CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Krim Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun

10-11-2014 04:13 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8597| Komen: 41

Description: Noor Hisham Berkata, Kementeriannya Juga Akan Memanggil Balik Kesemua Stok Produk Itu Dari Pasaran Dalam Tempoh 72 Jam, Pemilikan Produk Itu Juga Melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah Dan Kosmet ...
Krim Kosmetik Dikesan Mengandungi Racun


KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan menasihati orang ramai agar tidak membeli dan menggunakan produk kosmetik SF Protect and Perfect Day Cream yang dikesan mengandungi racun berjadual logam berat merkuri yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

   
Dalam kenyataan hari ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk tersebut tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia dan syarikat yang bertanggungjawab ke atas notifikasi produk itu perlu berhenti menjual serta membekalkannya serta-merta.
   
Katanya, produk yang mengandungi merkuri digunakan untuk tujuan mencerahkan kulit dan rawatan antipenuaan yang boleh memberi kesan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf, juga merbahaya kepada orang sekeliling yang terdedah kepada bahan itu.
   
Noor Hisham berkata, kementeriannya juga akan memanggil balik kesemua stok produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam, pemilikan produk itu juga melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan jika didapati bersalah, boleh dihukum maksimum tiga tahun penjara dan denda RM25,000 atau kedua-duanya.
   
Selain itu katanya syarikat yang didapati bersalah melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
   
Pengguna dinasihati untuk menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78018496/586 atau 03-78835532 jika mengalami sebarang kesan sampingan akibat penggunaan produk-produk kosmetik. 

4

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote funnyTONE 7-11-2014 10:42 PM
dekat insta tu bersepah2 testimoni produk pemutih ni..sampai ada untuk baby sekali...
kt pala otak dh set putih tu cantik.
blakang ari pe jd lantak la
Quote soslaili 7-11-2014 10:56 PM
yang omputeh sibuk gi panggang body bwh matahari.
yang kat sini pula nak putih gebu.

btw, baik pula bagitau jenama. kan, senang.
Quote alieyrina 7-11-2014 10:57 PM
Tepekla gambaq nya..x penah dgq pun kosmetik ni..
Quote Blueberri 7-11-2014 10:59 PM
tak popular pun...
Quote makneng 7-11-2014 11:16 PM
nak sangat mengubah kejadian tuhan...ni mkn dia!!
Quote FOTHER-MUCKER 7-11-2014 11:20 PM
Dunia dunia, yang puteh nak hitam, yang hitam nak puteh macam kat Africa dan India sana habis kulit rosak kena bleached. Takut tengok.
Quote miu84 7-11-2014 11:22 PM
mmg trend skg ni kan makan / minum supplement yg boleh putihkn kulit. omg. x pyh nk putih bagai dek non. ko jg kebersihan, deodoran jgn lupa pakai, pastikan pakaian kemas dan kaki tak berkerak, hah, gojeslah ngkau.
Quote Al-Patih 8-11-2014 06:20 AM
syndrome micheal jakson ......
Quote andry6979 8-11-2014 01:50 PM
Quote mattzzx 8-11-2014 01:56 PM
Ramai orang nak cantik dan lawa dengan cepat sekrang ni...
Quote chazey 8-11-2014 02:00 PM
soslaili posted on 7-11-2014 10:56 PM
yang omputeh sibuk gi panggang body bwh matahari.
yang kat sini pula nak putih gebu.

SF Beauty ye?

Dulu2 pernah beli dari forumner sekali sebab terpengaruh dengan testimoni. Pakai kejap jah pastu stop sebab naik jerawat ke muka.

Satu-satunya produk beracun yang aku iktiraf adalah Tabitha. Kalau takda hidrokuinon pabenda tu, kompem aku pakai sampai sekarang. Cantik jah kulit bila pakai.
Quote Decaffeinated 8-11-2014 02:56 PM
tak minat putih....

paling tasty sawo matang....

sekian...

Quote noor2 8-11-2014 03:08 PM
Decaffeinated posted on 8-11-2014 02:56 PM
tak minat putih....

paling tasty sawo matang....

decaff ni tasty kat perempuan ke lelaki...
Quote Decaffeinated 8-11-2014 05:50 PM
noor2 posted on 8-11-2014 03:08 PM
decaff ni tasty kat perempuan ke lelaki...

tasty kat noor boleh?... eh... noor ni lelaki ka pompuan....

motif interview mcm nak buat menantu uols.... koser mak taw....

lariiikkk.....


Quote nagapompuan 8-11-2014 06:07 PM
Udah berkerak, maunya putih. Hairan haku. Tak blajo ker masa skolah? Mercury, segala bahan ni, bawa bahana utk kesihatan. Ader internet ujung jari, tak gheti nak google ker?
Quote mekmalu 8-11-2014 06:22 PM
x payah la pakai produk2 pemutih ni sumer... mengarut ja
yg penting jaga kulit biar bersih, x bertompok2 dan berjerawat udah..
Quote monreyes 8-11-2014 06:39 PM
pakai masker utk elakkan jeragat dah...
semacam je tengok org putihkan kulit guna kosmetik2 nih...
nampak terik and pink gteww
Quote Kittie 8-11-2014 06:46 PM
Skrg nih byk nama kosmetik & beauty care yg tak pernah dgr. Better la beli yg dah pemes kat Watson or Guardian, murah pun murah salunya dr yg beli dr agen atau stokis nih kan?
Quote noor2 8-11-2014 07:24 PM
Decaffeinated posted on 8-11-2014 05:50 PM
tasty kat noor boleh?... eh... noor ni lelaki ka pompuan....

motif interview mcm nak buat me ...

dah nama noor...tentula pompuan..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 10:39 PM GMT+8 , Processed in 0.068163 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top