CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Larangan Penggunaan Plastik & Polisterin Ditangguhkan- Zambry

23-5-2017 03:26 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 5626| Komen: 31

Description: Kerajaan negeri Perak menangguhkan larangan penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini sehingga satu kajian menyeluruh mengenai pengunaan kedua-dua bahan itu selesai dilakukan.
Kerajaan negeri Perak menangguhkan larangan penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini sehingga satu kajian menyeluruh mengenai pengunaan kedua-dua bahan itu selesai dilakukan.


Demikian keputusan yang dinyatakan oleh Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada sidang media selepas merasmikan sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Perak 2017 di Universiti Teknologi Mara di Seri Iskandar, kelmarin.

Jelas beliau, kerajaan negeri tidak boleh melarang penggunaan plastik dan polisterin tanpa memberikan penyelesaian alternatif walaupun pengumuman mengenai larangan itu dibuat tahun lepas.

“Kita perlu melihat beberapa aspek lain dan tidak boleh sewenang-wenangnya melarang penggunaan plastik dan polisterin di negeri ini tanpa memberi alternatif lain," katanya 

Dalam pada itu, Zambry berkata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Datuk Dr Muhammad Amin Zakaria telah diarah untuk menjalankan kajian terperinci dan mengadakan pertemuan dengan semua pihak berkaitan berhubung perkara itu.


April tahun lepas, Datuk Muhammad Amin mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menguatkuasakan larangan penggunaan plastik dan polisterin di negeri itu mulai 1 Jun ini dalam usaha memelihara alam sekitar ketika Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

Sebagai alternatif kepada penggunaan plastik dan polisterin, kerajaan negeri menggalakkan penggunaan kertas atau bahan boleh diurai selain memberi pengiktirafan kepada premis perniagaan yang memberi kerjasama melaksanakan inisiatif Perak bebas plastik dan polisterin, ujar Datuk Muhammad Amin.- CARI

Add Image Caption Here

30

Bagus
24

Marah
31

Terkejut
24

Sedih
17

Lawak
31

Bosan

Friends Rank (157 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Joannalee 23-5-2017 03:33 PM
Bgs la cari alternative lain bg utk peniaga. peniaga n pembeli pun happy,
Quote trakea 23-5-2017 03:48 PM
Zambry tak bodoh macam km pulau pinang, mb selangor, km melaka
Quote pearl.silver 23-5-2017 03:49 PM
Bekas plastik yg ganti polisterin skarang ni, mudah urai tak?
Quote ultra78 23-5-2017 03:51 PM
Skrg ni Selangor dan KL pakai bekas plastik yg lutsinar tu. Bila masukkan nasi panas memang hampir tak boleh pegang sebab panas. Mungkin plastik tu tidak sesuai dengan masakan Malaysia
Quote kluangman 23-5-2017 04:49 PM
ultra78 replied at 23-5-2017 03:51 PM
Skrg ni Selangor dan KL pakai bekas plastik yg lutsinar tu. Bila masukkan nasi panas memang hampir t ...

So makanan panas bubuh di polisterin tu bagusla?
Quote mirandanicky1 23-5-2017 05:11 PM
Jln terbaik bawa bekas sndiri dr rmh
Quote -electrifying- 23-5-2017 05:27 PM
dh betul la tu... leceh xde plastik lpas beli brg byk2
Quote FanTasyCreaTioN 23-5-2017 05:46 PM
agak sukar nak buat larangan selagi tak dapat mencari alternatif lain yang semurah plastik dan polisterin

Quote AbukRokok 23-5-2017 07:08 PM
paling teruk kat melaka
xde alternatif utk bayar 20 sen utk plastik...mmg xde plastik kalau lupa bawa beg nasib la pndai pndai la nak idup .... ni baru cerita kat kedai kedai kecil bukan supermarket
Quote dubuk 23-5-2017 07:42 PM
nak bawa periuk pergi kedai
Quote ajinomotonosuga 23-5-2017 08:16 PM
Pakai daun pisang!!  Layurkan n bentuk kan cam.kotak, mahai tak pa ase bersih, tambah nilai pendapatan orang kampong, bio lotong kebulor daun pisang abis aaa

Pakai tempurung!!!  Kasik kikis sampai nipisssss then buat cam polisterin tu


Pakai daun sawit!!! Anyam buat cam polisterin, silap silap jadi export haaa, cubaaa je
Quote PEPPERMAN 23-5-2017 08:58 PM
Dlm last paragraph tu kn ada sebut pilihan yg lain nya,

Awat tetiba MB cakap belum ada penyelesaian alternatif?
Penat sangat kerja angkat sampah ka, sampai telupa?
Quote pulauturtle 23-5-2017 09:07 PM
sohai perak, hangat2 tahi ayam.

penang ulyg paling berjaya dlm bab ni
Quote Mbak_oya 23-5-2017 09:44 PM
Sepatutnya disediakanbeg kertas atau kotak.
Barulah adil.
Tapi tempat org kaya ada pulak paper beg.
Quote Mbak_oya 23-5-2017 09:44 PM
Sepatutnya disediakanbeg kertas atau kotak.
Barulah adil.
Tapi tempat org kaya ada pulak paper beg.
Quote belilies 23-5-2017 11:01 PM
Lenkali kalo nak larang, buat kajian dulu. Ni dah masok 2nd negeri yg execute tindakan seblom buat kajian.
Quote siputsedut 24-5-2017 09:09 AM
AbukRokok replied at 23-5-2017 07:08 PM
paling teruk kat melaka
xde alternatif utk bayar 20 sen utk plastik...mmg xde plastik kalau lupa ba ...

Kesiannya..bg la alternatif beli plastik 20sen..anggap tu kos mengitar semula nnt..bukannya all the time kita angkut beg shopping
Quote bulan_gerhana 24-5-2017 09:36 AM
alamak... x jadi la meniaga tupperware tepi jalan cam ni.. dah ade stok nih
Quote yayah8989 24-5-2017 10:54 AM
x ad ke plastik mudah urai dicipta?

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:02 AM GMT+8 , Processed in 0.334426 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top