
nor_aini.s replied at 1-5-2020 03:17 PM
Ni pendapat aku, kalau kata tmpt tu green zone, tiada kes, setakat 11 org shj apa salahnya solat dis ...

Depa solat jarak2 ke? Ke depa dah cek sorang2 termasuk org umah, sudah negatif?
Kalau ada yg positif tapi tiada gejala?
Itu sbbnya, zon ijo, tak bermakna tiada. Cuma belum diketahui je sbb tak sakit dan ke spital. Dan sbb itu la penjarakan sosial mcm biasa, etc sampai kkm dapat data selengkapnya utk istihar kita dah ok.
Quote cm_matjawasp 1-5-2020 04:02 PM
nor_aini.s replied at 1-5-2020 03:17 PM
Ni pendapat aku, kalau kata tmpt tu green zone, tiada kes, setakat 11 org shj apa salahnya solat dis ...

Itu yang selalu aku dok bertekak tu..Kalau daerah tu kosong jangkitan sejak awal lagi, longgarkanlah PKP.cuma kawal sempadan daerah je.takkan lah nak tungu satu negara hijau.
Quote edee_91 1-5-2020 04:04 PM
lantaklah. itu je aku boleh cakap.
Quote Supersirap 1-5-2020 04:06 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote silencekiller 1-5-2020 04:14 PM
inilah kott dugaan ke atas orang2 yang mahu masok dalam golongan orang2 beriman ...

Mungkin juga mereka mendapat petunjuk & bimbingan dari guru "mursyid" depa tentang akhir zaman... kena perbanyakkan amalan sambil2 dibekalkan kismis jampi penyembuh penyakit ka apa kaa ...

harap2 pihak pulis berlaku adil dalam siasatan ..
Quote mbhcsf 1-5-2020 05:19 PM
well...patuhilah arahan PKP, boleh buat jemaah kat rumah

biaq tok bilal azan and imam je fx

aduhaiii


ini baru PKP

after 12th May ...zon zon bukan hijau ...kita belum tentu lagi ni
Quote prettyuglybabe 1-5-2020 09:32 PM
isnin ni ramai mula keje, tengok pulak kluster back to work, kluster shopping mall..
masa tu masing-masing nak memekak lagi tak kluster surau kluster jemaah..

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:13 PM GMT+8 , Processed in 0.237082 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top