CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Ibu & Anak Diikat Bersama Ditemui Terdampar Di Pantai Teluk Bahang

2-3-2017 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 8790| Komen: 48

Description: Dua mayat yang kelihatan seperti ibu dan anak perempuan dijumpai di pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang sekitar jam 6 petang kelmarin.
Dua mayat yang kelihatan seperti ibu dan anak perempuan dijumpai di pantai Teluk Bahang, Pulau Pinang sekitar jam 6 petang kelmarin.

Dilaporkan kedua-duanya diikat bersama di bahagian perut dan setakat ini masih belum dipastikan sama ada akibat dibunuh pihak ketiga atau membunuh diri. 


Kes tersebut kemudian disahkan oleh Ketua Polis Daerah Barat Daya Pulau Pinang, Superintendan Anuar Omar.

Memetik laporan China Press, Superintendan Anuar memaklumkan, ketika ditemui, kedua mayat berpakaian kemas dan sempurna dan setakat ini masih tidak pasti sama ada terdapat kesan kecederaan di badan mereka, dan indentiti kedua mayat masih dalam siasatan.

"Kedua mangsa berkulit putih, berkemungkinan besar berbangsa Cina, berjantina perempuan yang masing-masing terdiri daripada seorang dewasa dan kanak-kanak."

Kedua-dua mayat telah dihantar ke Hospital Balik Pulau untuk dibedah siasat. 


Superintendan Anuar turut mengatakan, siasatan awal mendapati, ikatan tali pada kedua-mangsa tidak kelihatan seperti diikat oleh pihak ketiga. - CARI

sumber foto: https://uf.cari.com.my/


11

Bagus
12

Marah
8

Terkejut
15

Sedih
11

Lawak
28

Bosan

Friends Rank (85 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sebu 2-3-2017 12:52 PM
Selain bala harge barang naik dimalaysia,  jenayah juge turut meningkat dan cara jenayah juge semakin ganas2:zz
Quote aku.semut.merah 2-3-2017 01:03 PM
Cina kot ni. Bunuh diri. Bawak anak la plak. Adoi
Quote CiliPadiSedap 2-3-2017 01:08 PM
ada saham jatuh ke? atau stock market crash? ios crash? ataupun vss ?
Quote EvieWanKenobi 2-3-2017 01:20 PM
area tourist ke??
Quote zachuby 2-3-2017 02:50 PM
kesiannye...dah dibunuh dulu ke baru dicampak
Quote Nt-ViruS 2-3-2017 03:05 PM
4 orang tue ke pembunuhnya?
Quote siti_kus 2-3-2017 03:11 PM
baca metro tadi cakap anak lelaki. mak dia tgh mengandung. ke cite lain?
Quote chinatsu 2-3-2017 04:09 PM
bunuh diri.. kenapalah bawak anak sekali. kesian budak tu
Quote minahsenget 2-3-2017 04:11 PM
mungkin klu tinggal anak tak der org nak jaga...dibawanya sekali
Quote Jajabeans 2-3-2017 04:13 PM
Xde gmba yg lagi jauh ke
Quote she 2-3-2017 04:13 PM
Kasihan nyaaaa

Kesian kt anak...mereputlah omaknye
Quote siti_kus 2-3-2017 04:13 PM

tu la pasal. baik kau ambik dari seberang laut.

Quote Star_el 2-3-2017 04:15 PM
aku dh terbyg cm kena bunuh dgn gangster dgn cara dibuang ke dlm laut, ala2 yakuza, drown people in sumida river or something
Quote WhiskeyScotch 2-3-2017 04:15 PM
I suspect bunuh diri ni. Kalau betul bunuh diri, selayaknyalah. No mercy kepada mereka yang bunuh diri.
Quote CrowneGlory 2-3-2017 04:30 PM
kasihan bdk kecik tu....ni mesti murung angkara suami
Quote mieymiey 2-3-2017 04:51 PM
Bunuh diri or dibunuh?
Kalau bunuh diri, sampai hati emaknya
Quote Artemesiaa 2-3-2017 04:56 PM
Cam kes bunuh diri je
Quote sssf83 2-3-2017 06:05 PM
Dgr radio tadi, katanya post-morten found that mak tu 11weeks pregnant.. sedihhhhhh
Quote sebu 2-3-2017 06:07 PM
Doktor forensik yg bedah mayat ni lame2 boleh jadi gile x

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 09:21 PM GMT+8 , Processed in 0.061998 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top