CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Buat Pembedahan Kosmetik Seperti “Syaitan"

13-2-2014 03:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8105| Komen: 54

Description: London: Seorang Bekas Pengawal Keselamatan Sanggup Menjalani Beberapa Siri Pembedahan Kosmetik Yang Menyakitkan Untuk Menjadikannya Kelihatan Seperti “Syaitan.”
London: Seorang bekas pengawal keselamatan sanggup menjalani beberapa siri pembedahan kosmetik yang menyakitkan untuk menjadikannya kelihatan seperti “syaitan.”

Dengan imej lidah bercabang, gigi taring tajam dan tanduk di dahi, Diablo Delenfer, 43, yang berasal dari Kent, kini kelihatan seperti Lucifer yang menakutkan.

Delenfer yang menggelar dirinya ‘artis pengubahsuaian tubuh’ kini berusaha untuk memasang implan besi yang dilekatkan dengan skru pada tengkorak kepalanya bagi mendapatkan imej syaitan bertanduk yang lengkap.

Memandangkan ‘pengubahsuaian tubuh’ tidak dibenarkan undang-undang United Kingdom (UK), keseluruhan pembedahan itu dilakukannya tanpa bius.


“Semua pembedahan dilakukan dalam keadaan saya sedar sepenuhnya. Saya melihat jarum pembedahan menembusi badan saya dan ia sangat menyeksakan. Tetapi sebagai ‘Manusia Syaitan’ saya tidak boleh takut dengan kesakitan,” kata Delenfer.

Antara pembedahan yang dilakukan Delenfer yang nama sebenarnya Gavin Paslow ialah membelah lidahnya, memasukkan implan untuk membentuk tanduk dan membuat tatu pada mata putihnya untuk menjadikannya merah.

Walaupun ia amat menyakitkan, Delenfer tidak bercadang untuk berhenti melakukannya.

“Pengubahsuaian tubuh adalah cara hidup saya. Mungkin ia agak pelik tetapi inilah saya.

“ Saya memilih cara begini kerana perkara lain sudah banyak dilakukan di United Kingdom atau di Amerika Syarikat. Bagaimanapun, saya tidak membawa fahaman syaitan, ia cuma untuk keseronokan,” kata Delenfer.

Delenfer membelanjakan lebih £10,000 (RM54,673) untuk hobinya itu dan dia mengakui proses berkenaan memerlukan belanja besar.

Kos yang tinggi itu juga perlu ditanggung pembayar cukai kerana Delenfer pernah didakwa menyelewengkan RM19,419 dengan beberapa penipuan membabitkan tuntutan faedah dan dijatuhkan hukuman melakukan khidmat masyarakat selama 200 jam.

Dalam usaha merealisasikan impian melengkapkan proses itu dengan mempunyai ekor, Delenfer sudah melakukan pembedahan ke atas telinganya untuk kelihatan seperti telinga syaitan sebenar dan melukis tatu di seluruh tangan dan muka.

Dia mengaku hobinya menjejaskan hubungannya dengan masyarakat setempat.

“Ramai gadis yang tidak mahu mendekati saya.

“Saya ingin mencari seseorang yang dapat melihat lebih dari imej ini dan menerima saya dengan seadanya. Walaupun sukar, saya tidak akan berhenti mencari,” katanya.

Dia juga mengakui imejnya menjadi perhatian ramai dan mendapat reaksi berbeza.

“Saya bukan syaitan sebenar, ia hanya sekadar imej,” katanya ketika ditemui, semalam.

3

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote martiena 13-2-2014 12:50 PM
nk tgk sikit mcm mne rupe..........
Quote jengkoil 13-2-2014 12:51 PM
Bekas pengawal keselamatan..
kal keja kat airpot subang tu agak2 ada yg
Berani maki tak?

Gambo mana gambo?
Quote magnus 13-2-2014 12:53 PM
Ni terpengaruh dgn game diablo la ni..
Quote isseliparjepun 13-2-2014 12:53 PM
Quote AdsMsia 13-2-2014 12:54 PM
gambir mana wey

scam takde gambir

lalalala
Quote jengkoil 13-2-2014 12:54 PM
Slalu tengok azazil, lucifer, bahometh pakai topeng manusia je...nak jugak tgk manusia pakai topeng mereka tu camne rupa paras...
Quote skeezotone 13-2-2014 12:56 PM
Mmg ko setan ponnn:lol
Quote lavajeans 13-2-2014 12:57 PM
kokosen tuan kepada @C.K la ni...

setan semuanya..

Quote HUHA 13-2-2014 12:59 PM
takutnya.

Quote munchkin 13-2-2014 01:19 PM
dia ni ada gangguan jiwa kot
Quote biggirlduncry 13-2-2014 01:37 PM
errrr...... ari tu gi JB, bertembung ngan budak india pakai lens kaler putih..
terkejut aku..nasib tak terkencing
Quote magnus 13-2-2014 01:39 PM
biggirlduncry posted on 13-2-2014 01:37 PM
errrr...... ari tu gi JB, bertembung ngan budak india pakai lens kaler putih..
terkejut aku..nasib  ...

Tu perasan gothic kot..
Quote bambimo 13-2-2014 01:40 PM
Astaghfirullah..kegilaan apa kah ini
Quote namirulmukminin 13-2-2014 01:41 PM
isseliparjepun posted on 13-2-2014 12:53 PM

Mana dia tahu rupa setan macam ni? Penah jumpa ke?
Quote BotakChinPeng 13-2-2014 01:48 PM
Hahaha. Menyedihkan
Quote popjack 13-2-2014 01:51 PM
isseliparjepun posted on 13-2-2014 12:53 PM

haaa kau terus dia bg gmbr...
tokojut teman dibuatnyeee
Quote Artemesiaa 13-2-2014 01:58 PM
Ada masaalah kejiwaan  ni
Quote hyie 13-2-2014 02:11 PM
setan nampak dia pon boleh mati terus
Quote xtahumenahu 13-2-2014 02:12 PM
adoyai...camni nak tgk muke sendiri pon x lalu

Lihat semua komen(54)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.273350 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top