CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dipercayai Rakyat Malaysia Ditemui Dalam Longkang Di Medan

18-11-2016 09:54 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8777| Komen: 38

Description: Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia telah ditemui oleh pihak polis Indonesia dalam sebuah longkang di Desa Liberia,Teluk Mengkudu di daerah Serdang, kira-kira 50km dari Medan Rabu lalu.

Mayat seorang lelaki dipercayai rakyat Malaysia telah ditemui oleh pihak polis Indonesia dalam sebuah longkang di Desa Liberia,Teluk Mengkudu di daerah Serdang, kira-kira 50km dari Medan Rabu lalu.


Menurut laporan portal berita, medansatu.com, indentiti mayat itu disahkan berdasarkan cebisan tiket pesawat yang ditemui dalam poket seluarnya dan difahamkan dia memasuki Medan pada pukul 7 malam,Isnin lepas. 

 Jurucakap polis Seksyen Teluk Mengkudu dipetik sebagai berkata, selain cebisan tiket itu polis tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri dan pemeriksaan dengan pihak MAS mengesahkan berdasarkan tiket itu bahawa individu tersebut seorang penumpang warga emas bernama Mohd Ladzim Abdullah, berusia 65 tahun dari Kuala Selangor.  


Polis berkata, terdapat kecederaan kesan seretan pada bahagian muka dan badan mayat itu yang kini ditempatkan di Hospital Bhayangkara Polis Sumatera Utara di Medan untuk siasatan lanjut. 

Sementara itu, Duta Besar Malaysia di Indonesia, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim ketika dihubungi berkata, pihak Konsulat Jenaral Malaysia di Medan telah diminta untuk membantu dan bekerjasama bagi mengenal pasti mangsa.- CARI

sumber foto: metro24.co


13

Bagus
16

Marah
13

Terkejut
23

Sedih
10

Lawak
17

Bosan

Friends Rank (92 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ronapink 17-11-2016 11:17 PM
takziah..

leluhur juga tu
Quote FOTHER-MUCKER 17-11-2016 11:21 PM
Betulke warga Malaysia?

Mana tau kalau warga Indonesia guna ic warga Malaysia?
Quote cha-cha 18-11-2016 02:47 AM
FOTHER-MUCKER replied at 17-11-2016 03:21 PM
Betulke warga Malaysia?

Mana tau kalau warga Indonesia guna ic warga Malaysia?

Kan ada scan passport tu? Sedihnya. Kena rompak ke?
Quote meklalala 18-11-2016 11:38 AM
sedihnya..takziah untuk keluarga mangsa...agak2 dia pergi bercuti dengan siapa ya? kesian sangat kalau pergi dengan keluarga untuk bersuka ria pastu bapak terlepas pandang hilang..tau tau dah meninggal..Allah..
Quote Rayna90 18-11-2016 12:06 PM
kesiannya family beliau. Takziah
Quote shara154 18-11-2016 12:08 PM
Takziah. Mcm mana la boleh duk dlm longkang
Quote Acik.Kepam 18-11-2016 12:08 PM
leluhur DNA kah?
Quote arasham 18-11-2016 12:11 PM
meklalala replied at 18-11-2016 11:38 AM
sedihnya..takziah untuk keluarga mangsa...agak2 dia pergi bercuti dengan siapa ya? kesian sangat kal ...

Kalau pergi berkumpulan takkan tak ada yg sedar beliau hilang? Hmmmm!!! Melawat bini org seberang ke?
Quote rospinki 18-11-2016 12:14 PM
tah2 pegi keajr minah indon ..langsung kena rampok disana
Quote ad_hoc79 18-11-2016 12:28 PM
innalillahiwainnailaihirojiun
Quote nononcrux 18-11-2016 12:35 PM
innalillahiwainnalilahirojiun, salam takziah buat keluarganya
Quote arasham 18-11-2016 12:47 PM
rospinki replied at 18-11-2016 12:14 PM
tah2 pegi keajr minah indon ..langsung kena rampok disana

Tunggu mongadengade masuk komen harap ini bkn suami trisna.. Haha.. Ya ampun.. innalillah utk arwah..
Quote Daisyna 18-11-2016 12:49 PM
Salam Takziah
Quote rospinki 18-11-2016 12:51 PM
@arasham

barangkali kok..tungu sifu modnge komen kot yang bener itu sominya sistur trisna ya buk.

Innalillah ..
Quote ashk4nn 18-11-2016 02:31 PM
baru lepas deepavali aritu ke medan..fuhh, sedihnya keluarga..
Quote boobam 18-11-2016 02:47 PM
salam takziah
Quote swayne 18-11-2016 03:25 PM
Takziah. Kena seret dengan siapa?
Quote lasagnaklcc 18-11-2016 03:32 PM
Pakcik kira beruwang pegi medan naik mas.
Quote ell768 18-11-2016 03:53 PM
takziah pada keluarga mangsa..kene rompak ke?

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.175198 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top