ini jawapan jpj hari ini
http://www.themalaymailonline.co ... r-jika-rasa-selamat
JPJ: Serban boleh ganti topi keledar jika rasa selamat
Gambar yang diambil dari arah belakang menunjukkan mufti WP Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar. — Foto ihsan Facebook/Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
PETALING JAYA 27 Mei ― Pemakaian serban ketika bermotosikal bukan kesalahan kerana kelonggaran diberi atas faktor agama. Namun, Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menasihati orang ramai supaya tidak mengambil kesempatan atas pengecualian itu, lapor mStar Online. “Kalau nak pakai topi keledar dan nak buka (serban), terpulang kepada kesedaran masing-masing sekiranya merasakan pemakaian topi keledar itu lebih selamat,” kata Datuk Seri Nadzri Siron. Mengikut Kaedah-kaedah Motosikal (Topi Keledar) 1973 yang dibaca bersama Pengecualian 1975, kelonggaran diberi kepada mereka yang memakai serban seperti haji, lebai dan kaum Sikh. Mengulas permohonan maaf Mufti Wilayah Persekutuan, beliau berkata keprihatinan terhadap aspek keselamatan jalan raya itu harus dicontohi. Semalam, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri meminta maaf kerana tidak memakai topi keledar bagi mengelakkan kesesakan trafik untuk menghadiri program cerapan anak bulan. “Baguslah di atas kesedarannya,” kata Nazdri.
|