CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Pendaki Warga M'sia Yg Hilang Di Gunung Damavand Iran Ditemui

29-11-2016 11:22 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 3581| Komen: 1

Description: Pendaki Malaysia, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, yang hilang di Gunung Damavand, Iran ditemukan meninggal dunia selepas misi pencarian memasuki hari keenam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SA ...
Pendaki Malaysia, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, yang hilang di Gunung Damavand, Iran ditemukan meninggal dunia selepas misi pencarian memasuki hari keenam oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kelmarin.


Ketua ekspedisi pendakian, Rozaimi Md. Said mengesahkan mayat berjaket merah, berseluar hitam dan memakai but mendaki ditemukan di glasier Yakhar disahkan adalah Syed Redzuan dan kini sedang dibawa keluar dari kawasan pergunungan.

“Kawan saya, Mohd Khafiz Bachok yang kini bersama pasukan SAR sedang berjalan keluar bersama jenazah Syed Redzuan." 

Usaha mencari seorang lagi pendaki, Ramli Abdul Majid, 44, akan diteruskan pagi esok kerana misi SAR terpaksa dihentikan berikutan persekitaran yang tidak selamat, ujar Rozaimi. 

Sementara itu, setelah diberitahu isteri dan ahli keluarga Syed Redzuan yang berada di Reyney sejak Khamis lalu sedang berunding dengan Kedutaan Malaysia untuk membawa pulang jenazah ke Malaysia secepat mungkin selepas semua urusan berkaitan selesai.


Reyney adalah bandar terdekat dengan tempat mula mendaki Gunung Damavand yang berketinggian 5,610 meter dari paras laut.

Dua pendaki itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri dan Ramli Abd Majid disahkan hilang di gunung setinggi 5,610 meter itu pada 20 November selepas terpisah daripada anggota kumpulan pendaki yang lain. - CARI

sumber foto: internet

18

Bagus
10

Marah
27

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
27

Bosan

Friends Rank (102 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote chinta89 30-11-2016 12:41 PM
duduk ajelah d rmh. buat ape cri risiko.

mmg la mati di mana2 tapi..

ermmm mls la ak ckp..

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:20 PM GMT+8 , Processed in 0.041711 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top