CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

6 Jenazah Anggota Bomba Diberi Penghormatan Terakhir Sebelum Dikebumikan

4-10-2018 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4183| Komen: 17

Description: Jenazah enam anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam untuk diberi pengho ...

Jenazah enam anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di lombong Taman Putra Perdana, Puchong dibawa ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam untuk diberi penghormatan terakhir sebelum dikebumikan hari ini.


Kredit foto : Facebook Kamarul Mansor

Van jenazah yang membawa enam mangsa bergerak ke BBP Shah Alam kira-kira pukul 7.45 pagi diiringi ahli keluarga masing-masing dan suasana sayu menyelubungi perkarangan pada ketika itu.

Berita Harian melaporkan, semua jenazah dibawa dari Hospital Serdang selepas selesai menjalani proses bedah siasat awal pagi tadi.

Terdahulu, anggota dan beberapa pegawai bomba membaca tahlil dan surah Yassin sementara menunggu ketibaan van jenazah pagi ini.



Kredit foto: Facebook Kamarul Mansor

Antara yang kelihatan hadir termasuklah bekas Menteri Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Kerajaan Tempatan(KPKT) Tan Sri Noh Omar, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Mohd Hamdan Wahid, Ketua Setiausaha KPKT, Datuk Seri Mohammad Mantek.



Selepas solat jenazah, semua jenazah akan diberikan penghormatan terakhir sebelum dikebumikan di kampung halaman masing-masing.

Enam penyelam PPDA maut itu menjalankan operasi SAR seorang remaja yang terjatuh ke dalam lombong di Taman Putra Perdana, Puchong pada 9.15 malam kelmarin.- CARI
15

Bagus
11

Marah
22

Terkejut
13

Sedih
13

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (81 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sexyspinreturns 4-10-2018 10:53 AM
Di mana silapnye?
Quote zulka 4-10-2018 11:03 AM
arus deras tiba2 dtg, bukan arus biasa ni lebih kurang mcm water whirlpool..so peralatan menyelam semua tertanggal, safety rope terbelit belit, org kat tebing cuba sedaya upaya menarik naik, tapi apa kan daya...dah tertulis begitu akhirnya... tragis sungguh
Takziah buat keluarga...
Quote amisery 4-10-2018 11:07 AM
al fatihah
Quote Burong_Hantuk 4-10-2018 11:12 AM

Quote grouper 4-10-2018 11:17 AM
Tragedi ni kemalangan, sbb air makin deras jadi area backwash yg mcm air pusar tu makin kuat. Sblm air makin deras tu bomba2 tu mmg blh lalu area backwash tu so sop ikat tali mmg betul la. Tapi bila air makin deras area backwash kuat, air pusing makin kuat mcm dlm mesin basuh. Kat sini tragedi berlaku bila tali terikat antara satu sama lain menyebabkan diorg berbelit ditambah plak pkai vest terapung tu. Kesan air berpusar tu makin kuat la. Klau la tali sempat dipotong maybe diorg selamat...sop lepas ni maybe diver bomba akan wajib pkai pisau yg letak kat peha tu utk mana2 operasi..
Quote Yahudi_Bisex 4-10-2018 11:26 AM
Yg kau tahu hujan tu kenapa pergi menjala sampai menyusahkan keluarga abang2 bomba????
Quote saviour_09 4-10-2018 12:02 PM
so long & goodbye our fallen heroes
Quote akusukaq 4-10-2018 12:40 PM
Yahudi_Bisex replied at 4-10-2018 11:26 AM
Yg kau tahu hujan tu kenapa pergi menjala sampai menyusahkan keluarga abang2 bomba????:h ...

anak sepet boleh duduk  rumah study nak spm.  yg ko boleh plk buang masa mancing tepi lombong. dah lemas menyusahkan orang
mai luku kepala dua orang kawan mangsa yg sama mancing tu
Quote Yahudi_Bisex 4-10-2018 01:08 PM
akusukaq replied at 4-10-2018 12:40 PM
anak sepet boleh duduk  rumah study nak spm.  yg ko boleh plk buang masa mancing tepi lombong. dah ...

