CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Helah enam GRO tidak menjadi

12-6-2013 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2513| Komen: 0

Description: KUALA TERENGGANU - Helah enam pelayan pelanggan (GRO) warga asing kononnya sedang lena tidur walaupun dalam keadaan bermekap dan berpakaian lengkap tidak menjadi apabila kesemua mereka diberkas dalam ...

Kesemua GRO yang ditahan sedang disiasat oleh anggota penguat kuasa yang
melakukan serbuan di premis berkenaan.


KUALA TERENGGANU - Helah enam pelayan pelanggan (GRO) warga asing kononnya sedang lena tidur walaupun dalam keadaan bermekap dan berpakaian lengkap tidak menjadi apabila kesemua mereka diberkas dalam serbuan Imigresen di sebuah premis makanan di Kampung Cacar, Paka, Dungun, malam kelmarin.

Kesemua mereka terdiri daripada warga Thailand itu berusia antara 18 hingga 36 tahun.

Ketua Bahagian Penguat kuasa Jabatan Imigresen Terengganu, Mohd Shahrir Khalil berkata, serbuan sempena ‘Ops Sayang’ kira-kira jam 12.10 malam itu disertai seramai 13 anggota, diketuai Timbalan Penolong Pengarahnya, Veronica May Chong.

“Mulanya kami menyerbu premis berkenaan dan didapati hanya terdapat beberapa pelanggan yang sedang minum. Mengesyaki sesuatu telah disorokkan memandangkan tiada seorang pun pekerja di situ, kami telah menyerbu sebuah kontena yang terletak berhampiran premis tersebut.

“Kontena yang dipercayai dijadikan sebagai tempat tinggal pekerja di premis itu dalam keadaan berkunci dan anggota kami terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk memecahkannya,” katanya.

Mohd Shahrir berkata, sejurus pintu kontena dipecahkan, enam GRO ini didapati sedang lena tidur dan kononnya berpura-pura langsung tidak menyedari kehadiran pihaknya.

“Tetapi taktik kotor mereka itu tidak berjaya mengaburi mata kami kerana kesemua mereka ketika itu dalam keadaan baru sudah bermekap dan memakai pakaian yang dipercayai sedang bekerja.

“Mereka dipercayai melarikan diri dan berpura-pura tidur dalam kontena ini sejurus menyedari kehadiran kami melalui pintu ‘rahsia’,” katanya.

Menurutnya, lesen perniagaan milik premis berkenaan turut dirampas dan sehingga kini, pemilik sebenar premis yang juga majikan kepada GRO itu masih disiasat kerana individu itu tiada ketika serbuan.

Dalam perkembangan sama, Mohd Shahrir berkata, sejam sebelum itu, iaitu kira-kira jam 11.10 malam, pihaknya telah menyerbu sebuah pusat rawatan dan kecantikan di Taman Bukit Bauk, Dungun.

“Dalam serbuan itu, kami menahan seorang wanita warga China berusia 39 tahun yang ketika itu sedang leka mengurut seorang pelanggan.

“Siasatan mendapati wanita berkenaan yang bekerja sebagai tukang urut di situ tidak mempunyai sebarang dokumen sah berada di negara ini,” katanya.

Kesemuanya ditahan di Depot Tahanan Imigresen Ajil mengikut Peraturan 39 (b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan yang diberi.

3

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (15 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 04:11 AM GMT+8 , Processed in 0.042340 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top