CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh Produk Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun Berjadual Termasuk Produk Vida

27-5-2017 02:26 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 20311| Komen: 168

Description: Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pengumuman terdapat sebanyak 7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual.
Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang berada dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia membuat pengumuman terdapat sebanyak 7 produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual, ini termasuk krim penjagaan kecantikan kulit yang dijual oleh pengasas Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Vida iaitu Qu Gebu AP Krim.



sumber: Kenyataan KKM

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan, enam lagi produk kosmetik yang lain adalah  Ezzuriche Wellness; Glowing Speed Gold Day Cream, Glowing Speed Gold Night Cream (Babiez Glow Skincare), Nour Ain Night Cream (Elsuhaz (M) Sdn. Bhd.) dan Royal Expert Whitening Cream (Ortus Experts Cosmetics Sdn. Bhd.).



Berdasarkan kenyataan,  produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

Noor Hisham menegaskan, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya."

Beliau menasihatkan orang ramai yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik itu dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA.- CARI

11

Bagus
15

Marah
10

Terkejut
19

Sedih
7

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote susukambingbest 27-5-2017 02:37 PM
Krim siam timbng kilo mmg ada merkuri. Sbb tu brkesan kulit jd poles. Hadap la nk cntik luaran pnya pasal kan
Quote ffbeauties 27-5-2017 02:39 PM
Entah pape nama produk. Tumbuh express, tokey pon jutawan express.
Pakai pon dapat penyakit express
Quote KelisaOren 27-5-2017 03:00 PM
Produk vida ni selalu je bermasalah...kalau masih Ada yg beli Tak tau la nak cakap apa
Quote cupu 27-5-2017 03:17 PM
bila produk tu dikesan mbahaya apa tindakan gov sbnrnya?nasihat mcm tu je ke...

cer bilang brp jutawan kosmetik kilo ni dr kelantan?
vida,dynas,belezza,syma,byk lg la sbb xknl... action speak louder than words.vida sengih je bc berita ni sambil gok gok gok.

Quote bambimo 27-5-2017 03:25 PM
dia pun dh lama xpromote Qu Puteh dia..dia just promote jus pamoga dia je kan
Quote alieyrina 27-5-2017 03:32 PM
Toke juai krim tibang kilo masyukkk wey..hari2 tayang cash..so bolehka kalau kita nak repot sekian2 penjual jual menda2 mcm ni? Ka yg ada nama ternama ja kita repot?
Quote JeepersCreepers 27-5-2017 03:34 PM
KelisaOren replied at 27-5-2017 03:00 PM
Produk vida ni selalu je bermasalah...kalau masih Ada yg beli Tak tau la nak cakap apa

Produk vida ni repack je kan? Dia xde kilang sendiri kan? Ntah dr mana dtgnya produk tu  
Quote batmana 27-5-2017 03:42 PM
kalau putihkn kulit ni bagus
pesal produk2 ni gagal di jual kt afrika?
langsung tarak produk cmni kt sana.

bole jadi billionaire apa produk putihkn kulit ni

nmpknya org afrika lagi bersyukur dari org sini.
Quote reddots 27-5-2017 04:01 PM
Latest dr MoH brunei, product dr AG Beauty by Aura Gorgeous - night cream dan Dolly Pinky SkincareThe Secret Formula For Flawless & Radiance Skin - night cream.

Tengok nama brand  mcm set2 pondan punya product..
Quote estrelle 27-5-2017 04:10 PM
Not interested pon produk2 nama yang ntahape2 ni.i prefer cari kat guardian or watson.
Quote jazaa100 27-5-2017 04:12 PM
Royal expert tu kan produk dari pakistan....knp ada sdn bhd pulak...atau ni tiruan ke....


Quote cheergirlz 27-5-2017 04:26 PM
dh cantik..tp x cnfidence so nk cantik lg..haaa kn dh kna..
Quote tripleid 27-5-2017 04:32 PM
Pakai krim pprt Fair n Lovely je lah sis.tx smpai rm10 pn sebotol,selamat pn selamat..
Quote CardiGans85 27-5-2017 04:42 PM
Pakai garnier saje.d yakini n bkesan..tp xde la sampai flawless cam putih telur tu
Quote sakurazura 27-5-2017 04:52 PM
chuols.. ade kat sini yg boleh bantu tak. meols selalu naik whitehead n pimple kat muke. meols cuci je muke satu hari 3 or 4 kali dgn pencuci muke. makeup brush pon meols cuci selalu. after heavy make up meols akan cuci betul2 n pakai masker semua. meols x pakai ape2 products pemutih or ape2. cume pakai moisturizer je. tp kulit masih xbebas jerawat n beparut. boleh suggest x ape2 yg boleh meols buat?
Quote b_n_c 27-5-2017 05:11 PM
sakurazura replied at 27-5-2017 04:52 PM
chuols.. ade kat sini yg boleh bantu tak. meols selalu naik whitehead n pimple kat muke. meols cuci  ...

sebabkan xde org reply, meh nak try jwb..

rsnya ramai yg jadikan cuka apple as toner..

cuka epal tu beli yg jenis berkeladak kot,x pasti blh guna yg jernih ke x..

cmpur dgn air ckit..

ltk dlm botol, jadikan toner siang dan mlm..

hr tu ada fomlrumner mn tah bgtau sy dlm thread kes produk beracun mck ni jgk la.
Quote epis 27-5-2017 05:12 PM
Nape disebut racun berjadual?
Quote cmf_premierleag 27-5-2017 05:13 PM
Akak lg selesa pakai produk buatan yahudi nasrani kafirun laknatullah spt bioessence bird nest + collagen ..dulu akak pakai Olay .. Saja tukar selera
Quote Pixie902 27-5-2017 05:19 PM
Edited by Pixie902 at 27-5-2017 05:22 PM

Kenapa tak pernah dengar KKM dakwa pengeluar/pengedar produk beracun ni? (correct me if i'm wrong)...Balik2 pengeluar/pengedar diminta menghentikan jualan.
Balik2 pengguna yang diminta berhenti membeli.  
Tapi by then the damage has been done.  
Kalau pengeluar/pengedar ni dikenakan tindakan tegas seperti denda yang tinggi dan penjara, agaknya baru ada akal sikit dan tak fikir nak buat untung tinggi je.
Ni dah kaut untung berjuta, tiada tindakan so they will keep on doing it with other products...
In the end, pengguna yang dah sakit tu sapa yang tanggung? Most probably kerajaan la sebab yang beli produk2 ni pun mostly low to middle income yang mostly dapatkan rawatan di hospital kerajaan akibat kegagalan buah pinggang dsb...
Kerajaan pulak guna taxpayers' money nak provide kos rawatan...so in the end we the taxpayers have to foot the bills...
Geram pulak dengan pengusaha kosmetik yang hanya fikir keuntungan dan pentingkan diri sendiri je...

Kaya atas kesusahan orang lain...

Lihat semua komen(168)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:53 PM GMT+8 , Processed in 0.062588 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top