CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

KL, PJ Dan JB Dianggap Antara Bandaraya Paling Bahaya Di Dunia

13-10-2017 12:00 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 4991| Komen: 22

Description: Berdasarkan data yang dikumpulkan sebuah syarikat yang menilai persepsi pengguna awam setakat pertengahan 2017, ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur disenaraikan antara 30 bandar raya dunia paling bah ...

sumber : https://purplepearl.files.wordpress.com


Pada masa kini, peluang pekerjaan yang lebih tinggi mempengaruhi banyak pihak untuk meninggalkan kawasan luar bandar dan memilih penempatan di bandar bagi jaminan hidup yang lebih bagus. 

Namun begitu, beberapa kawasan bandar metropolitan di dunia turut menjadi sebahagian daripada lokasi paling berbahaya di dunia disebabkan oleh populasi penduduk yang besar sehingga mengakibatkan bilangan penguat kuasa menjadi terhad.

Oleh yang demikian, terdapat banyak bandar popular di dunia dikenal pasti sebagai lokasi paling berbahaya disebabkan oleh kadar peningkatan jenayah yang tinggi.

Memetik laporan Free Malaysia Today, berdasarkan data yang dikumpulkan sebuah syarikat yang menilai persepsi pengguna awam setakat pertengahan 2017, ibu kota Malaysia iaitu Kuala Lumpur disenaraikan antara 30 bandar raya dunia paling bahaya dari segi persepsi jenayah. 


Menurut perangkaan berdasarkan penilaian orang ramai yang dilakukan oleh laman Numbeo yang menyentuh persepsi soal jenayah, kos kehidupan, pencemaran, kesihatan, kualiti kehidupan, kesesakan lalu lintas dan hartanah, Petaling Jaya dan Johor Bahru turut disenaraikan antara 100 tempat dengan indeks jenayah paling tinggi.

Kuala Lumpur merupakan satu-satunya bandar raya di Asia Tenggara yang ditempatkan di tangga ke-29 dengan indeks jenayah dicatatkan 68.31. 

Rata-rata bandar raya dunia yang mencatatkan indeks jenayah paling tinggi terletak di Amerika Selatan, Afrika dan beberapa bandar raya di Amerika Syarikat.

Sepuluh bandar raya dengan indeks jenayah paling tinggi menurut penilaian pengguna ialah San Pedro Sula di Honduras dengan catatan 84.88, diikuti Port Moresby (Papua New Guinea), Pietermaritzburg (Afrika Selatan), Caracas (Venezuela), Fortaleza (Brazil), Salvador (Brazil), Johannesburg (Afrika Selatan), Durban (Afrika Selatan), Pretoria (Afrika Selatan) dan Recife (Brazil).

Petaling Jaya disenaraikan pada tangga ke-40 manakala Johor Bahru di tempat 62. Dua bandar lain di Malaysia ialah Kuching (tempat ke 118) dan Pulau PInang (149).

Data Numbeo berdasarkan pengalaman dan persepsi orang ramai mengenai bandar raya serata dunia.

Menurut syarikat itu, data yang dikumpulkan tidak mewakili sebarang sumber rasmi atau dipengaruhi agensi kerajaan.

Walaupun perangkaannya tidak dianggap rasmi, ia menjadi rujukan beberapa sumber berita dalam menilai sesebuah bandar raya.- CARI


6

Bagus
3

Marah
8

Terkejut
16

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ShiningStars 13-10-2017 01:09 PM
Hopefully the authorities will do something to fix this misconception
Quote RatuDunia94 13-10-2017 04:01 PM
At least mendunia gak..
Quote cmf_blingblings 13-10-2017 04:03 PM
Tahniah PM...
Quote Megikari 13-10-2017 05:26 PM
Ajak la lagi ramai2 indon dengan bangla datang sini. Untung2 boleh naik sama level dengan amerika selatan nuuu
Quote namr 13-10-2017 05:28 PM
Tahniah..mendunia
Quote samasam90 13-10-2017 05:29 PM
tahniah piyem.. bila nak celebrate?
Quote -electrifying- 13-10-2017 05:36 PM
me duk kl dri kecil... dan sspe yg duk kl pon akan agree,
kl tidak sperti yg diwar2kan oleh media... kl sama je mcm tmpt lain... tiada beda nya dri segi kesesakan,kebersihan,jenayah, dll...
Quote chazey 13-10-2017 06:25 PM
-electrifying- replied at 13-10-2017 05:36 PM
me duk kl dri kecil... dan sspe yg duk kl pon akan agree,
kl tidak sperti yg diwar2kan oleh media.. ...

