CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Kurangkan Atau Anda Akan Menyesal Seumur Hidup!

1-5-2020 09:08 AM| Diterbitkan: mayaalisa| Dilihat: 7425| Komen: 21|Original author: Oleh: Maya Alisa

Description: Statistik di Malaysia seperti dilaporkan Berita Harian menunjukkan remaja mahupun orang dewasa mempunyai lebih dari satu telefon pintar dan menghabiskan masa dengan gajet sekitar enam hingga lapan jam ...

 

Kredit foto: Pixabay


Statistik di Malaysia seperti dilaporkan Berita Harian menunjukkan remaja mahupun orang dewasa mempunyai lebih dari satu telefon pintar dan menghabiskan masa dengan gajet sekitar enam hingga lapan jam sehari.


Fenomena ini boleh membawa kemudaratan kepada pengguna telefon pintar itu sendiri. Baik dari segi kesihatan fizikal mahupun mental.

 

Phone addicted atau taasub gajet adalah kesan mental yang terpaksa ditanggung oleh pengguna telefon tegar. Biasanya, orang yang ketagih gajet akan suka menghabiskan masa dengan aplikasi sosial seperti WhatApps, Facebook, Instagram dan sebagainya. 


Pantang melihat ikon notification masuk mesti nak tengok apa yang diterima. Berbeza dengan kebanyakan orang yang hanya melihat dua hingga tiga kali sehari saja.



Kredit foto: Pixabay


Orang yang mengalami ketagihan gajet ini biasanya sukar untuk mengembangkan kebolehan diri. Mereka juga mudah stres sebab selalu melihat gaya hidup orang lain di media sosial. 


Mana tidaknya, asyik nak membandingkan hidup mereka dengan orang lain yang lebih happening.



Kredit foto: Pixabay

Waktu yang digunakan untuk melayari media sosial yang melampau itu, seharusnya digunakan untuk aktiviti berfaedah seperti membaca, sertai seminar atau bersukan.


Mahu kurangkan ketagihan? Boleh, dengan mula kurangkan penggunaan telefon pintar. Tak perlu kurangkan secara drastik, tapi lakukan secara berperingkat. Contohnya, mengurangkan penggunaan telefon pintar dari lapan jam ke lima jam sehari.


Apabila anda yakin sudah mampu mengurangkan waktu penggunaan gajet secara konsisten, terus kurangkan lagi sehingga anda rasa sudah bebas dari belenggu phone addicted.


Pemakaian telefon pintar ini pokok pangkalnya semua terserah kepada pengguna, sama ada memanfaatkannya dengan baik atau mengikut nafsu.


Jadi berfikir dan bertindaklah secara bijak. Terutama dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ni. Jangan pula jadikan alasan untuk anda mengular daripada melakukan aktiviti berfaedah dengan menghadap gajet sepanjang masa, okey! - CARI


3

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 1-5-2020 09:18 AM
Apa xtvt lain yg berpekdah utk dibuat masa pkp ni kalau bkn tv, tenet? Membaca pun byk online skang.
Keje umah tu mmg kena buat.
Quote misuke 1-5-2020 09:21 AM
baru habis 2 jam buat online quiz... so pasni kena off data ke camna..... tpnya skrg ni mmg all in kt henpon kot. even list nk beli brg p  aku buh kt nptes
Quote mosti 1-5-2020 09:24 AM
Aku unfriend kawan yang suka tunjuk lavish style asebab aku tak nak rasa low self esteem dan takut terikut gaya mewah depa.
Quote Knowlee 1-5-2020 09:33 AM
Betullah... Addicted dgn phone. Sedar sedar dah habis 2-3 jam mengadap phone saja. Time nak tido pun, kalau taklej tido, mesti tangan capai phone dulu. Sedangkan masa yg terbuang tu kalau guna betul2 boleh buat macam-macam benda lain...
Quote Knowlee 1-5-2020 09:34 AM
Maybe this video can help.

