CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tidak Pakai Topi Keledar, Mufti Wilayah Persekutuan Minta Maaf Pada Polis Dan JPJ

27-5-2017 04:40 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8419| Komen: 45|Original author: FOTHER-MUCKER


sumber : Malay Mail Online


Tidak memakai topi keledar semasa menaiki motosikal, mufti Wilayah Persekutuan meminta maaf kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Memetik laporan Mstar, permohonan maaf dibuat Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri kerana tidak mahu terperangkap dalam kesesakan jalan raya ketika dalam perjalanan ke program cerapan anak bulan di Menara Kuala Lumpur, petang kelmarin.

“Sebenarnya kami terlibat dalam program cerapan anak bulan Ramadhan di Menara Kuala Lumpur."

“Memandangkan jalan raya agak sesak dan tidak mahu menyusahkan penganjur dan kelancaran majlis dek terperangkap dalam jalanraya, keputusan diambil untuk membonceng motosikal ini,” katanya dalam kenyataan di Facebook.



Dr Zulkifli memuat naik gambarnya sedang membonceng motosikal ketika meredah kesesakan jalan raya, namun pemandunya kelihatan memakai topi keledar putih.

“Justeru kami ingin melafazkan permohonan maaf kepada pihak PDRM dan JPJ atas tindakan ini. Diharapkan tidak timbul salah faham atas tindakan yang telah dilakukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron berkata mengikut undang-undang jalan raya, seseorang itu dikecualikan memakai topi keledar atas faktor agama.

“Selagi ia dibenarkan maka bukan menjadi isu. Tiada masalah bagi mereka (memakai serban) untuk tidak memakai topi keledar, sekiranya ada kaitan dengan kepercayaan dan keagamaan."

“Kalau nak pakai topi keledar dan nak buka (serban), terpulang kepada kesedaran masing-masing sekiranya merasakan pemakaian topi keledar itu lebih selamat,” katanya.

Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975 di mana kelonggaran diberikan kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh. - CARI




18

Bagus
22

Marah
14

Terkejut
20

Sedih
14

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (99 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pyropura 27-5-2017 04:09 AM
Tak pakai helmet ni sama kesalahan nya dengan parking kereta block jalan kan
Quote Percival 27-5-2017 04:17 AM
Tapi pakai serban kan. Dalam buku jpj pengecualian bagi 1. Singh 2. Lebai
Quote ronapink 27-5-2017 06:01 AM
kalau kena saman pun bayar je la mufti
Quote batmana 27-5-2017 06:27 AM
Xde isu.
Dia pangkat mufti.bole jadi lebai,imam ka apa
Quote swimswim 27-5-2017 08:31 AM
Takpe tuan mufti, salah yg ni kena saman je.tak masuk nuraka

#jpjjanganberatsebelah
Quote jazaa100 27-5-2017 02:32 PM
Langgar undang undang maknusia buat tak berdosa kata UAI.....


Quote Maideen. 27-5-2017 03:33 PM
Forumners pon paham paham lah. Tok mufti tu dah cakap dah dia nak cepat tengok anak bulan kat KL Tower. Dia lambat kalu, mungkin berlalku kekeliruan bila ummah nak mola puasa.

Maideen~Kalaulah  Allah SWT membenerkan umat Isle menentukan tarikh mula puasa dengan melihat Kalendar Cina sahaja (yang lebih mudah dan tepat), tak payah lobai lilit sarban pakai kain sarong dan bawak teropong naik motor pi KL Tower......
Wallahualam.
Quote Mary_Vedder 27-5-2017 03:40 PM
Akhlak yang terbaik perlu dicontohi. Mufti sedar peranan beliau yg sepatutnya jadi contoh kpd masyarakat .. lantas terus buat statement mohon maaf sbb beliau sedar apa yg beliau adalah salah sblm org lain tunjukkan yg dia salah.. kalu kena tahan polis pon sure terus kena escort ke menara KL tu.. takkan di saman.
Quote pooh~key 27-5-2017 04:18 PM
Maideen. replied at 27-5-2017 03:33 PM
Forumners pon paham paham lah.  Tok mufti tu dah cakap dah dia nak cepat tengok anak bulan kat KL  ...

harap betullah heshe teropong bulan. jangan diteropongnya bawah skirt gadis sunti berumur 6 tahun sudah.
Quote Decaffeinated 27-5-2017 04:38 PM
Percival replied at 27-5-2017 04:17 AM
Tapi pakai serban kan. Dalam buku jpj pengecualian bagi 1. Singh 2. Lebai

baru nak kata.....

ada rujukan rasmi tak?....