Kan? Selamat je KL jalan memalam ka suboh pagi buta ka pun. Provided jangan pakai emas satu badan or dress up menunjuk macam ko kaya sangat, jangan pakai macam pelacur lorong, jalan berteman dan paling penting jalan di tempat yang terang/ramai orang. Kalau terpaksa juga lalu back alley, jalan laju2 dan elakkan bertegur sapa dengan sesiapa pon. Sekian, tips merewang di tengah malam.
Quote sekngucing 13-10-2017 06:27 PM
selagi rumah kena taruk grill... selagi rumah kena buat pagar mcm tembok china... selagi keluar rumah kena kunci.. aku takkan consider tempat tu selamat...
Quote felinecat 13-10-2017 06:49 PM
memang betul pon. nak tunggu bas lama sikit dh cuak..
Quote kasihfree 14-10-2017 01:04 AM
Terkejut aq @EJALTI tak mungkin imposible malay adalah negara aman makmur kaya seasia tenggara
Quote Bedah.Cun 14-10-2017 01:38 AM
Kesemu bandar yg disebut tu nempunyai populasi babhu2 yang signifikan dari neraka2 seperti hindhon, bangla dan burma
Quote pulauturtle 14-10-2017 01:39 AM
Mmg tak dapat dinafikan, KL ialah sarang atau syurga utk penyamun, pencuri, peragut, perompak...
Quote DARSITA 14-10-2017 01:56 AM

JB lagi bahaya dari PJ.
Quote pulauturtle 14-10-2017 02:05 AM
Nasib baik aku tinggal di penang, alhamdullilah..
Quote FOTHER-MUCKER 14-10-2017 02:18 AM
2 hari lepas saya berada di Queensway, terjadi satu kes yang saya tidak pasti kesalahanya berpunca dari apa sebenarnya.

Ada seorang English homeless yang terlalu selekeh, saya bagi dia £1.. tapi dia minta lagi £1 dari saya..saya bagi tau kepada dia £1 cudah cukup lah sebab satu pound lagi tu saya nak beli mineral water. Kemudian kawan saya bagi tau kepada kepada saya yangmana homeless tu bercakap perfect English ehhh! Kemudian saya bagi tau kawan saya mungkin dahulu dia mempunyai pekerjaan yang bagus tetapi disebabkan financial problems ataupun kehilangan pekerjaan kini dia menjadi homeless.

Kemudian kami berjalan lagi beberapa langkah..kami ternampak lagi seorang homeless yang lebih muda sambil memegang signboard yang di buat dari kotak. Kawan saya cakap..ini lagi seorang homeless! Kemudian dalam setengah jam selepas itu ada satu kejadian ragut mungkin? Saya tak pasti! Kejadian itu berlaku di hadapan mata saya.

Dalam waktu tak sampai 10 saat ramai orang orang yang berpakaian selekeh dan tidak terurus menangkap pesalah tu dan dalam masa yang sama mereka memakai cap bertulis POLIS. BARU saya tau rupanya kebanyak homeless  yang membawa Tesco bag, Sainsbury’s bag buruk yang melepak di atas pavements, yang berjalan kehulu kehilir dan homeless di tube station itu sebenarnya adalah unmarked polis yang menyamar sebagai homeless
Quote DARSITA 14-10-2017 02:28 AM
FOTHER-MUCKER replied at 13-10-2017 10:18 AM
2 hari lepas saya berada di Queensway, terjadi satu kes yang saya tidak pasti kesalahanya berpunca d ...

PDRM kita lebih suka lepak dgn taukey judi lepak dgn ayam .. kalau belajar dari polis UK harus genjala curi kereta, rompak pukul orang di KLCC dpt dikurang/dihapuskan.

Mcm sini lah polis saja letak nice car tak berkunci yg dlm nya ada camera and tracker .. bila penjahat curi polis tangkap dan tunjuk video. Lelama orang pun tak berani nak curi kereta yang tak berkunci sebab kemungkinan kereta tsbt adalah "umpan".



Quote FOTHER-MUCKER 14-10-2017 03:25 AM
DARSITA replied at 13-10-2017 06:28 PM
PDRM kita lebih suka lepak dgn taukey judi lepak dgn ayam .. kalau belajar dari polis UK harus gen ...

Saya ada tengok kat tv keret impan tu, memang bagus dia orang buat. Kadang kadang lawak juga tengok orang yang melarikan kereta tu.
Quote Pajeri_Nenas 14-10-2017 06:08 AM
persepsi je.rakyat kita mmg pessimistic

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.058689 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top