CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kumpul Harta Atau Pergi Travel? - Jawapan Wanita Ini Memang Serius Padu

2-3-2017 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12555| Komen: 74|Original author: Oleh: Myra Rozi

Description: Sudah menjadi trend zaman sekarang, ramai anak muda gemar mengembara, tidak kiralah dalam negara atau ke luar negara.
Sudah menjadi trend zaman sekarang, ramai anak muda gemar  mengembara, tidak kiralah dalam negara atau ke luar negara.

Bila sebut tentang mengembara, sudah pasti ia melibatkan kos dan perbelanjaan yang agak tinggi. Ramai antara kita masih lagi dibelenggu dengan pemikiran mengumpul duit dan harta adalah lebih baik daripada menghabiskan wang untuk keluar mengembara.


Namun, sebuah status yang dimuat naik oleh seorang pengembara muslimah ini bakal membuka mata anda tentang nilai sebuah pengembaraan yang tiada tolok bandingannya dengan segala harta di dunia.

"Kau ada duit, buatlah apapun. Asalkan tak beli benda yang Tuhan marah. Cuma jangan biasakan mulut berkata beli rumah dulu, dah ada harta baru fikir travel."

Tidak salah untuk mengumpul harta, malah menurutnya lagi jika mampu buatlah kedua-duanya sekali.

Dia juga amat menggalakkan dan menyeru sesiapa sahaja untuk keluar mengembara untuk mendapatkan pengalaman sebanyak mungkin merantau di negara orang. Malah dalam Islam sendiri, perkara ini amat digalakkan.

Foto: FB Nota Perempuan Backpacker
"Pergi travel. Kita masih boleh hidup secara nomad - berjalan dan berumah di mana-mana saja asalkan jangan kau ceroboh rumah dan pejabat orang lain."

Statusnya ini mendapat pelbagai reaksi dari netizen. Ada yang bersetuju, namun ada juga yang membangkang pendiriannya.

Walau apa pun, masing-masing mempunyai sebab yang tersendiri. Hormatilah pandangan peribadi masing-masing. Cuma apa yang ditekankan di sini adalah betapa berharganya sebuah pengembaraan dan cara untuk menggunakan waktu anda dengan sebaik mungkin.

Pendapat anda pula bagaimana? -CARI
17

Bagus
21

Marah
26

Terkejut
28

Sedih
30

Lawak
23

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote umbut 2-3-2017 02:59 PM
Aku pun suka travel.. waktu sihat ni bawa anak2 mkn angin. Duit boleh dicari. Yg penting happy..
Quote Star_el 2-3-2017 03:04 PM
pergh setiap bulan dia pergi travel, banyaknya cuti!
Duit tu satu hal, sedih bila nak ambik cuti pun takleh
Quote amyza 2-3-2017 03:13 PM
Kalau single senang nak travel,budget pun tak banyak.
Quote onexox97 2-3-2017 03:13 PM
tak suka travel asek mikir membuang kat mana je
Quote helicornia 2-3-2017 03:18 PM
Star_el replied at 2-3-2017 03:04 PM
pergh setiap bulan dia pergi travel, banyaknya cuti!
Duit tu satu hal, sedih bila nak ambik cuti pu ...

setuju..mau meroyan bos aku tiap2 bln minta cuti haha apa pun i mmg suka travel tambahan masih single.simpan duit byk2 nak buat apa anak takde nk waris kat sapa baik aku lenjan duit sementara tgh sihat.rumah dah ada 1 kete ada 1 cukuplah kang ramai lak nak rebut harta aku
Quote vanillaninja 2-3-2017 03:19 PM
To each his own.
Quote Sazida 2-3-2017 03:23 PM
Kau sembang klcc bole runtuh dik. Tgk kau travel tiap2 bulan igt dlm Malaysia nan aman ni sbb ko ckp dari gemenceh ke taiping dh kira travel.. hmmm duit kau, lantak lah
Quote naina 2-3-2017 03:27 PM
Masa bujang paling best travel.bwk diri je. Persiapan pun xbyk. Bila dh ada anak hah kau pening kepala mana 1 nk susun dulu. Anak kecik lg lah. Nk makan cmne kalau toddler yg xmkn kasar lg..sempat ke nk buat bubur, puree..nk jalan2 xkn nk dukung aje..haihh
Quote irwansuhadi 2-3-2017 03:33 PM
rancang perbelanjaan melancong anda. buat jadual and homework sikit ttg tempat yang hendak dituju. InsyaAllah gaji RM1,000 sebulan pun boleh pergi melancong tapi dengan syarat...

