CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dah Keluar Amaran Pun, Masih Ramai Berani Mandi-manda Dalam Ombak Ganas

7-1-2019 10:46 AM| Diterbitkan: Sarirsa| Dilihat: 4108| Komen: 19|Original author: Oleh: Myeonir

Description: Baru-baru ini, tular beberapa video yang memperlihatkan ombak bergelora membadai pelantar minyak akibat ribut tropika pabuk di Terengganu.Menurut Berita Harian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia ...
Baru-baru ini, tular beberapa video yang memaparkan ombak bergelora membadai pelantar minyak akibat ribut tropika pabuk di Terengganu.

Menurut Berita Harian, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengeluarkan amaran kepada orang awam agar berhati-hati dan menjauhi kawasan pantai di perairan Pantai Timur.



Kredit foto: Facebook

Pun begitu, masih ada yang berdegil dan memandang enteng tentang bahaya yang mendatang sekiranya berada berhampiran dengan kawasan pantai.

Gambar berikut menunjukkan anggota bomba di kawasan pantai untuk memantau orang awam dimuat naik menerusi laman Fcebook, semalam dan mendapat perhatian netizen.


Beberapa anggota Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan telah meronda di sekitar kawasan Pantai Teluk Cempedak di Kuantan, Pahang bagi mengawasi pengunjung yang memenuhi pantai tersebut. 

Walaupun amaran sudah dikeluarkan, ramai pengunjung masih berani bermandi-manda dalam ombak yang mengganas di pantai itu.


Kredit foto: Facebook

Netizen yang melihat keadaan itu mengecam keras tindakan pengunjung berkenaan kerana berdegil dan seolah-olah tidak menghiraukan keselamatan masing-masing.

Bukan sahaja di Malaysia, di Thailand juga terdapat kes di mana sekumpulan kanak-kanak menyelamatkan dua pengunjung yang hampir lemas ketika mandi di laut. 

Seorang daripada mereka dapat diselamatkan, manakala seorang lagi dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Loading FB Post...

Tolonglah sayangi nyawa masing-masing. - CARI
13

Bagus
18

Marah
16

Terkejut
8

Sedih
15

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote moonbug 7-1-2019 11:03 AM
Well, some lessons are best learned the hardest way
Quote domestobot 7-1-2019 11:17 AM
bagus jugak ada bomba meronda pantai, dapat cegah makhluk2 bebal tu daripada mati lemas.
Quote CardiGans85 7-1-2019 11:58 AM
Dah lemas kita biar je boleh? Jangan nangis2 minta tolong
Quote mygreentea 7-1-2019 12:31 PM
x fhm bhsa...jika kecelakaan berlaku, nak salahkan orang lain pulak...ishhh....ishhh....x abis..abis cerita
Quote amyza 7-1-2019 12:42 PM
Bebal nye lah. Dah kejung nanti baru nak meraung.
Quote sonatalady 7-1-2019 01:05 PM
Payah sgt ke nak elak dr ke pantai buat sementara waktu?
Mati ke kalau x g pantai?
Nanti sibuk nak selamatkan korang yg degil...bomba plak hilang nyawa.
Quote Artemesiaa 7-1-2019 01:07 PM
Jenis degil tak ambil pengajaran dari kejadian yang menimpa orang lain melainkan kena batang hudung sendiri mana nak dengar nasihat
Quote huehue 7-1-2019 01:45 PM
I bersangka baik orang awam yg pergi pantai tu takde tv, takde radio, takde telefon, takde kawan, takde family nak inform yg sekarang bahaya mandi pantai

Ni kalau terjadi apa apa, kan dah susah. Sendiri susah, orang lain pun sama susah.
Quote haryatie 7-1-2019 01:48 PM
bebal nya dia org ni
jd apa2 jgn nk suruh org selamatkan
pndai2 la berenang sendiri
Quote whadda 7-1-2019 01:55 PM
mengade je nak mandi jugak dah tau ombak angin smua kuat.. kang jadi apa2 hal baru tau
Quote wallame 7-1-2019 01:57 PM
beraninya mando masa ombak mengganas n
Quote paz 7-1-2019 03:48 PM
Tak suka dengar arahan ni lah dia.
Quote mummyina 7-1-2019 04:01 PM
3.5 tahun duduk uitm dungun tu.  duduk diam diam tepi laut je.  tak pernah terpikir nak gi dekat.  ombak kuat kot
Quote saviour_09 7-1-2019 04:02 PM
foreigner ni
tengok tau dah

teluk cempedak ni memang penuh diorang time2 weekend sekarang ni
student & staff uia la ump la

tak paham kot red flag taboley mandi
ke buat2 tak paham
Quote uori 7-1-2019 04:08 PM
dahlah tak faham bahasa, nak kena bomba pantau dorang plak. bebal.
Quote dekmieDandy 7-1-2019 04:32 PM
in case lemas, bomba kene turun tolong jugak dak

kan bahaya bomba nak turun tu
Quote groundfloor 8-1-2019 10:47 PM
Benci dgn orang yg ignorant...xsanggup dah kehilangan anggota bomba demi childish n selfish people mcm ni...kalau x sayang nyawa sendiri xpe tapi jgn heret nyawa org lain ke kancah bahaya sbb sifat degil kita tu...
Quote adeqbun 9-1-2019 09:46 AM
maleh nak ckp org degil2 ni..alasannya x jd pape pon..kalau jd,dah takdir..
baru2 ni time tengkujuh family sedara mara ai siap bwk mak die yg uzur(mak die tu sejenis excited suke jalan2 wlupon dh uzur) ke Taman Negara. ai pulak terckp lak,x takut ke tengkujuh2 ni kepala air.
balik tu duk canang betapa bestnye aktvt diorg smbil sinis2 kat ai kate tak jd pape pon..syok je mandi manda..
Quote PulutSambal 9-1-2019 10:23 AM
Org kuantan pun tak mandi kat teluk cempedak ni. Nak mati boleh la terjun dalam tu. Laut china selatan tu..

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.058084 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top