CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Saksi Dakwa Dapat 'Petunjuk' Zulfarhan Curi Komputer Riba

17-5-2018 01:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12500| Komen: 43

Description: Bapa kepada tertuduh ke-18 kes pembunuhan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain mendakwa dia mendapat petunjuk mengatakan mengatakan mangsa mencuri sebuah komp ...
Bapa kepada tertuduh ke-18 kes pembunuhan Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain mendakwa dia mendapat petunjuk mengatakan mengatakan mangsa mencuri sebuah komputer riba.



Foto: SCMP

BERNAMA melaporkan, Abdullah Md Seh, 56, yang juga pengamal perubatan Islam berkata, petunjuk itu diperolehi selepas mengadakan Solat Hajat dan Solat Istikharah bagi membantu pelajar UPNM mencari individu bertanggungjawab mencuri komputer riba yang dikatakan hilang tersebut.

“Petunjuk datang dari gerak hati, nampak nama. Saya ada guna ‘barang’ jugak. Nama (Zulfarhan Osman) nampak, timbul pada pandangan saya,” kata bapa kepada Muhamad Ashraf.


Abdullah memberitahu perkara itu pada prosiding perbicaraan hari ketujuh kes, yang berlangsung semalam.

Menurutnya, dia dihubungi seorang penuntut UPNM meminta pandangannya berhubung kes kecurian komputer riba di UPNM dan memberikan senarai nama individu disyaki terbabit.

Abdullah kemudian mencatit senarai nama itu sebelum melakukan solat hajat dan solat sunat istikharah.

“Saya tulis nama itu dalam kertas. Kertas tu dah tak ada dah, sebab benda ni dah lama, saya tak simpan. Jadi salah seorang daripada (senarai nama) tu ada petunjuk mengatakan dia mencuri, tetapi tidak ada bukti,” katanya.

Abdullah memberi nama berkenaan kepada anaknya kerana tidak mempunyai nombor telefon pemanggil selain dimaklumkan pemanggil adalah rakan kepada anaknya. 

Dia bagaimanapun menasihati anak dan rakan-rakannya supaya menyelesaikan perkara itu dengan baik kerana tiada bukti kukuh.

Sementara itu, saksi ke 14, Sarjan Mohd. Tarmizi Saad mendakwa menemui sekeping nota diselitkan di pagar hadapan pusat perubatan itu pada 23 Mei tahun lalu, berbunyi:

"Lalau ada hati perasaan, ada sifat perikemanusiaan, saya minta sangat-sangat 
pergi ambush bilik 4-10, blok Satria (depan masjid). 
Dalam tu, ada pesakit yang sangat-sangat 
perlukan rawatan segera. SEGERA!!!. - hamba Allah."

Saksi yang bertugas di Pusat Perubatan UPNM itu kemudian menyerahkan nota berkenaan jurulatih bertugas, Kapten Haryani Hassan, 34, untuk tindakan lanjut. - CARI
4

Bagus
7

Marah
6

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SitiRopeah 17-5-2018 09:08 AM
kalau dah ada, mohon katup jela thread ni ye.
kebetulan terjumpa berita ni tadi.
Quote monkaS 17-5-2018 09:33 AM
kalau ye pun nak tuduh jangan la sampai dera untuk dpt pengakuan
harap2 benda yang sama tak jadi kat najib
Quote Modngengade 17-5-2018 09:54 AM
monkaS replied at 17-5-2018 01:33 AM
kalau ye pun nak tuduh jangan la sampai dera untuk dpt pengakuan
harap2 benda yang sama tak jadi ka ...

masihkah ada cinta pada BangPit?

Quote monkaS 17-5-2018 10:04 AM
Modngengade replied at 17-5-2018 09:54 AM
masihkah ada cinta pada BangPit?

ada apa dengan cinta?

Quote Victorioussss 17-5-2018 02:38 PM
Pengamal perubatan Islam tapi mengaku gunakan 'barang'

I cant brain this!
Kalu kau betul, kau xkn pakai ape2 'barang' laa..

Pakcik, mohon lepas ni buat solat nak tgk mcm mana keadaan pakcik dlm neraka, sbb fitnah orang smpai terbunuh sedangkan pakcik dah bole tau ape akibat perbuatan pakcik


Orang yang jalan Islam betul2, dia XKAN BAGITAU SIAPA PELAKUNYA! Hanya ckp brg kat mana dan konfermkan sama ada dicuri atau lalai salah sendiri. Tapi sekali2 xkn mention siapa yang buat sebab dia tau apa akan jadi.
Quote Owlknight 17-5-2018 03:06 PM
Victorioussss replied at 17-5-2018 02:38 PM
Pengamal perubatan Islam tapi mengaku gunakan 'barang'

I cant brain this!

Bapak sialan begini seharusnya buat solat istikharah untuk check anak dia akan ke neraka atau tidak. Mudah2an anak pakcik dan kawan2 nya kena penjara dan gelap masa depan. Amiin.
Quote mummy75 17-5-2018 03:19 PM
lama dah x follow kes arwah paan ni...rumah lama dah bersawang kot..moga keadilan ditegakkan
Quote alinone78 17-5-2018 03:22 PM
Pakcik owhhh pokcik
Hebat ilmu pokchik sampai jumpa nama arwah ye

selalunya kan pokchik
pengamal yang baik hanya bagitau je barang kat mana

dia takkan bagitau siapa yang ambil
Quote Sazida 17-5-2018 04:11 PM
Bodohnya pengamal perubatan islam tu. Sebelum kau jampi2 tu dorang2 tu dh tibai arwah mcm kain buruk dah. Logik akal la weih, kalau aku curi, dh kena tibai mcm tu terang2 aku mengaku dah.., ni arwah sampai mati tak mengaku dia curi, takkan nk tuduh curi lg?
Quote monkaS 17-5-2018 04:19 PM
Sazida replied at 17-5-2018 04:11 PM
Bodohnya pengamal perubatan islam tu. Sebelum kau jampi2 tu dorang2 tu dh tibai arwah mcm kain buruk ...

teringat case navy mati kena dera kat base lumut tu
kesian baru kahwin anak kecik lagi

Quote iloveselangor 17-5-2018 04:23 PM
Semoga Allah pupuskan cepat bangsa karut marut ni.
Quote jazaa100 17-5-2018 04:27 PM
Guna nama pengamal perubatan islam....

Cilako lah kau....
Quote onexox97 17-5-2018 04:45 PM
dah tu solat hajat jugak la supaya ditunjukkan macamana bunuh tu berlaku sampai mati
Quote HujanBatuTiga 17-5-2018 04:48 PM
Ingatkan nama arwah tiba2 muncul rupanya dh diberitahu senarai nama2 suspek.
Pengamal perubatan yg genuine takkan sebut nama pelaku.
Quote cHimo 17-5-2018 05:06 PM
Solat tapi pakai "barang" bomoh apa jenis tuh?
Quote awekjepun 17-5-2018 05:48 PM
Ini la pyebab kes ni..xpasal2 hilang 1 nyawa
Quote sonatalady 17-5-2018 05:57 PM
Mana anak x perangai mcm tu..tgk bapa dia mcm mana.
Patut anak sanggup buat keja mcm tu
Quote mirandanicky1 17-5-2018 08:16 PM
Nonsense. Semua yg bersubahat pakat jawablah kt sana nanti
Quote edee_91 17-5-2018 08:22 PM
statement mintak islam kena hencap sial orang ni guna. ada pulak mimpi2 dia curi bagai? kau ingat kau nabi ada mukjizat bagai? bodoh sial.

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.056991 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top