CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

3 produk kosmetik mengandungi racun berjadual

18-7-2013 04:29 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7953| Komen: 11

Description: KUALA LUMPUR 18 Julai - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan ...
KUALA LUMPUR 18 Julai - Kementerian Kesihatan menasihatkan orang awam supaya mengelak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual tretinoin, asid azelaik dan merkuri.

Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk tersebut ialah Aveana Night Revival Cream yang mengandungi tretinoin, Blemished Skin Ampoules (asid azelaik) dan Golden Horse B&W Cream-GH902-1 (merkuri).

Beliau berkata, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Asid azelaik yang digunakan untuk merawat masalah jerawat dan 'rosacea' iaitu keadaan kronik di mana muka menjadi merah di kawasan dahi, hidung dan pipi hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Pengunaan asid azelaik tanpa pengawasan boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu mengalami rasa terbakar, pedih dan kemerahan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau juga berkata, produk yang dicampur dengan merkuri untuk mencerahkan kulit dan antipenuaan seperti masalah jeragat, kulit tidak sekata dan kedutan adalah tidak dibenarkan dan boleh memudaratkan kesihatan.

"Merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau belum dilahirkan," katanya.

Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutama kanak-kanak apabila produk itu disapu pada kulit meruap dan dihidu.

"Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.

Eisah berkata, syarikat bertanggungjawab ke atas produk berkenaan telah diarahkan untuk menghentikan penjualan dan pembekalan dengan serta merta dan memanggil balik produk tersebut daripada pasaran dalam tempoh 72 jam.

Justeru, katanya, penjual yang mempunyai stok produk itu dinasihati menghentikan penjualan dan pengedaran kerana pemilikan produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama, dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Sementara syarikat pula boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya, katanya.

Pengguna dinasihatkan menghubungi Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) di talian 03-78835532 atau 03-78835534 jika mengalami sebarang kesan sampingan atau kesan buruk akibat penggunaan produk kosmetik. 

9

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
7

Sedih
17

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (59 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote leylapple 18-7-2013 03:47 PM
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Datuk Eisah A. Rahman berkata, produk tersebut ialah Aveana Night Revival Cream yang mengandungi tretinoin, Blemished Skin Ampoules (asid azelaik) dan Golden Horse B&W Cream-GH902-1 (merkuri).


tak penah tau pun produk nie??
Quote batman_2007 18-7-2013 03:49 PM
Aveana??? Haha

Yg dnavechee kan??
Bukn mAin pengasas dia kn. alih2 gini jew. Dh la mahal nk mampossss
Quote dani-rox 18-7-2013 03:52 PM

Aveana Night Revival Cream


Blemished Skin Ampoules


Golden Horse B&W Cream

betul ke produk2 ni semua
Quote pakwetizzaqyah 18-7-2013 05:55 PM
beracun tak pe...jangan ada lemak babey mahopon jelaten babey...tak gitu wahai PPIM ku sayang?
Quote meya 18-7-2013 07:29 PM
Alahai pada awal tu macamana boleh terlepas?

Quote voiletiris 18-7-2013 07:34 PM
tu sebab aku takut bebenar nak guna cream yg kekonon nya memutihkan kulit dlm masa dua tiga mingu mcmtu..bagia ku yg tak seberapa arif tentang cosmetic ni.kalau aku baca betapa mujarab  dan bekesan sesuatu produk tu..semangkin tu lah aku takut nak guna.
Quote shernazz 18-7-2013 07:57 PM
skang sume nak puteh
x tau ke puteh lagi payah woo..
nak mengadap jeragat, bintik hitam....
adoi la uols ni..
Quote bianglala 18-7-2013 07:59 PM
macam-macam sangat produk kosmetik sekarang ni, pandai-pandailah pilih.
Quote olaklempit 18-7-2013 08:49 PM
produk kulit beracun boleh sebabkan kanser juga kalau tak silap

lagi satu nak share
ubat kulit boleh tukar jadi perosak juga
macam my mom, kulit gatal2, pakai macam2 jenis ubat kulit
ntah yg mana satu tak ok, kulit bertukar putih macam albino, syukur kat tangan sikit dan kat leher je sikit
jadi kat mana disapu je

macam my jiran pulak kulit muka habis bertukar putih sopak

takutlah nak beli produk pemutih bagai
biarlah jeragat keluar sikit2, biar kelabu asap jangan sopak sudah
Quote girly.. 19-7-2013 11:00 AM
girly pon x berani nk pakai produk pemutih nih... mmg tgk testi semua gempaks. tp x berani lah..

lagi elok kulit ku skrg nih.... wpon kaler nescafe susu tp bak kata sang swami sejuk mata memandang.
Quote fara7351 24-3-2017 12:57 PM
girly.. replied at 19-7-2013 11:00 AM
girly pon x berani nk pakai produk pemutih nih... mmg tgk testi semua gempaks. tp x berani lah..

...

wahh nescafe susu kira gebu lagi tu.. hehehe
saya neslo pekat dah taraf ni.. tapi syukurrrrr...
guna safi je . tu pon pelembap, tak pakai krim.. ehhehe

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.049888 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top