CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bahana Mahu Hidung Seperti Adam Levine

24-12-2014 03:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8777| Komen: 51

Description: Mangsa Yang Berusia 20 Tahun, Dan Bekerja Sebagai Penjaga Stor, Berhasrat Melakukan Pembedahan Setelah Mendapat Tahu Klinik Berkenaan Menjalankan Rawatan Kecantikan Termasuk Pembedahan Memancungkan Hi ...
Bahana Mahu Hidung Seperti Adam Levine

KUALA LUMPUR – [
DIKEMASKINI] Hasrat seorang remaja untuk berhidung mancung seperti penyanyi Kumpulan Maroon 5, Adam Levine, dengan melakukan pembedahan plastik membawa padah apabila mengalami komplikasi sehingga menyebabkan hidungnya senget dan besar sebelah.

Lebih malang lagi, kesan pembedahan yang dilakukan di sebuah klinik kecantikan itu, menyebabkan hidungnya menjadi sensitif dan mengalami perubahan peti suara.

Mangsa yang berusia 20 tahun, dan bekerja sebagai penjaga stor, berhasrat melakukan pembedahan setelah mendapat tahu klinik berkenaan menjalankan rawatan kecantikan termasuk pembedahan memancungkan hidung melalui satu risalah.

“Pada 16 November, saya bersama seorang kawan pergi ke klinik itu. Perunding kecantikan mencadangkan saya menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan kelopak mata, lubang hidung yang keseluruhannya berjumlah RM18,800.




“Setelah membayar jumlah terbabit menggunakan kad kredit, saya diminta menandatangani dokumen perjanjian. Selepas itu, saya dibawa ke sebuah bilik dan pembedahan terus dilakukan,” katanya.

Menurutnya, pembedahan yang berlangsung kira-kira lima jam itu, dilakukan dalam keadaan sedar dan amat menyakitkan.

“Selepas seminggu, saya dapati hidung saya senget dan lubang hidung besar sebelah,” katanya.

Justeru, beliau pergi semula ke klinik itu, malangnya doktor terbabit hanya menggunakan jari membetulkan batang hidungnya yang senget.

“Pada 15 Disember, saya pergi semula ke klinik itu dan mahu meminta ganti rugi serta menuntut kembali wang, namun klinik memberi alasan saya telah menandatangani surat perjanjian,” katanya.  

Sehubungan itu, beliau membuat dua laporan polis pada 18 dan 19 Disember, di Balai Polis Ampang serta kepada Biro Pengaduan Awam MCA untuk tindakan selanjutnya.

Mangsa turut merujuk kesnya kepada hospital kerajaan dan disahkan hidungnya tidak seimbang.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, pihaknya menerima empat aduan sepanjang tahun ini oleh individu yang tertipu setelah melakukan pembedahan plastik dengan klinik yang tidak berkelayakan.

“Dua lelaki dan dua wanita mengalami komplikasi akibat pembedahan plastik oleh klinik yang tidak berdaftar,” katanya di Wisma MCA, semalam.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya memeriksa status klinik terlebih dahulu, sama ada berdaftar dengan Kementerian Kesihatan dan Majlis Perubatan Malaysia sebelum menandatangani perjanjian.

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Knowlee 24-12-2014 11:51 AM
Hangpa dah kena teruk dgn tmpt swasta, pastu menjejeh pegi hospital kerajaan jugak. Kalau tak, kutuk habis hospital kerajaan tu.

Ai musykil penjaga stor buat plastic surgery.
Quote JohnDeSouza 24-12-2014 11:52 AM
awat x buat kat korea
Quote prettyuglybabe 24-12-2014 11:55 AM
banyaknya duit penjaga stor
stor apa yang dia jaga tu..

apa pun, kesian je la
minat sangat kat adam kot
Quote FlowerGirl 24-12-2014 11:55 AM
wow..!!keje penjaga stor tp mampu pakai kredit kad smpai rm18k..
hebat..!
Quote cik_kembong 24-12-2014 11:57 AM
bengong tol....
Quote ultra78 24-12-2014 11:58 AM
RM18,800. Gigihnya dik menyimpan duit

Quote airfilterkotor 24-12-2014 11:59 AM
Bersangka baik.
Siang jaga stor, malam meniaga DVD harem.
Itu paling cikai tu.

Kalau malam meniaga dadah, acaner...?
Quote airfilterkotor 24-12-2014 12:01 PM
Pada 16 November, saya bersama seorang kawan pergi ke klinik itu. Perunding kecantikan mencadangkan saya menjalani empat pembedahan termasuk pembedahan kelopak mata, lubang hidung yang keseluruhannya berjumlah RM18,800
Tak cukup besar ker hape....
Quote whadda 24-12-2014 12:01 PM
nak wat preparation jadi artis ke...
Quote imthegirl 24-12-2014 12:14 PM
Ngeri nya bedah semasa sedar
Pastu betul kan pakai jari
Ngilu nya
Quote kentel 24-12-2014 12:18 PM
huhuhu..jaga stor duit ke pe???masyukkkkk
Quote bellaa 24-12-2014 12:23 PM
kentel posted on 24-12-2014 12:18 PM
huhuhu..jaga stor duit ke pe???masyukkkkk

siang jadi storeboy

malam jadi kupu-kupu nak mengawan.
Quote Athrun.Zalaa 24-12-2014 12:24 PM
Dapat idung Wolverine yg sensitip thadap bau...
Tu bkn curse tp special ability...
Quote kentel 24-12-2014 12:27 PM
bellaa posted on 24-12-2014 12:23 PM
siang jadi storeboy

malam jadi kupu-kupu nak mengawan.

kupu kupu jual lobang kunyit ka
Quote airfilterkotor 24-12-2014 12:30 PM
RM18,800 buat d/p rumah lagi berbaloi.
Quote mdhelmi 24-12-2014 12:37 PM
RM18,800 budak baya camtu paling ramai akan beli motor besar
dia dah obses dgn dunia hiburan la tu
Quote mahalnya 24-12-2014 12:40 PM
duit bnyk tu baik guna utk sambung study...otak dh bkarat sgt tuh
Quote BotakChinPeng 24-12-2014 12:58 PM
Hahaha. Ummah hidung kembang tak mau terima hakikat. Lagi kena tipu
Quote Mary_jane 24-12-2014 01:11 PM
Xde picca zoom hidung tu? Tu lah gigih ubah kejadian tuhan kn dh mndapat. Smpai 18k kau lebur dik, awat xbuat kt korea?




Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 03:39 AM GMT+8 , Processed in 0.105904 second(s), 63 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top