CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mengadu Keracunan Makanan, Sebenarnya Helah Pelajar Untuk Balik Bercuti

14-4-2017 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8571| Komen: 82|Original author: Kentang.Goreng

Description: Kira-kira 30 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh beramai-ramai mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Sanggang semalam dan hari ini atas alasan mengalami keracunan makanan.

"Mereka mengadu sakit perut dan penyelia asrama telah membawa mereka ke klinik. Tetapi selepas pemeriksaan dan siasatan dibuat, ternyata mereka sebenarnya tidak sakit."


Pengetua Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Temerloh berkata demikian setelah mendedahkan helah yang dilakukan oleh sekumpulan pelajarnya yang berjumlah kira-kira 30 orang.

Memetik laporan Bernama, ini susulan semalam kumpulan pelajar terbabit mendakwa mereka mengalami simptom sakit perut selain demam akibat keracunan makanan. 

Namun pengetua sekolah berkenaan Zaberi Abdul Hamid memberitahu tidak berlaku kes keracunan makanan, sebaliknya ia hanya berupa helah pelajar untuk balik bercuti.

Jelas Zaberi pelajar tingkatan tiga, empat dan lima tidak pula mendakwa terkena keracunan makanan, sedangkan mereka juga makan di dewan makan asrama.

"Jika mereka betul-betul terkena keracunan makanan, sudah tentu pelajar lain juga turut terjejas."


"Pihak sekolah akan membenarkan mereka pulang ke rumah untuk berehat sekiranya ada pelajar yang tidak sihat."

Dalam pada itu, Zaberi turut berkata pemantauan ke atas keperluan dan keadaan semasa pelajar sentiasa dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan tiada perkara buruk menimpa mereka sepanjang mereka berada di bawah jagaan pihak sekolah.- CARI

sumber foto: Bernama



32

Bagus
26

Marah
35

Terkejut
16

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (141 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cm_matjawasp 14-4-2017 10:33 AM
Aku dulu dok asrama cam tu jugak..he he he..masukkan sambal belacan dlm mata. .pastu buat sakit mata .tak nak pi kelas.
Quote bambimo 14-4-2017 10:37 AM
adehhhh homesick
dulu pakat tenyeh ubat gigi buat2 sakit mata
Quote Star_el 14-4-2017 10:37 AM
sepakat membawa berkat
diorg silap xpakat dgn senior sekali! kan dh kantoi haha
ke kena buli bebudak form 1&2 ni?
Quote zafira 14-4-2017 10:53 AM
ala kesiannya.. homesick lah tu... akak paham perasaan ko dik... anak akak dulu pun macam tu tapi xdelah sampai nak nipu kekdahnya... dari 60kg boleh turun sampai 44 kg homesick punya pasal... mujur masuk form 2 dah ok dah...
Quote krustykrab 14-4-2017 10:56 AM
adehhh...ni mesti yg tanak masuk asrama tapi kena paksa dgn parents sbb nak tunjuk anak aku pandai weh masuk asrama

cian bebduak ni, harap pihak sekolah jgn la denda yg bukan2 pulak sbb isu nak balik rumah je
Quote dodolgemok 14-4-2017 10:57 AM
Haram sgat kan kau dek?? Lain kali nak mc cakap je lah ceret beret 5, 6 kali. Konfem dpt mc tanpa syak lagi tpi kau xboleh buat hari2 lah. Sebulan sekali boleh
Quote rosa_canina 14-4-2017 10:58 AM
kesiannya  

dulu acik pun dok asrama 5 thn jgk dikk..
mmg homesick ... tp nk wat mcm mn... tggu cuti skolh br blh blk kg
Quote kiambang 14-4-2017 11:02 AM
Memanglah homesick.. dulu aku elok je tahan duduk hostel.. balik rumah pun xde sape kisahkan aku
Quote cekelatkopi 14-4-2017 11:06 AM
cm_matjawasp replied at 14-4-2017 10:33 AM
Aku dulu dok asrama cam tu jugak..he he he..masukkan sambal belacan dlm mata. .pastu buat sakit mata ...

Tak sakitt ke wehhhh
Quote ~boolean 14-4-2017 11:14 AM
kalau boleh aku nak anak aku membesar depan mata...tak perlu lah nak hantar asrama...
hantar pun mungkin bila dah tingkatan 4, dah pandai berdikari sikit...
dah pandai buat anak,
pandai2 lah jaga sendiri anak...
awal sangat rasanya nak dihumbankan ke asrama...
Quote haryatie 14-4-2017 11:15 AM
alahaiiii siannyaa..
kalau blum biasa mmg rindu gilerrr..
tp boleh lak ramai2 sepakat mcam tu yer..
aku dulu berkobar kobar juga nak hantar ank ke asrama pas dpt UPSR 6A
konon2 nak merasa seronok spt mana org lain
maklum la ada parents yg bukan main bangga bercerita ank dpt masuk ke sekolah berasrama penuh..
puas jugak aku pujuk ank teruna aku..tp ank aku x nak langsung jauh dr aku
nasib baik la, ada jugak aku kwan..
ni dia da besar pjg...nak lepaskan pun xde la risau sgt..
dia pun mcam excited jerk nk smbung beljar lagi
tp aku pulak yg susah hati..
da 18 tahun dia la teman tido aku...
maklum ank emak...
Quote sukacactus 14-4-2017 11:18 AM
Harap cikgu xde la nak denda berat2 bagai
Kesian budak2
Quote syadq 14-4-2017 11:21 AM
Homesick konon. Balik rumah ko melantak tido, makan, tido semula.
Quote kechikchomel 14-4-2017 11:26 AM
teringat masa dok asrama dulu. kalau hari khamis/jumaat tu ramai la bebudak asrama yang menunggu van nak ke klinik. biasanya budak asrama ktorg g klinik sebab 'sakit mata' la.
Quote Artemesiaa 14-4-2017 11:26 AM
Trick lama tah2 cikgu pun buat trick yang sama masa duduk asrama dulu tu yang cepat kantoi
Quote mute 14-4-2017 11:27 AM
kesian korang dek, lain kali buat startegi lain ye nampak kat situ terjalan ukhuah yang sangat baik
Quote lasagnaklcc 14-4-2017 12:00 PM
Setau akak la, kalau setakat keracunan mknn selalunya tak suruh balik rumah. Melainkan kena warded atau penyakit berjangkit. Cuba lagi dek.
Quote cheergirlz 14-4-2017 12:56 PM
bijak2..tp x bijak lg..cuba wat surat rmai2 ckp nk blik kg...salah satu cara..klu menipu mmg laa..bg jer laa blik..kesian plak..
Quote surwanis 14-4-2017 12:59 PM
kerjasama sgt kan....
mcmana la dorg sesama buat plan nih...sepakat sungguh

Lihat semua komen(82)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.062550 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top