[youtube]9QiE-M1LrZk[/youtube]
Quote Orix 1-5-2020 09:37 AM
Betul la. Iols rs hidup iols lebih tenang waktu zaman hp picit2. Bila dh start guna hp touchscreen mmg manjang asyik nak check hp walhal xde apa yg penting sgat pun
Quote salmon-suki 1-5-2020 09:38 AM
Sebelum pkp ni fon pn ai xde laa main sgt.. Tapi sejak pkp ni fon dah berjahit kt tgn..time masak pun kena bawak fon g dapur n bukak citer or something laa..asalkan ada bunyi..

Almaklum laa,rumah ai xde tv..fon ni kira dah jd penting plak,nak donlod citer2..lps donlod ai layan kt lappy ai lah..and the cycle goes on and on mcm tu..sedihhhhhh~

Baidewei,hepi Labour day..hihihi~
Quote salmon-suki 1-5-2020 09:39 AM
mosti: Aku unfriend kawan yang suka tunjuk lavish style asebab aku tak nak rasa low self esteem dan takut terikut gaya mewah depa.


laaa..kenapa gtu sis?jiwa kena kental sis..kekeke~

Jgn mudah terpengaruh dgn rakan2 anda{:smile
Quote Lengkong 1-5-2020 09:46 AM
Mengadap fon lebih sikit cuti pkp ni

Quote sarah82 1-5-2020 09:53 AM
Entah.. Aku layan 24 jam phone.. Tapi x ada pulak aku dengki dgn kehidupan org lain.

Dah dok follow manusia yg show off kat IG.. Harus la meroyan.. Baik follow binatang.. Ada gak bahan gelak.

Hidup ni simple la TT.. Kita sendiri yg pilih untuk happy dgn apa yg ada.. Bersyukur atau pilih utk dengki dgn org lain
Quote ufc214 1-5-2020 10:02 AM
kita hidup tak perlu nak bandingkan dgn kehidupan org lain. Kalau stress tanda kita tidak bersyukur dgn takdir Allah
Quote capiloton 1-5-2020 12:15 PM
for a good sleep and well being,
aku off phone 8 jam sehari,
put them on aeroplane mode time nak tido, hihi
Quote meow_tompok 1-5-2020 02:07 PM
aku dah tak aktif log in facebook.
hanya log in jika ada kelas live/seminat live fb
malas nak baca status2 org .. yg sometimes we know byk membongak



Quote Supersirap 1-5-2020 04:08 PM
Semoga dipermudahkan segala urusan
Quote Tinot7 1-5-2020 04:50 PM
Ni ke yg nak diterangkan?
Tapi nak tgk pun kena pakai gajet.. huhu..

[youtube]QugooaNRnsk[/youtube]
Quote GigaMom 1-5-2020 05:16 PM
Kajian ni dibuat dikalangan bbnu ke apa

Ai addict to phone
Tp ig fb?
Tgok stalk life org??
Ini bukan fungsi hp ai
Melalui phone la ai menjana duit utk menampung hdup sepanjang pkp smpai guling2 atas tilam.

So apa yg mudaratnya?
Quote nefnefnef 1-5-2020 05:59 PM
PKP memang extra screen time. Nanti dah abis PKP sume jadi normal semula
Quote somaki 1-5-2020 07:14 PM
mosti replied at 1-5-2020 09:24 AM
Aku unfriend kawan yang suka tunjuk lavish style asebab aku tak nak rasa low self esteem dan takut t ...

Iols pn kena buat macam tu jugak. Kadang2 iols elak tengok ig story kawan sbb ig story selalu tempat org show off shopping makan mewah semua kan
Quote somaki 1-5-2020 07:15 PM
Iols tengok fon sebab boring tv kena conquer dengan anak. Dari pagi sampai malam upin ipin sampai iols dah boleh hafal dialog upin ipin

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 07:33 PM GMT+8 , Processed in 0.064295 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top