tukar gaya hidup yang sentiasa suka bermewah2 dan tukar2 gajet.

kbai.

Quote kentel 2-3-2017 03:37 PM
Star_el replied at 2-3-2017 03:04 PM
pergh setiap bulan dia pergi travel, banyaknya cuti!
Duit tu satu hal, sedih bila nak ambik cuti pu ...

raising questions...tiap bulan travel...aku syak makpak kaya ni...jenis campak duit je tiap kali mintak...x keje ke tiap2 bln travel???
Quote cekgihani 2-3-2017 03:39 PM
helicornia replied at 2-3-2017 03:18 PM
setuju..mau meroyan bos aku tiap2 bln minta cuti haha apa pun i mmg suka travel tambahan masih sin ...

Sama la ngn aku. Waris Xde. Harta tu ada la bli skit2. Pastu g jalan2
Quote helicornia 2-3-2017 03:44 PM
cekgihani replied at 2-3-2017 03:39 PM
Sama la ngn aku. Waris Xde. Harta tu ada la bli skit2. Pastu g jalan2

wah ada geng travel ni kan...kumpul rete byk2 pun nk bg sapa..aku heran org single dok kemut duit klu mati tk sempat rasa nk simpan utk sapa tk tau.lain la klu dia infaq n wakaf byk2 duit dia ada la faedah gak
Quote helicornia 2-3-2017 03:44 PM
cekgihani replied at 2-3-2017 03:39 PM
Sama la ngn aku. Waris Xde. Harta tu ada la bli skit2. Pastu g jalan2

wah ada geng travel ni kan...kumpul rete byk2 pun nk bg sapa..aku heran org single dok kemut duit klu mati tk sempat rasa nk simpan utk sapa tk tau.lain la klu dia infaq n wakaf byk2 duit dia ada la faedah gak
Quote buragazz 2-3-2017 03:53 PM
Minah ni orang gemencheh ker.. kg aku tu...
Quote merrissa 2-3-2017 04:00 PM
onexox97 replied at 2-3-2017 03:13 PM
tak suka travel asek mikir membuang kat mana je

kahkahkah kalo jenis yg berak sekali seminggu tuh no problem....kawan aku ader jenis camtuh
Quote SitiRopeah 2-3-2017 04:00 PM
ada satu benda dia lupa nak cakap,
kalau nak travel, pastikan kau tak ada berhutang dengan orang.
dah bebas hutang, bolehlah sembang...

ni ada orang, duk tayang travel sana sini makan sedap,
tapi hutang kawan bawah 500 pun cirit nak bayar...
Quote ad_hoc79 2-3-2017 04:11 PM
aku walaupun single.... bila bercuti aku angkut mak bapak aku.
terpikir masa ni aku korbankan utk bagi diorg happy. mak bapak aku xpernah bercuti jauh2... apa salahnye. berabis kali ni, lepas cuti... kumpul duit lagi.
aku cakap jangan pikir apa2... bwk badan aje dgn duit nk beli barang sendiri sbb budget aku pun ciput.
bila dah berkeluarga, mungkin susah aku nak bawak diorang.
Quote WhiskeyScotch 2-3-2017 05:10 PM
I will support both! Kumpul harta dan pergi travel. Trust me, you can have both.
Quote Artemesiaa 2-3-2017 05:31 PM
Boleh je buat kedua-duanya serentak.  Kalau nak tunggu dah pencen nak pulak kalau dah terpaksa berjalan guna tongkat walaupun duit banyak tapi nak jalan kemana2 dah tak ada maknanya.

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.271151 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top