Lebih baik dia dok rumah main game dari nyusahkan org.

Untung boleh menang juta2 macam anak cina.
Quote moonbug 4-10-2018 02:27 PM
Fallen heroes semoga dikurniakan syurga untuk mereka
Quote monsterwife 4-10-2018 09:43 PM
Tak sanggup nak baca dan tengok gambar2 mereka lagi.akak doakan agar roh mereka semua dicucuri rahmat dan agar kebajikan keluarga mereka terjamin.
Quote monsterwife 4-10-2018 09:45 PM
Akak dari dulu lagi respect para bomba malaysia.mereka very multitasking.even kalau gaji mereka tinggi pun tak kisah kalau tengok scope kerja mereka yg memang luar.
Quote dani-rox 4-10-2018 09:50 PM
kesian dgn ahli2 keluarga yang ditinggalkan. sekelip mata jah kehilangan org tersayang.

Takziah kpd keluarga2 wira negara.
Quote belon 4-10-2018 10:09 PM
Semoga ditempatkan brsama-sama golongan org yg beriman buat ahli bomba dan  budak lelaki itu. Cara kematian adalah diluar jangkaan kita


Quote belon 4-10-2018 10:09 PM
Semoga ditempatkan brsama-sama golongan org yg beriman buat ahli bomba dan  budak lelaki itu. Cara kematian adalah diluar jangkaan kita


Quote adiwarna 4-10-2018 10:46 PM
Edited by adiwarna at 4-10-2018 10:48 PM

Semoga roh mereka dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama2 para syuhada'....


Throwback news: BH ONLINE Rabu, 21 Mac 2018

Anggota Bomba Dapat Elaun Khas RM200 Sebulan

Oleh Syed Umar Ariff; Rohaniza Idris; Meor Riduwan Meor Ahmad; Nur Lela Zulkipli; Suhael Adnan dan Siti Nur Mas Erah Amran. cnews@nstp.com.my

KUALA LUMPUR: Seramai kira-kira 13,342 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di seluruh negara akan menerima elaun khas berjumlah RM200 sebulan bermula 1 April ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, berkata elaun khas diberi kerajaan itu bagi menghargai jasa dan khidmat anggota bomba menghulurkan bantuan ketika berlaku bencana.

Beliau turut mengumumkan penambahan elaun sebanyak RM2 khusus bagi anggota bantuan bomba daripada RM6 sejam kepada RM8 sejam, manakala bagi pegawai daripada RM7.80 kepada RM9.80 berkuat kuasa tarikh sama.

"Sempena Hari Bomba yang akan disambut pada 28 April ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan permohonan elaun khas bagi menghargai jasa anggota bomba yang banyak berkorban dalam memastikan keselamatan rakyat terjamin.

"Anggota JPBM sentiasa terdedah kepada bahaya, malah berisiko kehilangan nyawa ketika menjalankan operasi menyelamat dan sebagainya, jadi pemberian elaun khas ini adalah sangat relevan," katanya ketika menggulung ucapan Menjunjung Kasih Titah Yang di-Pertuan Agong, di sini, hari ini.

Noh berkata, elaun khas berkenaan turut membabitkan implikasi kewangan kepada kerajaan sebanyak RM2.6 juta sebulan atau RM32 juta setahun.

"Elaun khas RM200 ini sudah diberikan kepada anggota polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sebelum ini.

"Mungkin elaun khas bagi JPBM kita terlepas pandang, namun sekarang peruntukan elaun khas ini sudah diluluskan untuk dinikmati semua anggota bomba," katanya.

Beliau berharap elaun khas berkenaan dapat menjadi pendorong kepada semua anggota bomba berkhidmat dengan lebih cemerlang, sekali gus meningkatkan mutu kerja dan produktiviti pada masa depan.
Quote jalfa 4-10-2018 10:58 PM
Noh omar pon turun pg td masa smbahyang jenazah kat b.bomba salam...3 bujang 3' dah kawen..anak kecik kecik lg...harap dpt pembelaan spt wira lahad datu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.065697 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top