CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengapit Bertudung Sertai Perkahwinan Di Gereja

4-1-2019 01:50 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11657| Komen: 89

Description: "Kamu tidak melihat perkara sebegini setiap hari. Perkahwinan di gereja, tetapi pengapit beragama Islam."
"Kamu tidak melihat perkara sebegini setiap hari. Perkahwinan di gereja, tetapi pengapit beragama Islam."



Seorang jurufoto perkahwinan menggambarkan keterujaannya apabila sebuah majlis perkahwinan di Sarawak yang berlangsung di gereja disertai pengapit beragama Islam.

mStar melaporkan, majlis perkahwinan pasangan Sylvester Voon dan Esther Joseph Kim itu dilangsungkan di St Joseph Cathedral, Kuching, Sarawak pada 29 Disember lalu.



Menerusi gambar perkongsian Ariffin Husaini itu, pengantin wanita diapit enam gadis berbaju kurung merah gelap dan digandingkan dengan tudung berwarna merah jambu.

Menurut Ariffin, ia merupakan majlis perkahwinan paling unik pada 2018.

"Walaupun berbeza kaum dan agama, ia tidak langsung menghalang sahabat baik untuk turut sama memeriahkan hari bahagia rakan mereka," tulisnya di Facebook.


Kredit foto: FB Ariffin Husaini

Sementara itu, dalam temu bual bersama The Star, jurufoto itu mendedahkan dia sudah berkecimpung dalam bidang berkenaan sejak 2012 selain menyifatkan perkahwinan berkenaan sangat istimewa buatnya.

"Saya harap dengan pelbagai ketengangan kaum kebelakangan ini, kita belajar untuk meletakkan perbezaan kita dan selami satu sama lain, hidup dengan harmoni," katanya. - CARI
5

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
6

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Malaysia.Doom 4-1-2019 01:56 PM
Fahaman ustaz PAS la yg memecah belahkan tolerasi antara kaum
Quote rospinki 4-1-2019 01:58 PM
memang boleh..antara sedar diri ngan tidak je islam zaman sekarang..bertudung tu belum tentu faham islam tu apa.

mana2 pun bole nmpk tergedik2 pesen tahapa2.

my kids also ramai kawan non muslim..memang baik hubungan kawan..tapi aku selalu peringatkan apa yg kita islam perlu elak sbgi menghormati diri yg islam. tu je
Quote RamonaFlower 4-1-2019 02:24 PM
Pengapit kakak i and pengapit i pun non muslim{:love
Quote MarissaMiller88 4-1-2019 02:31 PM
biasa la tu..bukan pengapit islam dia naik  atas altar n buat sign amenn pun..sabah sarawak bff lain agama pun x kisah..masing2 pun tau hormat n jaga agama masing2..
Quote SissySembah 4-1-2019 02:34 PM
kejap... saya sudah tidak paham sekali sama ugama samawi ini??
mengapit sah2 la tiada masalah bkn?...
malah nak sembahyang di dalam gereja itu pun tiada masalah kan?

takut terpesong?? bkn kah igama islam itu pun sah2 di tiru dan di curi dari ugama kristian jua... kemudian kristian pula tiru dari ugama yahudi...

bkn kah ugama islam itu dh memang terpesong sbb mencuri idea dari ugama lain?? so nak takut terpesong apa lagi ya?

sama2 merompak dan mencuri dari agama lain jua kan...

nasib baik lah negara maju semua dh tinggalkan ugama merapu ini... tinggal ummah miskin dunia ketiga... hidung kembang.. ekonomi merundum sahaja yg masih memilih utk berpegang pada ugama ini...

akak tak kisah pun... sbb bumi ini pandai buat natural selection... dia akan hapuskan mana yg tak mampu nak adapt zaman semasa...

bg peluang utk mereka berpegang lg pada ugama kuno ini.. kalau tk mampu adapt fahaman baru pandai2 la bumi buat natural selection

lgpun ugama lama seperti babylonian itu pun bertahan lebih 10,000 tahun...

tgk la berapa lama lg blh bertahan... takat baru 2000 - 3000 tahun je pun ugama samawi ini ujud... blh kira pakai mulut je...

tunggu la 10,000 tahun lebih lg.. tgk manusia berpegang pada ajaran apa pula...
Quote misc 4-1-2019 02:35 PM
apa problemnya..bukan convert pun kalau setakat gi attend event kat church.
Aku biasa je gi church visit org mati. Tak menjadikan aku kristian pun.
Quote metalava 4-1-2019 02:37 PM
pengantin nak barakah doa rakan2 muslim dia la tu

Quote buragazz 4-1-2019 02:50 PM
Aku pun pernah jadi jurufoto member Hindu buat house warming.. siap ada upacara2 dia la.. tapi sebelum aku pergi aku tanya dulu ustat.. adalah dia bagi advise..
Quote Zeatyisaac 4-1-2019 03:02 PM
misc replied at 4-1-2019 02:35 PM
apa problemnya..bukan convert pun kalau setakat gi attend event kat church.
Aku biasa je gi church  ...

