CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pencemaran Premis Tidak Berlesen, Punca Sungai Di Selangor Dicemari Bertambah

8-11-2016 03:36 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 2100| Komen: 1

Description: "Sebanyak 16 kes pencemaran sungai berlaku di Selangor sepanjang tahun ini. Termasuk empat kali pencemaran itu berasal daripada premis tidak berlesen di Sungai Lalang (Semenyih).”- Elizabeth Wong . ...


"Sebanyak 16 kes pencemaran sungai berlaku di Selangor sepanjang tahun ini. Termasuk empat kali pencemaran itu berasal daripada premis tidak berlesen di Sungai Lalang (Semenyih).”


Adun PKR Bukit Lanjan yang juga exco, Elizabeth Wong berkata demikian ketika menjawab pertanyaan lisan Adun BN Semenyih, Datuk Johan Aziz mengenai jumlah kes gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai sepanjang tahun ini.

Menurut beliau, hasil pencemaran Sungai Langat yang kerap berlaku, Loji Rawatan Air (LRA) Langat terpaksa ditutup sebanyak tujuh kali, akibatnya lebih sejuta pengguna di daerah Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling dan Sepang terjejas dari Januari hingga Februari lalu.

Memetik laporan FMT, ini termasuk 4 kes berpunca daripada kenaikan ammonia akibat pelepasan sistem kumbahan Lembangan Langat, 2 datang daripada muka sauk Sungai Semantan, Pahang serta 1 lagi kes disebabkan kenaikan mangan.

Tambah Adun PKR Bukit Lanjan, kes terbaharu membabitkan pencemaran di LRA Labu, Ahad lalu, ekoran kemalangan mengakibatkan tumpahan minyak sawit, namun loji tidak ditutup sepenuhnya.

Rabu lalu, Wong dilaporkan berkata, kerajaan Selangor membuka kertas siasatan berhubung kes pencemaran di Kampung Sungai Lalang, Semenyih dan akan diserahkan kepada Jabatan Peguam Negara bagi tindakan pendakwaan dalam tempoh terdekat.- CARI

sumber foto: internet

8

Bagus
9

Marah
5

Terkejut
5

Sedih
12

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mirandanicky1 9-11-2016 11:01 AM
Jagalah alam sekitar

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.257652 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top