Quote Decaffeinated 27-5-2017 04:43 PM
pyropura replied at 27-5-2017 04:09 AM
Tak pakai helmet ni sama kesalahan nya dengan parking kereta block jalan kan

tak pakai helmet ni setakat membahaya kan diri ja.... parking kereta block jalan tu menyusahkan orang lain bagi aku lagi besar kesalahannya.....

patut ko tanya sama tak 'tak pakai helmet' dengan 'tak pakai tudung' baru mencabar sikit lobai nak jawab kot?....



Quote Decaffeinated 27-5-2017 04:47 PM
Mary_Vedder replied at 27-5-2017 03:40 PM
Akhlak yang terbaik perlu dicontohi. Mufti sedar peranan beliau yg sepatutnya jadi contoh kpd masyar ...

bab ni aku setuju.....

kalau lah ada pemimpin politik yang macam ni memang kagum lah.....



Quote whitemagic 27-5-2017 04:51 PM
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:38 PM
baru nak kata.....

ada rujukan rasmi tak?....

ini jawapan jpj hari ini

http://www.themalaymailonline.co ... r-jika-rasa-selamat

JPJ: Serban boleh ganti topi keledar jika rasa selamat


Gambar yang diambil dari arah belakang menunjukkan mufti WP Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. — Foto ihsan Facebook/Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri



PETALING JAYA 27 Mei ― Pemakaian serban ketika bermotosikal bukan kesalahan kerana kelonggaran diberi atas faktor agama.
Namun, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan atas pengecualian itu, lapor mStar Online.
“Kalau nak pakai topi keledar dan nak buka (serban), terpulang kepada kesedaran masing-masing sekiranya merasakan pemakaian topi keledar itu lebih selamat,” kata Datuk Seri Nadzri Siron.
Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975, kelonggaran diberi kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh.
Mengulas permohonan maaf Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata keprihatinan terhadap aspek keselamatan jalan raya itu harus dicontohi.
Semalam, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta maaf kerana tidak memakai topi keledar bagi mengelakkan kesesakan trafik untuk menghadiri program cerapan anak bulan.
“Baguslah di atas kesedarannya,” kata Nazdri.

Quote swayne 27-5-2017 07:19 PM
Terfikir, macam maba dia decide nak naik motor tu? Tumpang halfway ke sebab kalau dari office maybe boleh pinjam je helmet staff lain.
Quote neurelle 27-5-2017 08:45 PM
Kesian pulak aku ngan mufti2 ni.. lately jd sasaran jer :zz tang dia buat ceramah agama, mengaji.. xnak pulak dgr.. benda merepek gini pulak yg org nmpk..
Quote pyropura 27-5-2017 09:00 PM
... aku tak dapat nak stomach kenapa diberikan kelonggaran pada serban aji, sebab itu bukan wajib dalam agama... at least serban Singh tu make more sense sebab diwajibkan dalam igamanya, dan lebih secure dibanding surban aji .... sedangkan hard hat kontrek pun Jpj tak bagi pakai...

https://www.legionsafety.com/images/T/bls51r_1.jpg
Quote pyropura 27-5-2017 09:01 PM
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:43 PM
tak pakai helmet ni setakat membahaya kan diri ja.... parking kereta block jalan tu menyusahkan or ...

..haha iya juga kan  
Quote ohnoLia 27-5-2017 09:02 PM
Maideen. replied at 27-5-2017 03:33 PM
Forumners pon paham paham lah.  Tok mufti tu dah cakap dah dia nak cepat tengok anak bulan kat KL  ...

Akkhlak mufti itu sgt2 tinggi dan mengkagumkan..

Jauh bezakan dgn uncle meden  
Quote pyropura 27-5-2017 09:15 PM
Decaffeinated replied at 27-5-2017 04:43 PM
tak pakai helmet ni setakat membahaya kan diri ja.... parking kereta block jalan tu menyusahkan or ...

... atau tanya lobai yang parking kereta depan masjid halang trafik tu bila nak minta maap pada agensi penguatkuasa?    

http://images.says.com/uploads/s ... age/540809/f751.jpg

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-10-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.133608 second(s), 50 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top