Samalah, I pun selalu pergi atas nama sahabat, baik kerana perkahwinan mahupun kematian. Kalau kenduri kahwin pun, kat manjung dulu my good friend an indian, ayah dia ambik catering muslim. Ayah dia exnavy, so ramai kawan muslim.
Quote PristineOne 4-1-2019 03:03 PM
SissySembah replied at 4-1-2019 02:34 PM
kejap... saya sudah tidak paham sekali sama ugama samawi ini??
mengapit sah2 la tiada masalah bkn?. ...

Sistur.... Pertama. Tolong baca buku tentang Islam .. Kristianiti dan Nasrani...Fahami apa itu Injil ( Old dan New testament) ..kaji apa itu kitab suci Al Quran..dan kitab taurat.

Tiada istilah curi mencuri ritual antara ugama.. Baca buku dan fahami dulu ketiga tiga ugama ini baru beri komen dan akan paham kenapa tiada istilah CURI ritual dalam konteks 3 agama ini.

Cuba sistur fikirkan...... ambik part ini saja...Kenapa ke tiga tiga agama ini mempercayai nabi yang sama?
Abraham...David..Issac...Solomon....Jesus??  Juga dalam Injil Old Testament dan Taurat menyatakan akan adanya nabi terakhir...Muhamad SAW?
Go baca buku dan kaji..... very intetesting.

One more... Do you know Pengerusi PLO yg juga Presiden Arab Palestin yang beragama Islam ..isterinya Soha Nair adalah Arab Kristian Ortodoks? Mereka berkahwin berpuluh tahun tanpa Soha Nair perlu bertukar ke ugama Islam... Cuba kaji kenapa??....Very Interesting...baca la buku

Quote zulka 4-1-2019 03:04 PM
org luar memang susah sket nak faham dgn budaya unik dari borneo ni...hanya org2 borneo saja yg memahami.....takyah org lain la amik contoh, family sy sendiri ada 4 jenis agama, time2 perayaan atau ada family event ok je bekumpul 1 bumbung...   
Quote zulka 4-1-2019 03:10 PM
PristineOne replied at 4-1-2019 03:03 PM
Sistur.... Pertama. Tolong baca buku tentang Islam .. Kristianiti dan Nasrani...Fahami apa itu Inj ...

betul...agama asal sy kristian sevent day adventist..
lepas convert to muslim dan mendalami islam, terdapat byk persamaan dari sejarah2 nabi...almost 80% kot persamaan...
Quote Atata 4-1-2019 03:11 PM
Tak kesah pun sbb mmg mcm tu kita kat Borneo. tp kesah bab kissing tu. Euww? Tu bukan budaya org Borneo, tu budaya western kissing2 dlm chruch padahal baru nikah. Nak first kissing ni punyala gementar, dorg bleh plak selamba buat depan kawan sambing posing2. Mcm biasa buat jee dek
Quote SissySembah 4-1-2019 03:11 PM
PristineOne replied at 4-1-2019 07:03 AM
Sistur.... Pertama. Tolong baca buku tentang Islam .. Kristianiti dan Nasrani...Fahami apa itu Inj ...

nice one sisturr...
blh la akak cuba membaca buku itu... sbb akak mmg suka membaca...

walaupun u know ugama2 ini hanya rekaan manusia... utk kepentingan diri mereka nk dptkan pengikut...
but it's a good thing utk saja2 baca nk tgk la why di adapt from other religion to other religion...
sementara sempat baca ni baca lah dulu tentang ajaran mereka...

sbb 10,000 tahun lebih lagi takut hilang pula ajaran mereka mcm ajaran ugama babylonian itu...
lgpun ugama samawi ini baru ujud 3000 tahun... boleh kira pakai mulut je...

Quote noor2 4-1-2019 03:17 PM
Cantik2 nya muka depa. ....
Quote Orgkgdukobesi 4-1-2019 03:17 PM
Keharmonian antara kaum sebegini yang kita mahukan
Quote eizarz 4-1-2019 03:18 PM
kejap lagi ade la yg kena hencap..dia tak tau dlm ni ramai mulut puaka..
Quote hzln 4-1-2019 03:19 PM
Edited by hzln at 4-1-2019 03:22 PM

Kat tanah borneo bulih laaaa
Cikki2 berhijab di tanah malaya ( isle di sini lebih sebenerrr) jgn coba nak tergedik2 buat begini ya
Habih korang dicop kapir, digesa bertobat etc
Silap2 gereja tu pon dilempar bom petrol
Lebih parah siap berhimpun lagi sewa lori sewa bas puak2 toktau gapo reti jerit anti icerd jah icerd tu nate gapo dok tau pon
Quote cmf_shalom 4-1-2019 03:20 PM
Edited by cmf_shalom at 4-1-2019 03:22 PM
zulka replied at 4-1-2019 03:04 PM
org luar memang susah sket nak faham dgn budaya unik dari borneo ni...hanya org2 borneo saja yg mema ...


Hahahaha..

Perkara biasa utk ummah borneo..

Aku yg xtian ni.. Time raya pun.. Dh mcm nk sambut raya..anak buah ada islam... Time nk blk kg.. Kena la brli skit utk anak buah..

Satu benda yg aku suka psl sbh srwk ni..agama bukan satu persaingan...

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.088934 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top