CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kesemua 13 Pendaki Malaysia Di Aceh Ditemui Selamat

16-12-2016 10:55 AM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2891| Komen: 2

Description: Pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui kesemua pendaki Malaysia itu termasuk seorang yang dilaporkan terkena serangan hipotermia Ahmad Nazit Rashid berhampiran Kem Kulit Manis 2 di gunung it ...
"Alhamdulillah. Berita baik. Syukur, mereka ditemui pada 3.30 petang waktu tempatan dan dilaporkan dalam keadaan selamat termasuk Ahmad Nazit yang telah stabil." 


Demikian kata Pengarah Urusan Global Communication Center Kuala Lumpur (GCC), Mustaqim Mustaza kepada Bernama berhubung perkembangan terkini mengenai 13 pendaki Malaysia yang terperangkap di atas Gunung Leuser di Aceh. 

Jelas Mustaqim Mustaza, pasukan mencari dan menyelamat Indonesia menemui kesemua pendaki Malaysia itu termasuk seorang yang dilaporkan terkena serangan hipotermia Ahmad Nazit Rashid berhampiran Kem Kulit Manis 2 di gunung itu petang semalam. 

Difahamkan pasukan mencari dan menyelamat itu sedang membawa kesemua pendaki ke Puncak Angkasan untuk digabungkan dengan satu lagi pasukan mencari dan menyelamat dan akan turun secara bersama. 

Pihak berkuasa Indonesia menerusi pasukan Badan SAR Nasional (Basarnas) telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat sebaik menerima laporan mengenai 13 pendaki Malaysia yang terperangkap akibat cuaca buruk dan ribut di atas gunung yang dikenali sebagai 'paru-paru dunia' itu. 


Pendaki Malaysia yang menamakan pasukan mereka sebagai Kumpulan Ekspedisi Unity Trans-Lung 2016 itu berlepas ke Medan pada 1 Disember lalu dan dilaporkan tiba di Base Camp Jalur Kedah di gunung itu pada 2 Disember setelah 20 jam perjalanan darat dari Medan melalui kawasan bukit Tanah Karo. 

Setelah seminggu membuat pendakian ke puncak Gunung Loser, kumpulan itu tiba dan berehat di Kem Bipak Kaleng dengan ketinggian 2,972 meter dalam keadaan cuaca buruk.- CARI

sumber foto: Grafik CARI


33

Bagus
19

Marah
27

Terkejut
25

Sedih
17

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (143 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote amyza 16-12-2016 11:49 AM
Syukur semua selamat
Quote Modngengade 16-12-2016 11:53 AM
syukur  alhamdulillah

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 04:54 AM GMT+8 , Processed in 0.295195 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top