CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tujuh Produk Kosmetik Diharamkan Berkuat Kuasa Serta-Merta : KKM

13-10-2017 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 27390| Komen: 295

Description: Berikutan dikesan mengandungi racun hidrokuinon, tretinoin dan merkuri, tujuh produk kosmetik yang berada di pasaran diharamkan dan dibatalkan pengedarannya berkuat kuasa serta-merta.

sumber : Berita Harian 


Berikutan dikesan mengandungi racun hidrokuinon, tretinoin dan merkuri, tujuh produk kosmetik yang berada di pasaran diharamkan dan dibatalkan pengedarannya berkuat kuasa serta-merta. 

Memetik laporan Berita Harian, arahan tersebut dikeluarkan menerusi satu kenyataan oleh Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) hari ini. 

Antara jenama produk yang diharamkan termasuk :

1. D'Solve Plus, Nuriz Kosmetik (mengandungi hidrokuinon dan tretinoin)

2. Krim pemutih 3 dalam 1, Nuriz Kosmetik

3. Penyegar wajah Cantiqa, Pusratu Global Academy (hidrokuinon)


4. Penyegar wajah Rzac Platinum, R-ZAC Sdn Bhd (hidrokuinon).

5. Magic Cream, Malia Mellia (merkuri)

6. Krim siang Dnars, Onew Cosmetics (merkuri)

7. Krim malam Dollys Pinky, Legacy Jaya Enterprise (merkuri).

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengingatkan sekiranya penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut masih dijalankan, penjual terbabit dianggap melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Mereka yang melakukan kesalahan mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984, boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama."

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya." 

Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang menggunakan tujuh produk kosmetik itu dinasihatkan menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat pakar kesihatan jika mengalami ketidakselesaan atau kesan buruk.

Sementara itu, orang ramai boleh mengajukan pertanyaan berkaitan produk kosmetik kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400.- CARI

sumber : Berita Harian
sumber : Berita Harian
sumber : Berita Harian
sumber : Berita Harian
sumber : Berita Harian
sumber : Berita Harian


19

Bagus
18

Marah
32

Terkejut
18

Sedih
15

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (129 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote raradhia 13-10-2017 11:31 AM
mmg iols xnak beli dah produk mcm ni, takut. .dlu pernah try dnars, muka first bagus licin lama2 naik jerawat. .lepas tu dah taubat xnak beli dah, beli yg dekat watsons/guardian ja. .
Quote dodolgemok 13-10-2017 11:37 AM
Produk smpah timbang kilo mmg sebegitu. Hadap sgat nk beli kayakan puak2 tu watpe? Cashlah!
Quote krustykrab 13-10-2017 11:37 AM
elok la KKM cepat2 haramkn produk timbang kilo ni....

nnt ada pulak yg komen:
nak jatuhkan biz org islam, dengki sesama melayu, tak blh tgk melayu maju
Quote aHoi83 13-10-2017 11:38 AM
Kenapa produc2 ni tk di saring dulu sblm dijual ye? Mcm mudah sgt nk dijual. Sah2 bende timbang kilo tu diimport masuk ke malaysia. Mcm mana bole terlepas masuk di awalnya.
Quote samasam90 13-10-2017 11:43 AM
selayaknya la kan.. belum kira lagi akan fefelin cosmetic tycoon tu.. seb baik baik duit boleh suap
Quote prettyuglybabe 13-10-2017 11:45 AM
nanti kang founder mula la kata itu produk tiruan..
yang asli adalah selamat
Quote makton 13-10-2017 11:46 AM
baik pakai safi jee
Quote Artemesiaa 13-10-2017 11:47 AM
Baguslah dah didedahkan jenama berserta gambarnya sekali supaya pengguna tak tertipu lagi dengan iklan product timbang kilo ni
Quote intan_smsb 13-10-2017 11:51 AM
aritu ade nmpk dlm fb
cara2 packing produk timbang
Quote palmolive 13-10-2017 11:56 AM
haram kt sini..tp kt fb still lg org duk suruh pm...
serupalah mcm jual pendrive yg ada mcm cerita dlm tu...nak nmpak mulia jual himpunan doa
Quote kikuri 13-10-2017 11:56 AM
dah la timbang kilo.. harga pulak merapu mahal nak matik... manalah tokey tak kaya raya
Quote rosevelvet 13-10-2017 12:01 PM
Rakyat msia ni obsess sgt ngan kecantikan. Walaupun usahawan kosmetik tumbuh mcm cendawan, ttp dorang boleh hidup kaya raya dr hasil jualan
Quote eyeNa07 13-10-2017 12:15 PM
isk..tgk packaging pon mcm was-was nk beli...mesti takde tulis ingredient kat botol tu
Quote Kittie 13-10-2017 12:15 PM
Dah la mahal gedabak. Kalu local patut leh jual murah mcm Good Virtues tu. Even 2 thn R&D (Citychemo Manufacturing Sdn. Bhd.) pun still leh jual murah, ada jual kat Watsons, siap dh leh tembus pasaran Singapore, Indonesia, US, UK, Belanda, Maldives bagai dlm masa 3 thn. Malaysia ramai chemists, pharmacists, dermatologists yg bagus2 kot. Ni tak, semernya nk ikut jln mudah. Last2 Cina yg hired muslim chemists, pharmacists, dermatologists buat produk selamat dan halal. Founder Melayu? Timbang kilo kan hader.
Quote Buritan 13-10-2017 12:17 PM
krustykrab replied at 13-10-2017 11:37 AM
elok la KKM cepat2 haramkn produk timbang kilo ni....

nnt ada pulak yg komen:

Produk terlajak laris cowhite pun aku rase ade something.  Cerahkan kulit seawal 3 hari.. gilo ko.. ramai jah org beli..
Quote krustykrab 13-10-2017 12:21 PM
Kittie replied at 13-10-2017 12:15 PM
Dah la mahal gedabak. Kalu local patut leh jual murah mcm Good Virtues tu. Even 2 thn R&D (Citychemo ...

masaalh paling besar ialah consumers...kalau tak de pembeli produk timbang kilo ni takde la berlumba2 org nak jual..



Quote krustykrab 13-10-2017 12:24 PM
Buritan replied at 13-10-2017 12:17 PM
Produk terlajak laris cowhite pun aku rase ade something.  Cerahkan kulit seawal 3 hari.. gilo ko. ...

alif sukri ke?

aku tak tau sgt produk2 diorg ni sbb aku pakai neutrogena je

nak cerah sgt, alih2 bersopak muka

rasanya tak lama lagi kena la tu dgn KKM

jgn ada yg guna sentimen agama, bangsa dah la...naik semak dgr
Quote prizadane 13-10-2017 12:26 PM
adik ipar aku dulu guna TATI..cantik sangat muka dia. sekali dia stop bila KKM kata TATI contained mercury.

in 2 weeks after stop, kulit dia sangat teruk. melepuh, jeragat, jerawat halus penuh 1 muka..
kesian dia..

but still, she berani beli product timbang kilo lepas tu untuk cure muka dia...setiap seminggu try product lain..now still tak okay.

kalau aku jadi dia, beli product without paraben etc n try pakai at least a month. ni nak kesan cantik cepat..memang tak lah
Quote saladin780 13-10-2017 12:27 PM
pprt.com nya packaging masing2

Lihat semua komen(295)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.200946 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top